Sunday, February 13, 2011

Pesan Ibu

Salam untuk para ibu hebat.
Dua hari lepas balik ke rumah ma kerana mengadakan slot pengukuhan di TTC Kota Bharu. Jumaat pula berseminar Nur Wanita di Tanah Merah. Ibu yang ku panggil ma turut hadir. Sebenarnya ma pun join perniagaan ini. Dia bayar cash lagi. Sekarang sudah berpangkat SSM dalam syarikat ini. Dia juga sedang fight DSM.
Ma tak pernah jemu ma memberikan sokongan kepada ku.


Bersama ibu ku Pn Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Usianya sudah 72 tahun. Dia masih seorang wanita yang kuat. Ternyata ma  awet muda. Ma jauh nampak lebih muda dari usianya yang sebenar. Daya ingatannya masih kuat. Tiada apa2 penyakit. Ma masih bertenaga ke sana sini dengan kereta kancilnya. Memandu sorang2 ke hulu hilir berniaga Hai O. Menghantar produk Bio Aura, buat demo Bio Zone, sekarang sibuk dia dok promote Bio Ever.

Dia juga ke sana sini kerana macam2 program usrahnya, kelas mengajinya, kelas Bahasa Arab, kelas tafsir Al Quranlah, mesyuarat Perkumpulan Wanitalah, Persatuan Pekebun Kecil Getah, Persatuan Ibu2 Tunggal, ceramah politik kepartianlah, demo masakanlah dan macam2 aktiviti. Pendeknya ma memang wanita aktif.
Bonda Hjh Nik Kalthum adalah seorang wanita hebat.
Ayah meninggal 16 tahun yang lalu pada 1995. Ketika itu adik bongsu masih di darjah tiga sekolah rendah.
Anaknya ramai 12 orang. Aku anak ke 6.

Ma memang seorang ibu yang hebat mendidik anak2 seramai 12 orang(sorang meninggal).
Dia pernah dianugerahkan Anugerah Ibu Mithali Daerah dan hingga ke Peringkat negeri Kelantan pada tahun 1996.
Pada tahun 1990, keluarga kami mendapat Anugerah Keluarga Bahagia Peringkat Kebangsaan. Wah bangganya masuk suratkhabar.
Ma juga pernah mendapat pelbagai anugerah dan penghargaan kerana penglibatannya dalam masyrakat.

Walaupun ayah sudah lama meninggal, kasih cintanya pada aruah ayah kekal di sanubarinya. Anak2 semuanya dah berjaya. Semua sudah berkeluarga dan hebat dalam kerjaya masing2. Dalam usianya 72 tahun kini, ma telah mempunyai 10 orng menantu dan 41 orang cucu. Cucu yang sulung juga sudah berkahwin. Insyaallah tak lama lagi ma mempunyai cicit pula.

Aku tahu,kejayaan aku dan adik beradik yang lain kerana ma begitu kuat mendoakan kejayaan untuk anak2nya.
Dari dulu sampai sekarang, ma tidak pernah jemu mendoakan kejayaan anak2nya.

Waktu aku pulang berjumpa ma Khamis lalu, macam2 yang ma pesan pada aku.
Pesanan yang sangat berguna untuk aku. Pesanan itu merangkumi pelbagai peringatan untukku sebagai seorang wanita, isteri, ibu, seorang pemimpin,motivator, seorang menantu, ahli masyrakat, sebagai seorang hamba dan sebagai seorang sahabat. Walaupun ma selalu berpesan kepada ku seebelum ini, tetapi kali ini banyak sekali pesanannya.
Mendalam dan menyentuh naluri ku.

Pesan ma...
* Jagalah solat sepanjang hayat. Dahulukanlah ia. Utamakan ia.
Selalulah berjemaah dengan suami dan anak2.

* Berusahalah untuk sentiasa mendirikan solat Tahajjud dan solat Duha. Tahajjud menjauhkan kita daripada disentuh api neraka dan Duha memudahkan kita berusaha mencari rezeki.

* Cubalah membaca Al Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat. Tak baca suratkhabar tak apa, tapi jangan tak baca Al Quran. Orang yang membaca AL Quran, kuburnya akan terang benderang sehingga tiba hari kiamat nanti.

