Monday, December 6, 2010

Sesi Pemantapan Ilmu CDM AT 181

AHAD 5 DISEMBER 2010
                       JAM 9.30 PG HGGA 2 PTG


DDM Nizam,
MC tetap untuk program2 besar AT 181.
Makin mantap, makin hebat.
Tahniah Nizam!!!
Taipan berbangga dengan komitmen anda.

Penuh bersemangat menyanyikan lagu keramat AT 181,
Dah lama tak berkumpul ramai2 macam ni.
Kebetulan dengan
Hari Anugerah CDM
Semua CDM dari seluruh Malaysia hadir.
Bukan senang nak berjumpa dan berkumpul begini. Ramai sekali yang hadir termasuk pasangan masing2. Majlis yang bermakna. Ilmu bertambah, semangat bertambah dan lepas ni jualan juga akan bertambah. Itulah harapan AT 181.
Yang jauh yang dekat hadir bersama untuk memantapkan diri masing2.
Perniagaan banyak cabaran dan dugaan.
Dunia makin kompleks, cabaran makin sengit. Seiring dengan itu, ilmu mesti digandakan supaya usahawan yang dilahirkan benar2 berkualiti dan berdaya saing serta mampu menghadapi cabaran yang datang. Barulah kita tidak tumbang apabila dilanda badai.
Kelihatan CDM Siti Ainun, CDM Suriati dan CDM Hamsah dari Sabah.
Mereka mendapat semangat baru.
Mereka mendapat kekuatan baru.
Kembali ke Sabah nanti membawa panji2 kemenangan yang akan dijulang untuk mengubah diri, keluarga dan bangsa.
Tahniah CDM Siti Ainun dan CDM Suriati yang menerima anugerah tertinggi sebagai
Crown Diamond Manager malam tadi.
Teruslah berjuang. Teruslah gigih berusaha.
Jangan sekali2 tewas dengan segala cabaran yang datang.

Kembali ke persada perjuangan setelah berehat seketika.
T
ahniah CDM Nurie, CDM Siti Sarah dan CDM Nor Aisa.
Berehat hanya seketika untuk menghilangkan penat itu biasa,
tetapi berhenti tidak mungkin sama sekali.

Inilah periuk nasi, inilah hidup dan mati, inilah hitam dan putihnya kehidupan. Selagi mempunyai tulang empat kerat, selagi nafas belum berhenti dan selagi nadi masih berdenyut...akan dijunjung perjuangan ini sehingga ke hujung usia, tetap bersama AT 181.

Semangatnya...Go Go Go Taipan.
Syed Adam bin Syed Mohd Huzair ingin mengikut
jejak langkah kejayaan ayahnya. Banyak kali dia ikut sama di dalam program2 syarikat dan juga program AT 181.
Sejak dia kecil sudah ditanam benih yang positif, berani dan keyakinan diri, hasilnya pasti keberanian dan keyakinan diri yang akan menjadi tunjang kejayaannya dewasa nanti.
Tahniah Syed Adam.
Menggelikan hati...apa agaknya yang melucukan sampai nak pecah perut CDM2 menahan ketawa.Suasana meeting yang ceria, seronok dan santai.
Semuanya bagai satu keluarga besar.

CDM Siti Rohani, CDM Wan Suriani dari Kelantan dan CDM Norzarina...
berbincang dan berpakat untuk menjayakan lebih ramai rakan kongsi. Pelbagai program yang disusun untuk menjayakan pemimpin2 CDM baru untuk tahun 2011.

Komitmen, fokus dan bertindak akan memberikan hasil yang berbeza dengan mereka yang masih menunggu, melihat dan hanya mengomel sahaja.
Cabaran pasti datang silih berganti. Tempuhilah dengan sabar. Kejayaan pasti datang jua akhirnya.
Kita pernah berjaya, kita pernah dijulang, kita juga pernah gagal, kita pernah kecewa dan kita pernah jatuh. Itulah warni warni indahnya perjuangan yang murni.
Tetapi hanya kita yang boleh bangkit kembali. Orang lain tak mampu membantu kita bangkit kecuali diri kita sendiri.

CDM Hjh Kartini, baru tiga hari kembali dari Tanah Suci tetapi tetap bersemangat sebagai pembuka pengisian untuk slot yang pertama.
Teruslah fokus kepada kerja kita. AT 181 dah jadi periuk nasi.

Jatuh bangun kita dalam AT 181 bukan berseorangan.
Tetapi ketika jatuhlah kita mesti lagi kuat bersama, bersatu dan mengekalkan silaturrahim untuk bangkit kembali.
Ia memberi kekuatan yang padu untuk kita.
Taipan bukan miliknya. ia juga hanya menumpang akademi ini.
Di dalam akademi ini hanya ada satu kerusi sahaja, Dan tidak ada sesiapa yang layak menduduki kerusi itu kecuali hanya untuk Akademi Taipan 181.
Katanya tak terlepas doanya di Tanah Suci kepada AT 181.
Insyaallah, Trip Hong Kong akan memberi kelebihan kepada yang berusaha. Dalam masa empat bulan dari Dis hingga Mac, kita harap sales akan naik melonjak. Beruntunglah bagi yang bijak mengambil peluang dan bertindak.

