Monday, November 14, 2011

Majlis Resepsi...The Royale Chulan

12.11.11
Berlangsung pula majlis resepsi untuk
Pengantin Baru
Dr Fatimah Syahidah Azmi dan Dr Khairunnazren Ismail
yg sungguh gilang gemilang
bertempat di The Royale Chulan Kuala Lumpur.
Majlis bermula jam 7.30 petang.
Lebih 800 orang dif jemputan yg hadir.
Alhamdulillah, majlis yg cukup sempurna.


Taming Sari  grand ballroom, The Royale Chulan.
Besar sangat.
Cantik dan penuh ceria serta berseri2.
Majlis meraikan perkahwinan puteri sulung.
Patutlah habis beratus ribu untuk majlis resepsi ini.

Taming Sari Grand Ballroom The Royale Chulan.
Dihias begitu indah cantik dan berseri.
Memuatkan lebih 800 orang tetamu jemputan.
Limpahan cahaya terpancar di segenap penjuru
Taming Sari grand ballroom ini.
The Wedding Of
Dr Fatimah Syahidah Azmi & Dr Khairunnazren Ismail.

VVIP pun ramai,
Ketua Hakim Negara,Menteri, timbalan2 menteri, dan orang2 besar lain.
Sayang sekali gambar tak sempat nak snap.
Lagipun meja aku jauh dari meja VVIP.
Semuanya protokol.
Mana boleh ikut suka hati aku ke hulu ke hilir.
juru gambar rasmi semua dah ada.
TV3 pun ada.
Terkilan sedikit tapi tak apa.
Gambar rasmi akan diedarkan kepada keluarga selepas siap nanti.

Jemputan mula memenuhi Taming sari ballroom.
Ramai...meriah sangat.
Keluarga terdekat, keluarga jauh, saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga,
sahabat handai, teman sekerja, rakan niaga...

Pelamin yg indah berseri.
Fresh flowers.
Memang cantik tetapi harganya pun cantuik.
mak oooi...pelaminnya sahaja lebih RM60 000. itu yg difahamkan pada aku.
Tambah sikit duit, tambah lighting sikit duit, tambah flowers duit lagi.
Aku dengar kos untuk majlis resepsi ini sahaja menelan lebih RM250 000.
Belum dikira lagi dengan bilik penginapan hotel, pakaian pengantin, pakaian keluarga pengantin yg full sponserd semuanya.
Tak kira lagi dengan gift untuk tetamu.
Tetapi itu masih dikira sederhana bagi keluarga pengantin.
Kek perkahwinan
Perarakan masuk pengantin.
Menyusun tapak biar serentak.
Melangkah yakin menuju ke singgahsana yg sedia menanti.
Di atas pelamin bagaikan raja sehari.
Sama cantik sama padan.
Sama molek sama rupawan.
Perarakan pengantin diiringi oleh adik2 Dr Fatimah Syahidah juga papa dan mamanya.
Tetamu memenuhi ruang legar di hadapan Taming sari ballroom
sebelum majlis bermula.


Bergambar dulu kami adik beradik.
Ramai yg datang dari Kelantan.
Ma, abang2, dan kakak ipar.

Majlis kenduri kesyukuran di Kelantan akan diadakan pula pada
25 Nov nanti di Kota Bharu untuk keluarga dan saudara mara di Kelantan.
Hampir 400 orang tetamu akan dijemput hadir.
Tunggu kad jemputan ya.
Tahniah Prof Adjunts Dato' Azmi Mohd Ali dan Datin Latifah Tahar.
Berseri2 meraikan majlis resepsi ini.
Suka bergurau, peramah, pemurah dan sangat baik orangnya.
Rezekinya melimpah ruah.
Inilah hasil kerja kuat, gigih dan bijak menyusun strategi business.


Di sebelah pagi pada hari yg sama terbang ke Kota Bharu
untuk majlis penganugerahan pingat kebesaran dari Sultan Kelantan.
Jam 5 petang sudah berada di The Royale Chulan KL untuk majlis ini.
Dapat dua rezeki serentak.
Fresh flowers memenuhi hiasan pelamin dan dewan nan indah.
Sinaran neon dan lilin juga memnuhi setiap ruang ballroom ini.
Semoga hidup pengantin berdua terus bercahaya, segar dan berseri bagaikan serinya
majlis resepsi ini.
Tahniah untuk Ida dan Naz.
Tiga skrin besar memenuhi ruang ballroom untuk membolehkan semua
jemputan menyaksikan majlis yg penuh indah ini.
Ucapan alu2an drpd tuan rumah.
Majlis yg sangat sempurna.
Meninggalkan nostalgia indah buat pengantin, kaum keluarga dan semua jemputan yg hadir
pada majlis ini.
Tahniah untuk abang Mi dan Kak Shawa.
Tahniah juga untuk wedding planner dan semua kru yg terlibat menjayakan majlis besar2an ini.
Makan beradab di meja pengantin bersama VVIP.
Abadi hendaknya.
Itulah doa dari papa dan mama pengantin serta adik2 tersayang.
Bersama keluarga sebelah bapa pengantin perempuan.

Bersama keluarga sebelah ibu pengantin perempuan.
Ida dan kawan2 dr Convent Bukit Nenas KL.
Juga bersama rakan2 yg belajar di Ukraine Rusia.
Ohh tak lepaskan peluang...aku dan adik Nik Muhammad
bergambar bersama pengacara majlis Maria Tunku Sabri.
Ahmad Fietri Yahya pula sibuk dgn org lain.
Pengacara terkenal dijemput mengacarakan majlis.
Bayarannya mak oooi...ingatkan lima enam ratus tapi beribu2 rupanya.
Disediakan bilik penginapan lagi.
Itulah harga yg dibayar untuk jenama Maria Tunku Sabri dan Ahmad Fietri Yahya.
Ahh...jika dah ada nama, senang wang masyyuuuk ya.

Siap ada rakaman untuk TV3 lagi.
Rasanya untuk siaran NONA dan Wanita Hari Ini.
Abang sulung Nik Azman.
Abang kedua Azmi
Abang ketiga Alwi.
Kami 11 beradik...5 orang yg ada Nik, 6 orang yg tak ada Nik.
Aku masuk yg 6 tu...tak ada Nik.
tapi specialnya....Aku ada CDM kat pangkal nama ketika berusia 38 tahun.
CDM Faridah Mohd Ali...hanya satu di dunia ini. ...he he he

Sepupu Dato' Khalid Ahmad
Bekas Pengerusi MRCB turut hadir meraikan pengantin.

Majlis selesai jam 11 malam.
Tapi sesi bergambar keluarga memakan masa.
Hampir jam 1 pagi baru tiba di rumah.
Ada juga adik beradik yg bermalam di hotel yg sama.

terima kasih atas jemputan.
Tahniah utk Ida dan Naz.

Tahniah untuk abng Mi dan Kak Shawa.
Tahniah juga untuk mama tok(ma aku) yg dapat cucu menantu lagi.
Bulan Mac 2012 nanti,  ma  akan menimang cicit yg pertama dlm usianya mencecah 73 tahun
dari perkahwinan cucunya yg pertama Nik Mohd Samhan dgn Hasni Kasim.

Insyaallah.
Berkatlah hidup hendaknya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Amin Amin Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.