Buku ni best baca.....
Hendak susah Ataupun Senang
Assalamualaikum....Salam bahagia.
Malam tadi ke TTC 1, USJ 9 untuk kelas mingguan. Ramai yang datang.Orang lama ramai, orang baru pun ramai. Orang lama yang bawa orang baru. Alhamdulillah, aku pun membawa dua orang baru malam tadi.
Insyaallah, harapnya positif berpanjangan.
Besarnya harapan mereka yang datang. Semuanya mahu berjaya.
Mereka mahu mengubah kehidupan.
Memang boleh mengubah kehidupan melalui perniagaan ini. Secara berperingkat2 kehidupan akan berubah apabila selari dengan usaha yang dibuat.
Nak dapat lebih kenalah usaha lebih.
Mesti lebih rajin buat appoiment.
Mesti lebih banyak berjumpa orang.
Mesti lebih banyak berkongsi peluang ini dengan orang lain.
Kejayaan di dalam AT 181 bukanlah kejayaan sorang2.
Ia adalah kejayaan rangkaian.
Kejayaan yang dicipta mesti bersama kejayaan berkumpulan.
Semakin ramai yang berjaya, semakin besarlah pula kejayaan kita.
Dan kitalah yang akan bertanggungjawab menjayakan rangkaian kita.
Tak mungkin kita akan berjaya dengan duduk saja.
Tak mungkin kita akan berjaya dengan hanya berpeluk tubuh.
Tidak mungkin akan berjaya dengan hanya bermenung dan berangan sahaja.
Masuk mestilah untuk berjaya dan bukannya untuk gagal.
Kejayaan yang didambakan mestilah sehingga mencapai CDM.
Ia adalah pangkat paling tinggi dalam hiraki kejayaan dalam syarikat ini.
Untung apabila kita menjadi CDM ni.
Momentum kita lebih stabil.
Kita mendapat bonus prestasi yang paling tinggi iaitu 41%.
Maka kita boleh membeli produk dengan mendapat diskaun yang
paling tinggi dan paling murah.
Over riding pun besar.
Kita mulai boleh meletakkan matlamat untuk mendapat pencen sejumlah 3% yang disediakan oleh syarikat. Maka lahirkan dan jayakanlah ramai2 CDM di dalam network kita.
Selalunya jika dah CDM, kita boleh mengambil semua jenis pendapatan dalam syarikat termasuk car fund dan bonus wawasan.
Kita telah menjadi pemimpin kepada network kita.
Bagaimanapun, ramai pula yang kecundang sekerat jalan.
Kebanyakannya kalah dengan diri sendiri.
Bukan kalah kepada orang lain.
Mudah kecewa
Cepat berputus asa.
Tidak gigih dalam berusaha.
Tidak mahu menempuh kegagalan terlebih dahulu.
Impian yang tidak realistik dengan usaha.
Lebih bercakap kurang bertindak.
Banyak mengharap.
Tidak ikut apa yang diajar oleh AT 181.
Lebih malang lagi, ramai juga yang terkulai di pintu syurga.
Apa maksudnya???
Ramai yang sudah menikmati kejayaan tetapi rupanya kejayaan itu tidak bertahan lama.
Rupanya mendaki ke puncak gunung lebih mudah dicapai berbanding mempertahankan kejayaan supaya tidak jatuh setelah berada di puncak menara.
Lebih 8 tahun....Pengalaman Yang Semakin Mendewasakan Diri ku....
Cabaran, ujian dan dugaan tetap akan hadir sepanjang kehidupan.
Sama juga dalam perniagaan in.
Bukan tiada orang yang sudah di puncak kejayaan kecundang dalam era kejayaan.
Mereka tidak mampu mempertahankan kejayaaan yang telah diraih.
Mereka kalah dengan ujian baru.
Mereka tewas dengan diri sendiri.
Banyak hal...
Selalu aku nyatakan, bahawa nak berjaya kena jujur.
Ramai yang tidak jujur kepada diri sendiri.
Ramai pula yang tidak jujur kepada rakan kongsi.
Ramai orang boleh berniaga tetapi ramai pula yang merosakkannya dengan tangan mereka sendiri. "Mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri" adalah pepatah yang paling tepat.
Mereka tidak sedar bahawa mereka merosakkan perniagaan sendiri.
Tepat sekali "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana".
Ramai orang boleh berniaga, tetapi tidak ramai yang boleh menjaga mulut mereka.
Busines yang kita buat adalah business networking.
Jika silap, satu rangkaian akan silap.
Jika kita berbohong, satu network akan tahu pembohongan kita.
Jika kita menipu, satu network akan menghukum penipuan kita.
Jika kita salah, seluruh rangkaian akan salah.
Jika kita hebat, seluruh network akan menjadi hebat.
Kita masuk untuk berjaya.
Nak berjaya kena jujur.
Nak berjaya kena ikhlas.
Nak berjaya kena berusaha.
Nak berjaya kena bekerja.
Nak berjya kena gigih.
Nak berjaya kena sabar.
Nak berjaya kena kental.
Ketahanan mental membolehkan aku terus bertahan selepas lebih 8 tahun berjuang. Dah nak masuk 9 tahun pun. Syukurlah.
Meneliti album2 dalam rak kabinet di rumah, begitu ramai yang telah hilang.
Mereka orang2 yang sangat hebat suatu ketika dulu.
Mereka antara yang mencipta kejayaan gemilang dalam diari hidup mereka.
Mereka pernah dijulang sebagai juara.
Mereka pernah dikompangkan kemenangan mereka.
Tak apalah. Itu pilihan mereka.
Itu kemahuan sendiri.
Gagal, berjaya atau terus berjaya adalah pilihan sendiri.
Berjaya dan kemudiannya kecundang juga pilihan mereka sendiri.
Bergemerlapan dan kemudian malap sinarnya terjadi juga
kerana perbuatan sendiri.
Rezeki mereka setakat itu sahaja.
Rezeki mereka sudah habis dalam syarikat ini.
Rezeki mereka terhenti di situ sahaja.
Rezeki itu datang dan pergi.
Aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Susah, pahit, duka, senang, gembira, manis dan hebat telah ku rasai semua.
Berilah ketahanan, fizikal dan kesihatan yang baik untuk aku terus melebarkan kejayaan ini kepada lebih ramai orang yang mahu berjaya.
YESSS....pagi ini aku mendapat sinergi baru untuk...
MELEBARKAN SAYAP KEJAYAAN
KEKAL BERJAYA SETELAH BERJAYA
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.