Salam, bertemu lagi. Selepas Program NDS di Bumi Bertuah Melaka, aku terus pulang ke rumah.Pagi keesokannya 12 Dis, aku harus bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap terbang ke Kuching Sarawak.
Aku berseorangan sahaja. Dzul tidak ikut bersama. Dia menemani anak2 di rumah. CDM Roshila dan CDM Zaifrey telahpun bertolak lebih awal iaitu pada pagi Sabtu kerana mengadakan slot pengukuhan di sebelah petangnya di branch Kuching. Penerbangan dengan Air Asia dari LCCT menuju Kuching mengambil masa satu jam 40 minit, pada jam 7.25 pagi menepati waktunya. Ketibaan ku di Kuching disambut oleh CDM Abdullah Sandi yang sedia menunggu dengan Alphardnya. Kami terus menuju ke branch Hai O di Batu Tiga, Kuching Sarawak.
|
Sempat ku merakamkan gambar ini. Dua petugas di LCCT sedang memasangkan alat sambungan sebuah jentolak dengan kapal terbang.
Yang kecil boleh menolak yang sebegitu besar.
Kapal terbang akan ditolak sehingga betul2 berada di atas landasannya menuju ke hadapan.
Rupa2nya kapal terbang tidak boleh 'go stand'.
Ia hanya boleh ke depan sahaja. |
|
Awalnya dijangka untuk mengadakan Program NDS tetapi bertukar menjadi slot pengukuhan sahaja. Tidak ramai yang hadir, kurang lebih 20 orang peserta sahaja.
Tetapi aku benar2 teruja dengan semangat mereka. Manakan tidak!
Jika di KL, rakan kongsi sentiasa memberikan alasan tidak menghadiri program atau meeting kerana faktor jarak,
tetapi tidak demikian keadaannya dengan peserta di sini.
Jarak tidak pernah diutarakan jika mereka mahu berjaya.
Dengan keadaan bentuk muka bumi yang bergunung ganang, kemudahan dan sistem pengangkutan yang masih jauh ketinggalan,
mereka bersedia untuk menempuhinya demi mencari ilmu kejayaan yang diberikan oleh akademi ini.
Aku merasa begitu kagum dengan semangat mereka. Luar biasa! |
|
DSM Saftuyyah dari Miri Sarawak, masih anak dara, mengajar jauh di pedalaman Miri, mengambil masa 12 jam perjalanan berkereta.
Bertolak ke Kuching pada hari Jumaat lagi untuk memastikan slot bersama CDM Roshila tidak terlepas. Hanya tidur dalam kereta.
Sehabis meeting, akan terus pulang ke Miri lagi sekali dengan 12 jam perjalanan. DSM Saftuyah datang beberapa orang rakan kongsinya.
Bayangkan semangat mereka! |
|
DSM Ricky dan SM Romie juga turut hadir, mereka juga bukan datang dari kawasan yang dekat.
Perjalanan jauh bukan masalah bagi mereka tetapi mencari peluang untuk mengubah kehidupan.
Kesediaan untuk berkorban masa dan tenaga serta komited untuk berjaya mampu menjadi faktor terbesar yang akan menjadi daya tenaga menggerakkan kemahuan mereka untuk menjadi manusia luar biasa.
Syabas untuk orang Sarawak.
Kekuatan dan ketahanan anda benar2 akan diuji.
Anda benar2 hebat!. |
|
CDM Abdullah Sandi, DSM Rohayati dan DSM Kamarul.
Inilah pemimpin2 AT 181 Bumi Kenyalang.
CDM Abdullah yang menjemput ku di lapangan terbang.
Terima kasih Adul.
Dulunya seorang MA di sebuah hospital di Kuching.
Masih bujang, tetapi dengarnya akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Sebelas bulan bersama akademi ini berjaya menjadi CDM pertama di Sarawak. Sudah pun sepenuh masa bersama akademi ini. Telahpun memandu Toyota Alphard.
Hebat..teruskan perjuangan CDM.
Ruang untuk berjaya terbentang luas di hadapan mata.
Tempuhilah apa jua cabaran yang menanti di hadapan. Bersedialah untuk mencipta kejayaan2 yang lebih besar setelah kita bersedia dan sanggup mengharungi gelombangnya.Jangan menegeluh dengan pilihan kita.
Anda tidak pernah berseorangan meskipun jauh di bumi Kenyalang. Kesediaan CDM2 dari KL hadir patut memberi kekuatan baru untuk terus bergerak mengembangkan sayap network CDM di bumi ini.
Tahun 2011 pasti akan muncul CDM2 baru di bumi ini.
Syabas!
DSM Kamarul pula masih bertugas, juga sebagai MA. Seronok mendengar perkongsiannya. Hobinya melancong. Trip ke Hong Kong pasti tidak akan dilepaskannya. Baru lebih sebulan lalu bersama akademi ini melancong ke Switzerland memberikan pengalaman yang terlalu indah dan menyeronokkan. Hebat Kamarul. Pasti lebih ramai rakan kongsi akan bersamanya di Hong Kong nanti.
DSM Rohayati juga turut bersama.
Kami mulai rapat ketika bersama2 di Switzerland tempoh hari.
Beliau juga hadir dengan melalui perjalanan yang jauh.
Daripada Miri mengambil masa perjalanan 12 jam berkereta.
Tetapi itu bukan halangan bagi yang mempunyai kemahuan.
Kata Rohayati "Saya mahu ke Hong Kong, saya pasti akan berjuang". |
|
Meskipun tidak ramai, tetapi semangat mereka cukup tinggi.
