Friday, December 10, 2010

Naik Lagi!!! Kita kena Naik Juga


          Ramai yang merungut, marah2, mengeluh, kesal dan macam2 lagi dengan situasi kenaikan harga barang2 keperluan kebelakangan ini. Jika kita singgah makan di restoran ke, coffee house ke, cafe ke, kantin, atau gerai makan termasuk warung tepi jalan, semua orang dok bercakap isu yang sama. Kenaaikan harga barang yang melambung.

          Bila harga minyak, gula, tepung, gas dan lain2 naik, maka akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain. Bila minyak naik, tambang bas, tambang teksi, bas dan van sekolah juga akan turut naik.
Bila gula dan tepung naik, maka harga kek, biskut, kuih muih, makanan lain juga akan turut naik. Jika pendapatan naik pun tak guna, sebab kuasa beli semakin mengecil dek kenaikan harga barang2 keperluan.

          Tetapi yang aku hairan, ramai yang marah2, mengeluh, merungut2, bising kat kedai kopi atau restoran, akhirnya wal hasil balik asal. Mereka kembali berpeluk tubuh, menunggu dan hanya berdoa. Masih tidak mahu bertindak untuk membuat sesuatu atau mencari plan B untuk menambahkan pendapatan. Marahnya sekejap je. bisingnya hanya dua tiga hari. Lepas tu diam, dan masih di takuk lama.

          Tak guna marah2, tak ada faedahnya duk bising2. Baik kita bertindak mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan. Mencari side income. Banyak benda boleh buat jika kita mahu. Contohnya menjual kain baju, menjual tudung, terlibat dengan insuran, berniaga di pasar malam, membawa teksi, menulis buku, bisnes internet, buat tiusyen, menjadi ajen unit amanah atau boleh juga join kami Akademi Taipan 181. Suatu akademi yang ditubuhkan untuk membimbing kita supaya berubah daripada manusia biasa menjadi luar biasa.

           Mudah je. Apapun bisnez yang anda lakukan anda boleh bersama kami. Kami akan membimbing anda menjadi usahawan secara sambilan atau sepenuh masa. Dah ramai yang berubah kehidupan mereka sejak bersama AT 181. Ada yang mendapat seribu dua sebulan, ada yang mendapat tiga empat ribu sebulan, ada juga yang mendapat sehingga tujuh lapan ribu sebulan, malahan ada juga alumni yang kami bimbing mendapat pendapatan belasan malahan puluhan ribu sebulan. Dahsyatnya. Di manapun anda berada, kami bersedia membimbing anda. Boleh hubungi saya....016 2212181.


Harga minyak naik lagi!!! Entah kali ke berapa. Kita tak boleh sekat, kita tak boleh larang. 
Ia tetap akan naik walau kita piket sekalipun.
Bila dah naik, mustahil turun lagi.
Tak payah kita merungut atau marah2.
Bukan kita yang menentukannya.
Kereta nak kena jalan juga. Kerja nak kena pergi juga.
Anak nak kena hantar sekolah juga. Isteri kita kena ke tempat kerja juga.
Kita mesti buat perkara yang kita boleh buat.
Yang berada dalam kawalan dan tindakan kita.
Apa yang kita boleh buat?
Mencari plan B untuk menambahkan pendapatan....

Harga gula naik lagi. Dah RM2.20 sekilo.
Sebelum ni RM1.90 sekilo.
Apabila gula naik, harga air semua akan naik.
Kuih muih pun akan naik juga.
Takkan kita tak mahu makan kuih atau buat kuih.
Tak kan nak makan nasi je.
Atau apakah mungkin kita semua tak kan minum teh, sirap atau air kopi lagi kerana harga gula dah naik?
Tak mungkin. Jadi apa yang kita boleh buat?
Berhentilah merungut, marah2 atau mengeluh.
Jangan pula hanya berdoa dan bersolat hajat minta harga barang turun kembali.
Lebih malang hanya menadah tangan minta dimurahkan rezeki
tetapi hanya menunggu.
Bertindaklah!!!
Gas untuk memasak juga dah naik.

Untuk tong yang beratnya 14 kg, harganya RM26.80.
Harganya sebelum ini RM25.90.
Amboi banyaknya naik!!!
Tak mungkin nak guna kayu api semula atau menggunakan dapur minyak gas macam zaman kita budak2 dulu.
Habis guna je microwafe, senang tak payah pakai gas.
Atau makan je makanan segera seperti mamee, maggi, mee cintan yang hanya dituang air mendidih sahaja???
Kita tak ada pilihan.
Kita macam mentimun...digolek terluka menggolek pun terluka.
Atau dah jadi macam melukut di tepi gantang, tak dipandang orang.
Di kedai2 runcit sekitar Bandar Kinrara, tempat kami tinggal, harga sekilo tepung gandum  ialah RM2.90 dan ada RM3.00.
Di kampung2 pula ada lagi yang dijual RM2.70 tetapi ada juga RM3.00 sekilogram.
Pasti harga roti dan kuih muih akan turut naik. Itu tempias yang pasti kena.
Malahan harga kuih talam keladi yang biasanya ku tempah dengan Nor dengan harga RM15 sedulang sebelum ini, dah naik RM18 sedulang waktu menempahnya Selasa lepas untuk jamuan Awal Muharam.
"Harga barang dah naik lah kak Dah".
Kata Nor bila aku bertanya pasal kenaikan harga kuih talam keladinya.

Banyak lagi barang2 keperluan yang dijangka akan naik dalam waktu terdekat.
Antaranya minyak masak, kelapa (RM2 sebiji sekarang), telur, susu pekat manis dan beberapa barang lain.Tunggu jelah pengumumannya oleh Kementerian yang yang terbabit.

Kesian kepada orang yang tak ada duit. Yang bergaji rendah RM1000 ke bawah masih ramai lagi. Antaranya posmen, tukang sapu, jaga, buruh kasar, cleaner kat shoping compleks, pembantu kedai, pelayan restoran, pembantu rumah, penjaga budak di taska/tadika, tukang masak dan ramai lagi.
Yang tak berduit tetapi hidup di bandar besar tentulah lebih susah berbanding yang tinggal di kampung. Semuanya duit! Semuanya perlukan wang!
Nak masuk tandas duit, nak parking duit, nak beli daun pandan tiga helai pun duit.

Bagi kita yang sudah mempunyai peluang hebat bersama akademi ini, segeralah bertindak. Pendapatan kita daripada bisness ini mesti naik sekali ganda berbanding bulan lepas. Jika bulan lepas dapat RM5 ribu, bulan ni mesti naik RM10 ribu. Jika bulan lepas dapat RM8 ribu, bulan ni mesti dapat RM16 ribu.
Kita yang menentukannya. Kita yang menentukan apa yang kita mahu.

Harga barang semua dah naik, maka kitapun kena naik juga.
Pendapatan mesti naik. Untuk itu semangat kita pun mesti tinggi,matlamat kita lebih besar, impian kita mesti setinggi gunung, kemahuan kita mesti meluap2 naiknya, kerja kita mesti lebih, usaha kita lebih kita gandakan, rajin kita mesti lebih daripada orang lain, sabar kita juga mesti lebih dan semua kena lebih lebih lebih daripada orang yang hanya marah dan merungut2 tadi.

Jika semua dah lebih daripada orang lain, maka hasil kita juga pasti naik, bisness kita akan naik, rakan kongsi kita akan naik, group kita pun lebih hebat, yang pergi melancong ke Hong Kong pun ramai dan pastinya pendapatan kita juga akan naik melantun2 jadinya!!!. Salam perjuangan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.