Wednesday, December 8, 2010

Tuah Mahu Berkawan


Tuah mahu berkawan. Dia agaknya kesunyian. Walaupun setiap hari anak2ku dok melayan Tuah, tetapi Tuah mencari kucing juga. Kawan yang sebangsa dengannya.
Dengan Aimi, Irah dan Aisyah pun Tuah berkawan tetapi kata Dzul, Tuah sebenarnya mengimpikan kehidupan 'berumahtangga', mempunyai isteri untuk teman bicara dan teman tidurnya. Ya manakan sama. Papa atau Irah tak mungkin memahami bisikan hati Tuah


Tuah naik atas meja makan. Aku memang tak suka. Tunjukkan Kayu Biru
memang Tuah takut. Dia bijak. Kayu biru adalah didikan untuk Tuah. Tunjuk je kayu Biru, Tuah dah faham bahawa itu adalah perbuatan yang salah baginya dan tuannya tak suka. Selepas itu Tuah tak buat lagi.
Tuah, setiap hari mahu berkawan dengan Irah, Aisyah, Aimi, Homsatun dan Dzul juga. Dia dah pandai bermain dan berkawan. Tetapi kami baru faham, Tuah sebenarnya 'sepi'. Ha ha ha...anak2 gelak dan terbahak2 ketawa bila Dzul menerangkan apa yang Tuah sebenarnya mahu.
Tuah merenung memandang keluar ikut sliding door. Setiap hari mahu mencari kawan2 yang sejenisnya. Dzul kata nak dia nak cari 'girlfriend'. OOh baru aku faham!!
Mungkin dia sepi. Walaupun dilayan bagai 'menatang minyak yang penuh', tetapi dia tetap kesunyian. Hari2 mesti Tuah berada di sliding door ni, mana tahu kot2 ada kucing betina yang lalu.
Setiap hari Aisyah membelai Tuah, bermain dengan Tuah, menyediakan makan untuk Tuah, menidurkan Tuah dan mendodoi Tuah.
Aisyah memberi Tuah minum. Tengok Tuah! membersihkan mukanya dengan air yang diberi. Ada waktu gelagatnya macam manusia. Tuah sangat pembersih. Dia tidak akan tidur jika sangkarnya tidak dibersihkan. selagi tidak dibersihkan, Tauh akan mencakar2 sangkarnya. Apabila dibersihkan, Tuah akan berterima kasih dengan menjilat kaki orang yang membersihkannya. Bijak dan pandai betul Tuah ni. Tuah boleh dididik. Dia senang mengikut. Dia faham apa yang boleh dan mana yang tidak boleh dilakukan.
Tuah suka tidur di bawah katil bilik Aimi. Redup, gelap dan nyaman. Jika dipasang aircond lagi la dia suka.
Penghibur hati, sejak Tuah hadir, rumah kami semakin ceria. Tuah suka berkawan dan mahu berkawan. Jika Dzul balik dari mana2, terus dihulur tangannya mahu bersalam. Dzul menyambutnya lalu Tuah menarik tangan Dzul. Oh Tuah mahu keluar dari sangkar rupanya!. Dzul mengambil Tuah dan membawanya keluar untuk bermain.

Tengoklah 'Papa' Tuah. melayan Tuah macam melayan anak sendiri. Bagai 'menatang minyak yang penuh'.

Anak2 melayan Tuah minum. Tuah minum dua tiga kali sehari.
Airnya mesti air yang berkualiti iaitu air Bio Aura. Jika diberi air yang bukan Bio Aura, bulu badannya mudah gugur.  Bukan manusia je yang perlukan air yang sihat, Tuah juga memerlukan air yang berkualiti. Nasib baik kami buat bisnes Bio Aura. 
bertuahnya kami dapat memiliki Tuah.
salam Bahagia. Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.