Salam Bahagia. Salam Kejayaan. Aku ingin berkongsi tentang suatu pengalaman hebat dan menyeronokkan sepanjang tahun 2010 ini, ketika dijemput menjadi ahli panel dalam program anjuran sebuah badan Wanita di negeri Kelantan Darul Naim. Ia diadakan pada 11 Mac 2010 yang lalu yang berlangsung di Kelantan Trade Centre. Program yang dinamakan Bicara Wanita, Kerjaya, Personaliti dan Kecantikan itu turut menjemput tiga ahli panel yang lain termasuk penyanyi Nora, Prof Asmah Bee dari UKM dan Pn Rohani Ahmad yang juga pemilik butik dan SPA. Kesemua ahli panel datang dari Kuala Lumpur. Peserta yang hadir hampir 200 orang yang hampir kesemuanya wanita, kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaan, pelbagai golongan profesional, usahawan koporat wanita, peniaga kecil2an, pelajar universiti dan kolej, NGO, suri rumah dan orang awam. Walaupun aku selalu bercakap di program2 anjuran AT 181, tetapi program kali ini agak berbeda. Aku tidaklah gugup atau gementar, cuma audies yang berbeza dan kehadiran mereka dengan pelbagai niat, menyebabkan aku agak kehilangan rentak pada peringkat awal. Bagaimanapun syukurlah, pengalaman banyak mengajar dan dalam masa beberapa minit kemudian, aku kembali dapat mengawal diri dan dapat memahami apa yang peserta seminar mahukan. |
Pengalaman menjadi ahli panel cukup manis untuk dikenang. Ahli panel yang dijemput semuanya pandai bercakap mengikut bidang kepakaran mereka masing2. Walaupun aku juga membuat persediaan untuk forum ini, tetapi belum cukup rasanya bila berdepan sendiri dengan audiens yang datang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya. Dan aku begitu teruja dengan kepetahan Prof Dr Asmah Bee bercakap tentang wanita dan kecantikan dari sudut pandangan Islam dan pandangannya sebagai seorang ahli psikologi. |
Bersama Tiga Orang Ahli Panel Yang Lain... Penyanyi Nora, Prof Dr Asmah Bee dan Pn Rohani. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.