Wednesday, November 23, 2011

Jogging

Salam.
Lepas solat subuh tadi macam biasa, keluar jogging sekitar Bandar Kinrara.
Jam 7 pagi, kami keluar berdua je.
Satu jam lebih.
Warming up dulu untuk melegakan urat saraf.
Jika tak buat warming up, habis sakit seluruh badan.
Tapi dah buat hari, rasa sihat.
Ya lah, kena kekal cergas.
Apa lagi kerja tak menentu macam kami.
Kadang2 tidur lewat, makan lak semua bedal.
Berat badan pun boleh tahan, so kenalah jaga dgn excercise selalu.
Sekejap pun ok, asalkan konsisten.

Jika konsisten, badan tak cepat letih.
Tulang pun kuat.
Badanpun cergas.
Kena excercise selalu, hari2 lagi bagus.
Jika tak sempat tiga atau empat kali seminggu mesti keluar jogging.
Ya lah, umur akupun dah pertengahan 40an, kesihatan kena jaga, pemakanan kena teliti.
Jangan main sental je semua.
Air kena minum banyak, terutama air bio aura.
Air manis kena kurangkan.
Lemak dan manis sebaiknya dikurangkan dosnya.

Jogging ni jika buat pagi2 lagi selesa, udara masih segar, jalan pun tak sibuk.
Sekolah lak cuti, tak adalah sibuk menguruskan anak sekolah macam biasa.
Appoiment pun tengah hari baru ada.
Hari ni ada  dua je appoiment, satu jam 5 petang satu lagi pada sebelah malam.
Sepatutnya ada satu appoiment jam 11 pagi tapi tangguh ke esok.
Kebetulan lak mak mertua nak datang
tengah hari ni dgn adik ipar.
Elok sangatlah.

Inilah seronoknya bekerja sendiri.
Masa kita atur sendiri.
Kerja kerja jugak.
Masa di tangan kita.
Pagi2 masih di rumah, kadang2 ada appoiment kami keluar.
Jika tak ada, kami buat urusan lain.
Pergi bank, bayar bil, call dwline atau rakan kongsi, baca emeil, lihat blog, buat entry baru,
Bila ada appoiment, baru keluar. Jika free atau dah habis appintment, boleh balik dulu.
Makan, rehat, tengok anak atau urus apa yg patut.
Kemudian keluar lagi bila ada temujanji.
Ada waktu sampai malam, ada waktunya sebelum maghrib kami dah sampai rumah.
Jika sempat kami ke masjid untuk berjemaah maghrib dan Isyak.
Jika tidak, berjemaah di rumah dgn anak2.
Habis jogging, aku mesti minum lacto-lite dan garam buluh.
Aku campur dgn fresh orenge jus.
Sedapnya...lepas tu baru sarapan.
Pagi ni kami makan nasi impit kuah kacang.
Lepas tu makan lak suplement2 lain seperti calsium magnesium, daily, maharani, garlic, bio C,
gorgeos, protein dan lain2.
Untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Makan suplement macam makan nasi bagi aku.
Tak boleh tinggal mesti makan.
Rasa tak lengkap hidup jika tak makan.

Garam buluh...en suami lebih suka minum macam tu je...original rasa.
Minum cam tu je, lebih sedap katanya berbanding dicampur dgn jus orenge.
Tak boleh tak minum, sehari dua sachet.
Badan rasa lebih ringan dan bertenaga, perut rasa lebih selesa, angin pun kurang,
jika memandu jauh pun tak terasa penatnya.

Aku syorkan, makanlah garam buluh dan lacto-lite.
Jogging tu, buatlah jika sempat.
Tiga kali seminggu pun OK, jika pun bukan setiap hari.
Untuk kesihatan yg lebih baik.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.