Tuesday, December 28, 2010

Tips2 Mudah Untuk Closing

Salam sejahtera. Salam bahagia. Pada ketika ini aku berada di Mutiara Hotel JB. Jam menunjukkan 5.36 pagi. Belum Subuh lagi. Pagi2 nanti kami akan masuk ke Singapura untuk ke Universal Studio. Anak2 belum bangun lagi.

          Berapa orang prospek yang akan anda temui hari ini?
Di mana anda akan berdemo? Adakah untuk rakan kongsi anda atau untuk anda sendiri. Selain dari membantu rakan kongsi, anda juga mesti berdemo untuk diri sendiri. Saya tahu anda semua excited untuk ke Hong Kong. Jadi banyak2lah berdemo.

          Ingat, yang paling penting sekali ialah closing.
Berapa banyak demo yang anda buat tidak dipedulikan orang.
Di mana anda berdemo juga tidak penting. Paling penting ialah berapa pakej yang anda boleh closing. Berapa orang yang mula berniaga dalam network anda. Berapa ramai pula orang baru yang menyertai group anda. Berapa banyak sales yang kita punch di stokis. Itulah closing.

         Closing bermakna prospek anda bersetuju untuk menyertai perniagaan ini. Ini yang paling penting sekali. Bagaimana hebat sekalipun kita berdemo, betapa rajin sekalipun kita berdemo, betapa banyak sekalipun kita berjumpa orang, tiada yang lebih penting kecuali closing.

        Closing akan menentukan network anda
berkembang ataupun tidak. Ia akan menentukan
business anda naik ataupun statik. ia akan menentukan rakan kongsi anda berkembang atau pun tidak.
Ia akan menentukan berapa pendapatan anda
pada bulan semasa. Jika anda boleh membuat
closing yang banyak, maka banyaklah
pendapatan anda.



                                                                                             
Terdapat dua jenis closing iaitu:-

1. Mengisi borang ahli dengan bayaran RM30.00
2. Bersetuju untuk berniaga dengan mengambil
pakej yang ditawarkan.


Tips2 untuk membuat closing:-


1. Anda mesti berani untuk membuat closing.

2. Yakin dan beranilah untuk closing.

3. Jangan teragak2 ketika membuat closing.


4. Jangan bertangguh atau tunggu lama2.
Closing mesti dibuat 'on the spot',

5. Minta ic dan isikan borang keahlian.

6. Prospek anda mesti menurunkan
tandatangannya sendiri dan bukan anda yang menandatangani bagi pihaknya.
Ini closing yang pertama. Tahniah!

7. Untuk closing yang kedua, anda mesti lebih
berani dan yakin kepada diri sendiri.

8. Jangan memberi ruang untuk prospek berfikir
sendiri. Anda juga mestilah  bersedia untuk
memecahkan persoalannya.
Contohnya, jika prospek berkata "tak pandai
nak cari oranglah". Jawapan anda "Banyaknya
orang, cuba senaraikan sekarang berapa orang
yang ada dalam
senarai hp puan".
Jika prospek anda berkata "saya tak pandai
bercakap". Jawapan anda mestilah "Tak perlu
pandai bercakap,
yang perlu ialah kemahuan. Biar saya yang bercakap.
Puan panggil saya untuk bercakap kepada
prospek puan".

7. Berikan soalan tertutup yang mana
jawapannya mestilah ya. Bukannya soalan
terbuka yang membolehkan prospek memberikan
pelbagai macam jawapan.

8. Jika prospek sudah menampakkan persetujuannya, jangan berlengah lagi. Bertindak segera. Hulurkan
borang dana jika dia tiada tunai.

9. Uruskan segeranya dananya, jangan menunggu
lagi. Minta  dia turunkan  tandatangan di ruangan
borang yang disediakan.

10. Nyatakan bahawa anda akan datang mengambil dokumen yang perlu keesokan harinya.
Walaupun anda mungkin bekerja atau anda terpaksa menghadiri kursus, dokumen mesti diambil keesokan harinya pada masa yang ditetapkannya.
Mintalah bantuan upline anda.

11. Jangan sekali2 membiarkan dokumen terlalu
lama berada di tangannya.

12. Jangan menyuruh prospek anda menguruskan
dananya sendiri.

12. Sebaik selesai urusan dananya, bawalah dia
ke stokis untuk urusan membeli barang atau 'punch'.
Wah tahniah! Anda sudah berjaya membuat
'closing' yang kedua.

13. Langkah seterusnya ialah untuk membimbing
dan menjayakannya selepas dia menyertai
perniagaan ini.

14. Berusahalah membawanya ke kelas/meeting/
slot ilmu dan pengukuhan/seminar yang dianjurkan
oleh AT 181.

15. Berusahalah untuk memperkenalkannya
kepada upline/CDM anda seberapa segera.


16. Pasti dia akan berjaya. Akademi Taipan 181
akan terus membimbing setiap warganya.


 Azan dah kedengaran. Mari kita bersegera
mendirikannya. Bersolatlah jika kita mahukan
kejayaan dan kebahagiaan di dalam hidup.

Salam kejayaan. Insyaallah, kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.