Friday, December 17, 2010

Meniru

        
          Salam, berjumpa lagi. Apa khabar warga Akademi Taipan seluruh Malaysia? Bersyukurlah kerana kita berada dalam perniagaan ini.
Suatu perniagaan yang tidak membebankan. Tidak perlu menguruskan pendaftaran syarikat.
Tidak perlu memikirkan tentang produk atau RND.
Tidak perlukan pekerja dan bayaran gajinya.
Tidak perlukan kedai dan bayaran sewanya.
Tidak perlu memikirkan tentang kerugian yang memang tiada dalam perniagaan ini.
Tidak perlu memikirkan tentang syarat dan kelayakan untuk berjaya dalam perniagaan ini.
Tidak perlu memikirkan tentang iklan dan pemasaran produk.
Dan inilah satu2nya bisnes yang menyediakan bimbingan.
Malahan yang paling unik sekali ialah inilah satu2nya bisnes yang membenarkan kita meniru kejayaan orang lain.

Boleh tiru? Apa yang dibolehkan tiru? Meniru yang macam mana?
Sebenarnya kita boleh meniru semua aspek kejayaan orang lain. Malahan memang setiap yang join akan disuruh meniru orang yang telah berjaya. Mereka juga mesti rapat dengan orang yang berjaya. Malahan jika tidak mahu meniru dan tidak rapat dengan orang yang berjaya, mereka akan gagal dan tak mungkin akan berjaya. Mudahnya nak berjaya. Maka tiru menirulah kita. Nak tiru apa??

Cara gerak kerja boleh tiru.
Cara bercakap boleh tiru.
Cara nak senyum dan menyapa prospek boleh tiru.
Cara nak demo boleh tiru.
Cara jumpa prospek boleh tiru.
Cara closing boleh tiru.
Cara urus dana boleh tiru.
Cara handle rejection boleh tiru.
Cara handle meeting boleh tiru.
Cara membina impian boleh tiru.
Cara handle network boleh tiru.
Cara memotivasikan rakan kongsi boleh tiru.
Cara buat senarai nama boleh tiru.
Cara menegur stangers boleh tiru.
Cara kepimpinan boleh tiru.
Cara menjadi pemimpin juga boleh tiru.
Cara menjadi hebat boleh tiru.
Pendeknya bermula A hingga Z semua boleh tiru.

Lihat, satu keluarga meniru. Ini keluarga CDM Wan Norhanim.
Dia mulanya meniru kejayaan CDM Roshila, CDM Zaifrey dan CDM2 lain dalam Taipan.
Bila dia berjaya, suaminya CDM Ahmad Shahril, adiknya CDM Wan Norhanum dan abangnya CDM Wan Iskandar pula meniru kejayaannya.
Hebat betul mereka meniru.
Semua berjaya, Semua dah naik CDM,
semua memandu kereta mewah, semua mendapat pendapatan besar dan semua boleh melancong keluar negara secara percuma.
Inilah kelebihan MLM. Boleh meniru dan mendapat kejayaan yang sama, malahan ada kalanya lebih hebat daripada orang yang kita tiru.
CDM Sharina Mohd Yazi dan CDM Wan Mahadzi.
Pada mulanya CDM Sharina melihat kejayaan uplinenya iaitu CDM Julianah Munaf. Dia meniru gerak kerja CDM Yan pada peringkat awalnya.
Lama-kelamaannya, dia juga melihat kejayaan CDM2 lain di dalam AT 181.
Mereka berkongsi ilmu dan pengalaman yang dicedok daripada CDM2 lain walaupun sideline dengannya.
Kemudian dia menjadi CDM, memandu kereta mewah, meletak jawatan dan sepenuh masa bersama AT 181, mampu mendapat pendapatan belasan dan puluhan ribu.
Apabila networknya berkembang, orang yang dibawanya meniru pula kerja dan segala kejayaannya.
Maka lahir pula CDM2 hebat di dalam networknya hasil kerja tiru meniru ini seperti suaminya CDM Wan Mahadzi, CDM Muhammad Razali, CDM Ali Saad, CDM Sarjan Ahmad Ishak, CDM Paksu Manaf dan lain2 lagi sehingga semuanya menjadi suatu network yang semakin besar. Itulah kuasa meniru yang amat digalakkan di dalam industri yang hebat ini.
Tiada perkara mulia seperti ini di dalam perniagaan lain.
Di luar sana kebanyakannya bersikap' aku aku', 'engkau engkau.'
'Malahan biar engkau lingkup, aku sorang yang berjaya'.