Jangan tunggu dan tengok!! Fokuslah kepada produk Bio Zone Food Purifier untuk memantapkan kembali kedudukan ekonomi masing2.

CDM Sharifah Eisa dan suami turut hadir dari Kuala Pilah.
Jauh atau dekat bukan alasan tetapi kemahuan untuk berjaya.
Inilah perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal.
Tahniah CDM Pah.
Tahniah CDM Rogayah Jusoh. Semalam menerima anugerah tertinggi sebagai CDM.
Semalam mukanya masuk surat khabar.
Tak sangka katanya. seronok naik ke pentas diraikan sedemikian rupa.
Sekejap sangat dok atad pentas, belum puas lagi.
Tak apa Yah, tahun depan giliran untuk suami pula naik sebagai CDM,
boleh naik pentas lagi sekali.
Cdm Rogayah masih bertugas sebagai seorang guru di Gual Sitok Rantau Panjang Kelantan. Buat bisnes ini sebagai part time, tetapi paling bagus katanya, bisnes ini dibimbing sepenuhnya. Hebat AT 181.
CDM Wan Norhanim,
bintangnya makin menyerlah di dalam AT 181.
Cakapnya mahu didengar kerana dia melakukannya.
Membentangkan cara dan strategi untuk present marketing plan kepada prospek dan bagaimana nak closing yang hebat.

Katanya "Practice make perfect".
"Buatlah berulang kali sehingga anda betul2 mendapat skils untuk closing. Hari2 kena buat.
Mula2 orang menolak tak apa, teruskan dengan memperbaiki cara kita berdemo.
Sehingga akhirnya kita rasa seronok berjumpa orang atau prospek kita. Bila kita seronok baru jadi. Jangan stress bila orang menolak".

Sesi pemantapan ilmu yang santai dan ceria.
Tak gering gusi dibuatnya.Serius dan santai silih berganti.

Slot ketiga oleh CDM Wan Iskandar bertajuk Roadmap To Success.
Ini kali pertama CDM Wan Iskandar menyampaikan slot dan pengisian untuk semua CDM.
Hebat...penyampaiannya agak serius tetapi penuh dengan ilmu.
Jalan kejayaan terbentang luas di hadapan mata.
Kejayaan atau kegagalan adalah tanggungjawab sendiri.
Industri MLM, syarikat yang dipilih serta Akademi Taipan 181 mampu menjadikan kita sangat luar biasa jika kita bijak mengambil peluang.
Potensi yang ada sangat besar dan luas. Diri sendirilah yang akan menentukannya.
Hebat dan sangat mengujakan.

'NO CBEG'

NO COMPLAINT
NO BLAME
NO EXCUSES
NO GOSSIP
CDM Ali Saad atau Abang Ali menyanyikan lagu Relax.
Nak pecah perut melihat gelagatnya. Ada bakat rupanya.

Dalam bisnes jangan relax.
Semua serius memberikan tumpuan kepada slot dan pengisian yang disampaikan.
CDM Hasmidar, suaminya dan CDM Mohd Akhbar.

'Graf Kejayaan' ditunjukkan oleh CDM Muhammad Razali.
Sebelum kita berjaya, kita gagal. Kemudian kita berjaya dan hebat ketika berada di puncak.
Selepas berada di menara jaya, kita jatuh kembali seperti yang dialami.
Inilah namanya perniagaan. Tetapi kita akan naik lagi dan sekarang graf kejayaan semakin menaik.
Beruntunglah jika kita terus bertahan dan kekal bersama AT 181.
Kerana Akademi Taipan sudah menpunyai jenama, sudah dikenali ramai kerana bukti2 kejayaannya.
Ramai orang di luar sana yang cemburu dengan akademi ini.
Tetapi kita tidak boleh lalai dan terlalu cepat berpuas hati dengan kejayaan yang kita nikmati. Jika lalai, kita akan jatuh ketika orang lain naik.
CDM Comitee mesti memainkan peranan yang lebih pro aktif untuk memantapkan nerworknya di bawah satu payung akademi ini.

CDM Mohd Fitri....Pemimpin hebat Utara.

Namanya sinonim dengan aura Safira Club yang luar biasa sekali momentumnya.
Tak sabar untuk pulang ke Utara dan berkongsi ilmu hebat yang diperolehi hari ini dengan rakan kongsi.
Tahun 2010 dua orang CDM lahir dari Utara, iaitu CDM Mariam Yaakob dan CDM Paksu.
Tahun depan macam mana? Berapa yang boleh?
Strategi dan perancangan mesti disusun sekarang, gerak kerja mesti diatur segera dan tindakan tidak boleh ditangguh lagi.
ACTION IS POWER
GO GO GO Taipan Utara!!!

