Saturday, November 5, 2011

21 Tahun Membina Istana Cinta

2 November 1990
Tarikh kami diijabkabulkan
Gambar pada hari perkahwinan kami


2 November 2011
Genap 21 tahun usia perkahwinan kami


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kepada Allah SWT.
yg mempertemukan kami, menyatukan kami, mengikat hati2 kami sehingga
termeterainya ikatan suci antara kami.

Kami membina istana cinta ini dari kosong.
Berkahwin ketika aku masih belajar di UM ketika usia baru melangkah ke 24 tahun
sementara en suami pula 26 tahun ketika itu.
Bercinta hanya selepas diiajbkabulkan.
Syukur, kami kekal bagai pengantin baru.
Dan masih berusaha menyulam cinta menyiram rindu agar kekal dalam
panggilan kebahagiaan, kerahmatan demi kemuliaan
perkahwinan itu sendiri.

Sesuai pula dgn hakikat perkahwinan...
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan
kamu semua dari jiwa yg satu
dan dijadikan daripadanya pasangann dari jenis kamu sendiri dan berkembanglah
daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan".
An Nisa: 1


Gambar terbaru...
Rumahtangga itu penuh kecintaan
Rumahtangga itu penuh kebahagiaan
Rumahtangga itu penuh kedamaian
Rumahtangga itu penuh dgn limpahan cahaya
Rumahtangga itu penuh dengan pahala
Rumahtangga itu penuh dengan ganjaran berganda
Rumahtangga itu penuh dengan rezeki
Rumahtangga itu penuh dengan kerahmatan
Rumahtangga itu penuh dengan kemuliaan
Rumahtangga itu penuh keberkatan
Rumahtangga itu tapak membina kecemerlangan negara
Rumahtangga itu asas membina ketamadunan bangsa
Rumahtangga itu syurga di dunia
Andai kita bijak mengemudinya...
Dengan 4 orang cahayamata penyeri dan pengikat cinta.
Nor Aimi Dzulfauzilah
Mohd Adib Dzulfauzilah
Nor Syahirah Dzulfauzilah
Nor Amalin Aisyah Dzulfauzilah



Setinggi2 penghargaan
Ucapan yg tak terucap
Bisikan yg tak kedengaran
Desiran yg tak mampu ku hembuskan
Kata2 yg  tak terluah
Ayat2 yg tak mampu terungkap
untuk suami ku

Dzulfauzilah Husin

Atas segala kesetiaan
Atas segala cinta dan kasih sayang
Atas segala kejujuran
Atas segala pengorbanan
Atas segala pengertian
Atas segalakecekalan
Atas segala kegigihan
Atas segala kesabaran
Atas segala perkongsian
Atas segala tolak ansur
Atas segala pertanggungjawaban
Atas segala keikhlasan
Atas segala ilmu yg dicurahkan
Atas segala didikan dan bimbingan yg diberikan
Atas segala nafkah yg diwajibkan
Atas segala yg telah diberikan
Sehingga terbinanya istana cinta kita.

Moga syurga perkahwinan kita kekal hingga ke hujung usia
Berbahagian hingga ke syurga.

Semoga ia kekal menjadi ibadah yg mampu meninggikan darjat kehidupan,
dinaungi kasih dalam kesyahduan,
ditambahkan usia dalam kerahmatan
disayangi semua dlm kebahagiaan
ditinggikan ilmu dalam kemuliaan dan
dimurahkan rezeki dlm keberkatan.
Dan semoga padanya terus menghimpunkan
sejuta keberkatan yg ditunjangi dengan rasa kehambaan kepada Allah
sang pencipta cinta kita berdua.

Rumahku syurgaku
Dirimu kekasihku
Kekasihmu diriku
Kebahagianmu kebahagianku
Moga jodoh kita berpanjangan sehingga ke penamat usia.
Allah jua pelindung rahmat dan cinta kita berdua.
Amin Ya Rabbal Alamin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.