Pesanan CDM Ah Hock
"Hebatnya MLM ialah ia membenarkan kita meniru kejayaan dan kehebatan orang lain melalui satu perkara yang disebut DUBLIKASI".
Ia sangat mudah. Sangat senang.
Jangan cari yang susah2, tak perlu pening2 kepala,
tiru sajalah semuanya.

CDM Mohd Fitri dan DDM Kunaini Bohri.
Meniru kejayaan dan kehebatan upline masing2 di samping meniru cara bekerja  CDM2 yang telah mencipta kejayaan masing2 di dalam AT 181.
CDM Mohd Fitri begitu hebat mencipta kejayaan yang luar biasa dengan aura Safira Club yang menjadikannya namanya begitu harum di Utara.
Sedang membina kejayaan yang lebih besar di dalam networknya.
Begitu ramai yang teruja dengan kemeriahan meeting di Safira Club pada setiap Rabu.
Begitu ramai pemimpinnya di dalam networknya yang turut sama mencipta kejayaan dalam usia muda di Utara.
Semua pakat2 meniru yang baik2 untuk kejayaan orang lain sehingga kita pula semakin berjaya.
Konsep menjayakan orang lain sebelum diri sendiri berjaya menjadikan setiap upline mahu menjayakan setiap rakan kongsi mereka dengan seikhlas hati.
Dan kemudian mereka pula menjayakan rakan kongsi baru sehingga semuanya mampu berjaya jika mereka meniru dan bertindak sebagaimana yang dibimbing.

DDM Kunaini, seorang anak muda berjiwa kental bersemangat waja.
Nun jauh di pedalaman Miri Sarawak meniru gerak kerja CDM Asiah, CDM Abdullah walaupun sidelainenya, meniru gerak kerja dan semuanya dengan barisan uplinenya termasuk CDM Roshila, CDM Zaifrey dan CDM2 lain di AT 181.
DDM Kunaini tidak pernah memberikan alasan. Dia juga tidak pernah malu dan segan untuk belajar serta bertanya untuk mencedok ilmu dengan pemimpin2 hebat AT 181.
Jika kami turun ke Sarawak, dia seolah2 tidak mahu berenggang dengan orang2 berjaya untuk mengutip seberapa banyak ilmu.
Kemudian beliau akan meniru sebagaimana yang kami lakukan.
Hari ini terbukti, kerja2 meniru yang dilakukan oleh DDM Kunaini telah memberikan hasil yang luar biasa untuk kejayaan dirinya.
Memandu kereta mewah, pendapatan lima angka sebulan telah dirasainya, melancong ke luar negara dan kini sedang berusaha meletakkannya sebagai CDM tahun 2011 nanti.
Tahniah Kunaini.



Akupun meniru. Semuanya aku tiru uplineku buat.
Macam mana nak gi demo, nak pakaikan beautiful, nak puji customer, nak bina nnetwork, nak tegur rakan kongsi, nak jadi leader yang hebat.
 Dah lapan tahun aku meniru cara uplineku.
Dari dulu sampai sekarang dan sehingga bila2, aku akan terus meniru.
Dan hasilnya sungguh luar biasa. Tiada syiling.

Tidak pernah jemu belajar dan mengajar untuk mencari ilmu2 baru bagi memantapkan diri sendiri demi memantapkan lagi AT 181.
Gambar atas, aku bersama CDM Kartini dan Dr Azman Ching ketika menghadiri Seminar Dari Kosong Sampai Jutawan pada Dis 2009 yang lalu.

Selalu aku menyampaikan ceramah di sana sini kepada seluruh warga AT 181, "tirulah cara dan gerak kerja CDM2 yang telah berjaya."
"Nak belajar berenang kita mesti meniru itik,
nak belajar terbang, kita mesti meniru helang dan
nak berjaya sebagai CDM, menirulah dengan CDM".
DSM Mohd Shukri....meniru apa saja yang dilakukan oleh
uplinenya DDM Zana. 
100 peratus meniru!
Tengoklah, dah pun sepenuh masa bersama AT 181. Asalnya seorang angota polis. Dah pun memandu Honda Accord DBQ 181.
Kejayaannya memang mengujakan kerana beliau masih terlalu muda. Awal 20an. Alahai bertuahnya badan.
Sering saja datang KL kerana membimbing rakan kongsi supaya meniru apa yang dilakukannya.
Tahniah Shukri.
DDM Zana dan suaminya DSM Chek dari Baling. Zana dahulunya seorang peniaga gerai nasi lemak je.
Katanya  seawal jam 4 pagi dia sudah bangun untuk membuat nasi lemak. Jualannya sehari sekitar RM50 sahaja.
Tetapi hebatnya kehidupan ini. Rezeki datang berganda kerana kepandaiannya meniru uplinenya CDM Fitri.
Bukannya lama pun meniru kerja2 Taipan ajar ni. Dah tak berniaga nasi lemak pun. Semakin hebat auranya di utara. Sering menjadi MC untuk busines talk di Safira Club. Sebelum ini tiada siapa yang mengenali bekas penjual nasi lemak ini.
Honda Civic baru PJT 1181 telah menjadi miliknya.
Inilah hasil tiru meniru upline dan orang2 hebat dalam akademi ini. Tahniah Zana.
Cita2nya ialah CDM tahun 2011.
Teruslah berusaha dengan sabar dan gigih mencipta
kejayaan yang lebih besar.
CDM Hasmidar dan DDM Rizal