Dalam AT 181 semua peluang untuk berjaya adalah sama tanpa mengira usia.
CDM Fazlan dari Kelantan berusia 27 tahun,
CDM Muhammad Razali dari Perlisberusia 33 tahun dan
CDM Paksu dari Kedah berusia 57 tahun.

Wah! Gaya kepalanya sama...DSM Syamsul dan CDM Kepten Jai.
Terima kasih atas sokongan anda serta komitmen anda berdua kepada isteri masing2 dan juga kepada akademi ini.
AT 181 berbangga dengan ank2 muda seperti anda.
CDM Paksu dan Maksu serta anak menjamu selera selepas meeting.
Lepas ni nak balik dah.
Tahniah CDM Paksu, segak naik stage semalam.
Tahniah juga untuk Maksu, sokongan yang kuat di belakang suaminya.
Wah! berseleranya...macam2 ada.

Makan sambil bertukar2 pandangan...
CDM Wan Norhanum dan CDM Li
n.

Dalam Akademi Taipan, tiada rahsia kejayan personal. Semuanya boleh dikongsikan walaupun dengan sideline.
Besar hati dan kaya hati ditanam kepada setiap warganya.
Inilah hebatnya akademi ini. Meski di manapun, masih di bawah satu payung. Tahniah kepada semua warganya.
Puas hati...Gembira dan berbaloi datang
Sesi Pemantapan Ilmu hari ini.
Banyak ilmu, semangat dan pengalaman yang diperolehi. Mereka dari Sabah, jarang datang ke KL dan peluang untuk berkumpul bersama2 CDM2 dari seluruh Malaysia memberikan begitu banyak manfaatnya untuk mereka terus bekerja dan membina kejayaan sekembalinya ke Sabah nanti.
Lepas ni akan terus ke lapangan terbang untuk balik ke KK.
Berjumpa lagi untuk CDM Convention 1 Januari 2011 nanti.
Mereka Pasti Akan Hadir!!!

Lepas meeting buat meeting lagi!
Berbincang untuk memantapkan program di utara
CDM Hj. Kamaruddin Mamat.
Batuknya masih kedengaran, maklum baru tiga hari kembali dari ibadah haji.
Slotnya yang terakhir sebelum berakhir.
Lepas ni terus bekerja, ulangi kejayaan.
Beringatlah jangan terlalu besar dalam berbelanja.
Kadang kala kita terleka dan terlupa ketika berada di atas sehingga lupa akan tibanya masa ujian dan kesusahan.
Tetapi semuanya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Ucapan tahniah kerana terus bekerja dan bertahan mengharungi gelombang bersama akademi ini.
Zaman gemilang akan kembali.
Buat saja. Apapun kena buat. Kata CDM Din lagi.

Jurugambar adalah kerja utama beliau dalam program2 AT sekarang.
Setiap sudut dan aksi cuba dirakamkannya.
Aksi yang tidak dilihatnya dulu.
Cuma sejak setahun ini peranannya sebagai juragambar mula menyerlah.
Buat ajelah, asalkan seronok dan memberi kebaikan kepada diri
dan orang lain juga.
Berbincang lagi selepas makan.
CDM Norzarina, CDM Roshila dan CDM Aida.
Mengambil nota dan catatan.
Itu satu kemestian supaya setiap
ilmu boleh dirujuk untuk kemudian hari.
Boleh pula disampaikan kepada orang lain.
Siapa ni ya??


CDM Abdullah Sandi dari Sarawak
CDM Abang Ali dari Perlis

Saiz merek berbeza dengan ketara
tetapi semangat mereka tetap sama.
Peluang kejayaan juga adalah sama.
Lihatlah potensi diri dan kekuatan dalaman yang luar biasa.
Bukan saiz atau warna kulit yang menjadi penentu berjaya atau tidak.
Ini buktinya!!!
Tahniah untuk kedua-duanya.


Tahniah kepada semua CDM dan pasangan masing2
yang  menghadiri Perjumpaan dan Sesi Pemantapan Ilmu semalam.
Inilah peluang dan masa terbaik untuk kembali bangkit mengangkat diri dan nerwork masing2
ke Mercu Kejayaan.
Matlamat dan impian anda mesti selari dengan matlamat dan impian Akademi Taipan 181.

Dan di mana juapun anda berada,
bawalah bara dan semangat membara
Akademi Taipan 181
dihadapan anda. Dengan satu suara satu matlamat satu gerak kerja, kita akan teruskan perjuangan untuk melahirkan seberapa ramai
CDM yang akan dijulang pada
Majlis Ulang Tahun Hai O ke 19 pada Disember 2011
nanti.

Marilah kita rapatkan saf,
Bersama dan Bersatu
kita demi menjulang panji2 kemenangan bersama
Akademi Taipan 181.
Tahniah.
GO GO GO TAIPAN
Salam Perjuangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.