Cikgu Maxwell (berdiri, yang ketiga dari kiri) hadir bersama isterinya, dengan perjalanan sejauh lapan jam ke Kuching dari Sibu Sarawak, Seingat aku,
setiap kali program yang dianjurkan oleh akademi ini,
Cikgu Maxwell dan isteri pasti hadir.
Tiada alasan yag kedengaran, yang pasti beliau akan sampai. Semangatnya kental, kemahuannya menggunung, impiannya setinggi bintang di langit. Baru je memiliki kenderaan berkuasa tinggi baru.
Tahniah Cikgu Maxwell!
|
|
Pengangkutan air adalah sangat penting di Sarawak. Ini gambar yang ku ambil di sebuah jeti di Kuching.
Selepas habis slot pengukuhan, aku bersama CDM Roshila, CDM Zaifrey dibawa berjalan2 oleh DDM Kunaini sekitar Kuching. Kami singgah membeli ikan terubok masin, pastinya di pasar terubuk. |
|
Inilah antara pejuang AT 181 Bumi Kenyalang.
DDM Kunaini Bohri.
Anak muda ini bertugas sebagai seorang guru Pra Sekolah di pedalaman Miri Sarawak.
Berpangkat DDM setelah enam bulan bersama AT 181.
Sudah memiliki Toyota Alphard hasil bisness ini.
Membeli kebun yang dihadiahkan kepada ayahnya juga hasil dari perniagaan ini.
Sering sahaja datang ke KL untuk mendapatkan suntikan ilmu dan motivasi daripada pemimpin2 hebat di KL.
Telah melancong ke Switzerland, layak ke Jakarta Bandung dan mendapat satu tiket ke Perth Australia bulan April 2011 nanti.
Hebat! Tahniah Kunai. Inilah anak muda yang tidak tewas dengan cabaran, tidak rebah dengan dugaan.
Benar2 mampu mengubah kita menjadi manusia luar biasa!
Jauh perjalanannya, 12 jam baru sampai ke Kuching.
Kesukarannya tak tergambar kerana terpaksa melalui jalan balak setiap kali mahu keluar berdemo dan berjumpa prospek.
Melalui jalan balak secara berseorangan, meredah perjalanan yang begitu jauh dan sunyi, berjumpa gajah, naik bot turun sampan, meredah kawasan jauh sukar dihubungi kerana ketiadaan kemudahan komunikasi, ketiadaan bank untuk urusniaga dan seribu satu macam kesukaran yang dilaluinya untuk sampai ke peringkat DDM.
Mendengar kepayahannya membina perniagaan ini, membuatkan aku terfikir...betapa senangnya rakan kongsiku yang berada di Semenanjung.
Ada highway luas terbentang,kemudahan serba ada, tiada masalah jalan dan pengangkutan, tidak perlu naik bot dan sampan, tidak pernah berjumpa gajah untuk keluar berdemo....aahh!! semuanya kerana kemahuan.
Itulah yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya.
Jika mendengar celotehnya memang tak kering gusi.
Terima kasih kerana melayan karenah CDM dari KL sehingga menemani ke lapangan terbang sampai kami hilang dari pandangannya. |
|
Walaupun berat kerana berbadan dua, CDM Roshila sentiasa ceria bersama pasangannya CDM Zaifrey.
Bergambar di jeti menunggu sampan. |
|
Masih menjadi pengangkutan penting di sini. |
|
Ronda2 sekitar penempatan tepi sungai Sarawak di pinggir bandar Kuching dengan menaiki sampan berenjin. Aku gayat sikit dengan air, tapi buat2 beranilah. Satu sampan kami berempat orang termasuk DDM Kunaini, Satu jam hanya RM40. |
|
Pandangan Bandar Kuching dari atas sampan di Sungai Sarawak |
|
Kami dibawa singgah ke sebuah Perkampunganyang menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan Kek Lapis Sarawak. |
|
Juru sampan menemani kami ke sebuah kedai kek special katanya.
Kek Lapis Dayang Salhah...ramai sekali pengunjung yang hadir
untuk melihat dan membeli kek lapis Sarawak. Inilah antara yang terkenal di sini. |
|
|
Pelbagai perisa pelbagai warna beraneka rupa kek Lapis Dayang Salhah.
Boleh cuba dan rasa, kemudian pilihlah yang mana satu untuk dibawa pulang. Harganya murah berbanding yang kita beli di tempat lain. |
|
Rak2 kek lapis...pilih sahaja yang mana suka mengikut citarasa anda. |
|
Haa...kan dah kata. Mesti beli punya. Dapat sekotak sorang jadilah. Packagingnya cantik dan kemas. Tak ada masalah untuk dibawa naik flight atau dibawa jauh. |
|
Sebelum menaiki sampan untuk pulang.
|
|
Masih lagi pengangkutan yang penting. Bayangkan pergi berdemo, pergi meeting, berjumpa prospek dan menghantar barang dengan sampan seperti ini.
Inilah yang ditempuhi oleh sebahagian besar warga Akademi Taipan 181 di Bumi Kenyalang.
Terdetik di hatiku,
"Aku datang jauh dari KL, tetapi mereka sanggup datang lebih jauh untuk bersama ku."
"Aku datang dengan kesenangan, mereka datang dengan seribu kepayahan untuk mendapatkan ilmu daripadaku".
"Tetapi sesungguhnya yang mahu datang walau dengan seribu kesukaran itu lebih baik daripada yang tidak mahu datang dengan pelbagai alasan walaupun boleh datang dengan segala keselesaan."
Berjumpa lagi. Salam Perjuangan!! |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.