DDM Rizal pernah bekerja selama 13 tahun dengan sebuah kilang elektronik di Seberang Jaya.Ketika itu gajinya hanya RM1350.
Isterinya Suhaila membuat kerepek untuk menambahkan pendapatan. Dengan tiga orang anak dan kos hidup yang begitu tinggi, Rizal termasuk dalam ketegori orang yang berpendapatan rendah.
Senang sebut miskin di bandar.
Hanya berkereta kancil ketika mula2 join akademi ini.
Tetapi lebih setahun yang lalu, Rizal mendapat peluang hebat ini melalui seorang kenalannya.
Dia tertarik dengan bimbingan yang diberikan oleh AT 181.
Dimaklumkan bahawa dia mesti meniru untuk berjaya.
Jika mahu berniaga hebat mesti berkawan rapat dengan orang yang berniaga hebat.
Rapat pula dengan mentor2 yang ada di dalam akademi ini.
Maka tindakan yang dilakukan oleh Rizal ialah meniru. Semua ditirunya.
Bermula dengan datang kelas, belajar mencari ilmu, berbincang dengan CDM uplinenya iairu CDM Hasmidar, berdemo, membawa prospek ke meeting dan seminar, datang ke KL mencari imput2 baru dan segalanya ditiru daripada upline dan orang lain yang berjaya dalam akademi ini. Melihat, memerhati, bertanya dan kemudian bertindak adalah antara cara2 meniru yang sangat dianjurkan untuk berjaya.

Dan terbukti, ia membuahkan hasil kejayaan yang memberikan perubahan dan impak yang sangat besar kepada kehidupan Rizal.
DDM Rizal telah sepenuh masa bersama akademi ini.
Kancilnya masih ada tetapi sudah menambah kereta baru iaitu Toyota Wish. Isterinya tidak lagi berpanas dengan dapur untuk membuat kerepek.
Dia juga sudah merasa pendapatan lima angka sebulan yang dahulunya sesuatu yang mustahil untuk dikecapinya.
Juga sudah beberapa kali layak melancong percuma termasuk Tokyo, Beijing dan akan mengerjakan umrah pada bulan Mac 2011 nanti.
Paling hebat, DDM Rizal sedang membina networknya dengan memfokuskan rakan kongsinya di kalangan 'budak2 kilang'.
Mereka pula meniru gerak kerja Rizal. Beberapa orang rakan kongsinya yang kemudian meniru cara Rizal membina networknya juga turut berjaya separti DSM Mnazlan, DSM Wan dan DSM Jeff sudahpun memandu kereta mewah hasil berniaga bersama akademi ini.
Hebatnya meniru.
Tahniah Rizal.
Matlamat Rizal yang terdekat ialah untuk menjadi
Crown Diamond Manager pada tahun 2011.

Bagaimana dengan anda?
Yang belum teragak2 untuk meniru, maka bertindaklah  untuk membuat peniruan segera.
Yang masih berpeluk tubuh tidak mahu meniru, tanyalah diri sendiri tentang tujuan anda bersama akademi ini.
Yang sudah buat tetapi mengikut cara sendiri, kononnya merasa cara sendiri lebih baik daripada meniru cara yang dianjurkan,
lihatlah apakah berhasil ataupun tidak.
Jika hasilnya tidak bagus, maka adalah lebih baik kita meniru sahaja cara yang telah terbukti agar hasilnya sama malahan mungkin lebih hebat dan lebih berjaya daripada orang yang anda tiru itu.

SELAMAT MENIRU!
SEMOGA MENJADI PENIRU YABG TERBAIK UNTUK MENDAPAT HASIL YANG TERBAIK!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.