Angie dan Kenny
Akademi Taipan 181 sangat berterima kasih kepada pasangan suami isteri ini,
Angie dan Kenny kerana begitu kuat memberikan sokongan kepada AT 181.
Semua urus niaga kumpulan ini dibuat dengan stokis ini terutamanya bagi group KL dan Selangor.
Mereka adalah orang ketiga yang ku kenal di dalam syarikat ini sejak mula berniaga lebih 8 tahun lalu.
Orang pertama CDM Kartini dan CDM Kamaruddin.
Orang kedua ialah upline kepada CDM Kartini.
Orang ketiga ialah Angie dan Kenny.
8 tahun dahulu, mereka datang ke rumah ku bersama CDM Kartini.
Memakaikan aku premium beautiful. Memberikan pinjam stok beatiful.
mereka banyak membantu. Service cukup baik.
Mereka sanggup datang ke rumah ku di Rawang ketika itu hanya untuk menghantar barang.
Mereka sanggup datang ke rumah ku di Bandar Sg Buaya Rawang hanya untuk mengambil wang untuk punch.
Bila aku mula buat meeting, aku bermula di bilik kecil di stokis Angie di USJ 9.
Boleh muat dalam 35 orang sahaja.Sekarang stokis dah besar. Dah ada 4 tempat iaiatu stokis,
TTC 1(atas Alliance Bank), TTC 2(atas stokis) dan TTC 3(stokis lama).
Cantik pulak tu.
Sepanjang aku berniaga dan berurus niaga dengan Angie serta Kenny,
servive mereka memang tip top.
PV tak pernah silap.
Urusan jual beli barang tak pernah tercicir.
Borang ahli semuanya akan didaftarkan.
Urusan wang tidak berkira.
Hadiah jam tangan Bonia atau Roscani,
akan diberikan percuma bagi setiap SM baru.
Itu memang diberikan sejak dulu lagi. sejak aku mula berniaga.
Nak minta tolong memang mudah.
Nak tanya pasal pangkat, maintain, urusan network, nak jadi leader pun mereka tahu kerana mereka, nak meeting, malam anugerah, urusan jual beli tiket, urusan surat menyurat dengan syarikat dan macam2 lagi.
Semua mereka buat dan dengan rela hati mereka akan melakukannya
yang terbaik untuk kita.
Mereka juga sangat murah hati.
Mereka percaya bahawa setiap pemberian akan datang semula sebagai rezeki kepada si pemberi.
Duit syiling biasanya mereka pulangkan semula kepada kita ketika berurus niaga.
Jika AT 181 buat seminar besar,
Angie akan bagi sumbangan dalam bentuk hamper, wang, hadiah dan lain2.
Jika AT 181 buat solat hajat, kenduri atau majlis berbuka puasa pun
Angie dengan murah hati turut menyumbang wang atau makanan.
Aku ingat lagi,ketika aku sedang fight pangkat CDM lapan tahun dulu, bulan itu juga Angie melahirkan anak ke empatnya.
Angie dengan profesionalnya tetap menjalankan tugas sebagai stokis di rumahnya.
Hampir setiap dua hari sekali aku kerumahnya untuk mengambil barang, membeli barang, menghantar borang dan sebagainya.
Dan dengan sokongan Angie serta suaminyalah, aku akhirnya naik CDM pada bulan tersebut.
Syukurlah.
Bagi anda, binalah kepercayaan kepada stokis ini.
Mungkin yang belum kenal, anda nampak Angie agak serius. tetapi jangan menilai buku daripada kulitnya.
Binalah kepercayaan anda kepada suami isteri ini.
Jika mereka percayakan anda, maka business anda juga akan berjalan dengan baik. Mereka akan percayakan anda sampai bila2.
Cakap kena jujur, janji kena betul, wang kena telus,
Jangan sekali2 mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Jika silap minta maaf.
Binalah hubungan yang baik dengan mereka.
Anda mesti tahu menghargai mereka.
Anda mesti bijak mengambil hati mereka.
Terima kasih Angie dan Kenny.
Teruslah memberikan khidmat terbaik anda untuk AT 181.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.