Assalamualaikum....
Malam tadi jam 1.30 pagi baru tiba di rumah dari sandakan bersama CDM Kuyah. Terima kasih suamiku yang tidak pernah jemu menghantar dan mengambil ku di airport malam tadi, dia jugalah yang terlalu banyak berkorban untuk kejayaan bersama AT 181. Dua hari ditinggalkan, ada waktunya lebih lama apabila menuntut berpergian dalam tempoh yang lebih panjang.
Tanpa pengertian dan sokongannya tidak mungkin aku akan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga kepada suami kepada semua CDM wanita dalam AT 181.
Restuilah isteri anda. Doakanlah untuknya.
Berilah sokongan kepada isteri anda.
Percayalah, setiap kejayaan yang didambakan memerlukan pengorbanan.Tetapi setelah berjaya, maka segala kejayaan dan kesenangan yang diperolehi adalah untuk dinikmati demi
kebahagiaan bersama.
Pagi ni kami keluar bersarapan di luar bersama anak2. Mulanya nak ke Jalan Cheras berhampiran hentian rehat Dugong menuju ke Kajang tetapi tutup la pulak. Kami kemudian menuju ke Bangi Seksyen 7 berhampiran rumah
CDM Siti Rohani.
Wah banyaknya menu...macam2 ada. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak, nasi briyani, nasi putih, nasi biru, nasi kosong, Macam2 kuih muih dan roti canai pun ada.
Habis sarapan, kami terus ke Lendu Melaka untuk menghantar Aimi pulang ke UITM. Mulanya dia nak pulang dengan bas je tetapi manusia punyalah ramai di stesen bukit Jalil. Tiket pun habis. Jadi kami menghantarnya sendiri.
Sepanjang perjalanan ke Melaka melalui utara selatan...fuh macam musim raya. Jalan bagi kedua2 hala kereta banyak. Raya tahun baru cina, tetapi yang balik kampung ternyata orang kita. Jalan menghala ke KL lagilah jam teruk sangat. Sebelum sampai Melaka lagi dah jam, kereta dah penuh terhensot.
"Eh mama, tengok kereta tu, kesian!!!...ramainya anak mereka. Sendat nampaknya. Kereta dah lah kecik. Nasib baik kereta kita besarkan. Jam pun tak adalah sesak sangat. tentu ayah dia tak mampu nak beli kereta besar kan mama".
"Mama, jom kita beli estima macam kereta Sofia dan Dania anak auntie Yati tu. Ada TV mama, boleh tidur kat seat belakang".
|
Anak2...Aimi 20 tahun, Irah 13 tahun dan Aisyah 9 tahun
bersama Dzul sewaktu bersamake Melaka pagi tadi.
Aisyah, anak bongsu kami berusia 9 tahun. Belajar di Integrated Islamic School Kota Damansara. Yuran sekolahnya bersama Irah pun lebih RM1800 sebulan.
Dia lebih banyak meminta itu ini berbanding kakak2nya yang lain.
Macam2 yang dia minta.
Nak beli mainan mahal.
Nak beli patung barbie.
Hari2 mesti beli buku2 yang dia suka.
Nak beli komputer.
Nak beli handphone.
Nak beli baju baru.
Nak holiday kat Singapore.
Nak melancong ke Disneyland.
Nak beli basikal baru.
Nak masuk horse riding.
Nak masuk kelas piano.
Nak gi Kumon.
Nak masuk ESQ Kids.
Nak beli kereta baru.
Nak pindah rumah baru yang ada swimming pool.
Dia ingat beli semua tu dengan air bio aura.
Pendek kata, Aisyah memang bertuah.
Mana yang berpatutan aku belikan.
Jika tidakpun, aku terangkan kenapa tak beli. Biar dia faham.
Aku pun memang sepakat dengan Dzul tak mahu terlalu memewahkan anak. Biarlah mereka faham betapa susahnya mencari wang.
Biar mereka tahu betapa kami bermula dari kosong.
Alhamdulillah, anak sulung Aimi, Adib anak kedua dan Irah anak ketiga lebih memahami susah senang ku.
Aimi dah di semester empat dalam Busines Study.
Dia begitu berhajat untuk menyambung ijazahnya di UK.
Aku kata jauh sangat,,,tak berapa harap anak perempuan jauh dari kami. Yang lelaki tak apa. Katanya kalau tak boleh ke UK, dia nak sambung ke Singapore.
Dia tak berapa suka belajar di UITM Melaka..mentaliti pelajar2 Melayu kita asyik nak berseronok sahaja, asyik mahu tengok wayang, siang malam chit chat fb, ponteng kuliah keluar mencari hiburan, ikut boyfriend, berkepet dengan girlfriend, meniru tak habis2 baik exam mahu paper work, duit guna untuk joli.
Aku tahu Aimi jenis kaki belajar, ulat buku. Resultnya untuk 3 semester memang sangat tinggi. Semester pertama 3.78 dean list, semester kedua 3.94 dean list dan semester ketiga 3.97 dean list. Oleh kerana result yang bagus itu, Aimi diberi tawaran untuk terus mengambil ijazah tapi Aimi mahu dua2..diploma dan ijazah.
Katanya dia mahu bersaing dengan pelajar2 Cina yang sangat berbeza dalam pemikiran, sikap dan pandangan terhadap pendidikan berbanding kawan2nya di sana.. Dia mahu mendapat cabaran dan pengalaman yang jauh lebih hebat.
Dan semua itu tak mungkin dia akan dapat jika dia terus belajar di UITM Melaka.
OK, jika Singapore boleh. Sediakan wangnya je. Sediakan RM 45 000 setahun. Fuyooo...tak buat berniaga mana mungkin aku mampu menghantar anak ke universiti terbaik seperti itu. Alhamdulillah, aku mampu menyediakannya jika Aimi benar2 mahu. Semuanya hasil perniagaan ini.
Buat berniaga ni untuk masa depan anak2 kita. Kita senang, anak2pun senang. Paling aku titik beratkan ialah pelaburan pendidikan untuk mereka. Biar berhabis banyak untuk mereka dalam pendidikan asalkan mereka mendapat yang terbaik.
Bagi anda, buatlah bersungguh2 business ini.
Jangan main2. Perniagaan ini mampu mengubah sejarah hidup kita, sejarah hidup ibu bapa kita dan kehidupan anak2 kita. Bersungguh2lah kerana tiada kejayaan akan diperolehi dengan sikap sambil lewa dan main2.
Salam, insyaallah kita akan berjumpa lagi. |
|
kita hebat....anak juga hebat....Kalau ibu tak berani mcm mana nak didik anak jadi berani...kalau kita mempunyai mcm2 alasan, anak mempunyai 1001 alasan. Kalau kita malas, anak 1000x malas. Mcmana nak didik anak ke arah kecemerlangan kalau kita sendiri hanya melihat masalah. kalau kita tak berubah mcm mana anak2 nak berubah.
ReplyDelete