*Amalkan membaca Al Maathurat setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Asar setiap hari. Ia melindungi kita daripada segala kejahatan.

* Hormati dan taatlah kepad suami walau sehebat mana sekalipun pencapaian kita. Ingatlah syurga isteri di tapak kakinya. Kejayaan kita kerana doa restunya. Jangan sekali2 merasa kita lebih hebat daripadanya. Layanilah suami dengan cara yang paling baik sama ada di bilik tidur, makan minum, pakaian dan kasih sayang. Utamakanlah suami lebih dari segala yang lain. Diamlah ketika suami sedang bercakap. Jangan berlawan ketika suami sedang marah. Bersyukurlah kerana Allah memberikan kebahagiaan perkahwinan kepada kita bilamana orang lain mencari2 kebahagiaan yang diharapkan.

* Berilah perhatian kepada pendidikan dan kasih sayang kepada anak2.
Jangan sekali2 diabaikan walaupun sesibuk mana sekalipun kita di luar rumah. Jangan hanya berserah kepada pembantu runah. Ibu tetap tunggak utama untuk melahirkan anak2 yang cemerlang.

*Kasihilah anak2 dengan kasih sayang sepanjang hayat. Walaupun anak2 sudah besar dan berada jauh di universiti atau di luar negara atau sudah berkeluarga sekalipun, jangan sekali2 diabaikan.
Jika jauh berpergian, selalulah telefon anak2. Jika di rumah, brcakaplah dengan anak2. Dengarlah apa yang mereka nak beritahu. Dengarlah luahan mereka.
Elakkan daripada memukul anak2. Mendidik dengan kasih sayang itu jauh lebih baik berbanding kemarahan dan kekerasan.

*Jangan jemu mendoakan anak2. Sebutlah nama anak2 setiap seorang dalam doa kita setiap kali selepas solat fardu, selepas solat hajat dan selepas solat tahajjud.
Kejayaan anak2 juga akan terhasil daripada berkatnya doa seorang ibu. Apabila anak2 sudah dewasa, berkeluarga dan berjaya, teruslah berdoa untuk kebahagiaan berterusan anak2 kita. Doa ibu akan mengiringi mereka sepanjang hayat.

* Jangan terlalu memanjakan anak2 dengan kemewahan dan wang.  Didiklah anak2 melakukan kerja2 di rumah walaupun kita mempunyai pembantu rumah. Mengemas bilik tidur, membasuh pinggan, membasuk kasut sekolah, mengemas meja makan, memasak, menyediakan air, menghidang makanan, mengemas rumah, membuang sampah, menyapu sampah dan lain2. Didiklah supaya mereka mempunyai kemahiran melakukan kerja2 asas di rumah untuk kesenangan mereka kemudian hari.

* Buatlah baik kepada semua orang. Manusia yang paling baik adalah manusia yang memberikan manfaat kepada manusia lain.

*Jauhilah sifat riak, sombong dan iri hati. Jangan sekali2 merasa diri kita hebat atau lebih baik daripada orang lain. Merendah diri adalah yang paling baik menjadi perhiasan diri kita.

* Banyakkanlah bersedekah. Jadilah insan yang pemurah hati. Keluarkan zakat jangan sekali2 dilupakan. Kita tak akan putus rezeki jika kita bermurah hati.

*Carilah ilmu di mana pun kita berada. Rajinlah menimba ilmu, membaca, menghadiri majlis ilmu tak kira di mana pun. Hanya dengan ilmu hidup kita akan bercahaya. Hanya ilmu yang boleh memaknakan kehidupan kita.

Itulah antara pesanan ma pada ku waktu pulang bertemunya dua hari lalu.
Banyak pula pesananny kali ini. Semuanya ku sematkan di hati.

Terima kasih ma.
Terima kasih kerana mengandung dan melahirkan ku.
Terima kasih kerana mendidik ku dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan ku sehingga saat ini.
Terima kasih atas doa restu mu sepanjang hayat ku.
Terima kasih atas semangat dan inspirasi yang ma berikan kepada kejayaan ku.
Terima kasih atas segala2nya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.