Saturday, December 18, 2010

Tawaran Menjadi Luar Biasa Untuk Orang Biasa

Kita adalah orang biasa. Saya, anda dan mereka lahir di kalangan rakyat biasa. Sama ada kita lahir di bandar atau di kampung, hakikatnya kita orang kebanyakan.
Kita bukan lahir di istana. Kita bukan juga lahir dari kalangan aristokrat.
Bukan anak orang ternama atau kenamaan yang hebat. Bukan anak raja atau mana2 selebriti popular.

Dari kecil kita belajar di sekolah biasa. Masuk tadika, sekolah rendah dan menengah di kampung biasa. Jikapun masuk sekolah yang bagus, berasrama penuh atau separuh sekalipun, kita masih juga orang biasa. Tiada mendapat layanan istimewa. Makan makanan yang biasa2. Naik bas, balik kampung, bawa beg, menghadapi peperiksaan dan sebagainya seperti pelajar biasa yang lain.

Setelah masuk universiti, belajar seperti biasa.
Masuk kuliah keluar kuliah, pergi library, buat kajian atau tesis, berjumpa pensyarah...pendeknya kita benar2 orang biasa. Apa yang orang lain buat, kita kena buat untuk mendapatkan ijazah kita.

Apabila terjun ke dunia pekerjaan, apa sekalipun, kita masih lagi orang biasa. Mendapat pekerjaan, menerima gaji, beli kereta, mendiami rumah sewa, berkahwin dan berkeluarga seperti kebanyakan orang lain. Tiada apa yang lebihnya kita.

Setelah bekerja, kita diikat. Seperti kebanyakan pekerja yang lain asal namanya makan gaji.
Tak kira kerajaan atau swasta.
Kita terpenjara!! Kita tidak bebas.
Kita terpaksa akur dan terima semua peraturan dan syarat walaupun semua orang tidak suka terikat.
Masa kerja kita ditentukan, yang siang atau malam.
Di mana kita dihantar bertugas pun kita terpaksa akur.
Gaji kita ditentukan.
Tiada bonuspun kita terpaksa setuju saja.
Pangkat tak naik kita terpaksa berkata 'YA'.
Jika kita sakit dan Boss kata kena datang, kita ikut saja.
Tak berani nak membantah.
Jika melawan lebih teruk kita kena.
Jika Boss marahpun kita diam je.
Jika kita tak setuju kita tak boleh kata apa.
Andai kita bekerja cemerlang pula, bukan kita yang dapat nama. Gaji kita bukannya naik segera.
Tetap Boss juga.
Tiada apa2 penghargaan atau pengiktirafan pun,
kita angguk juga.
Jika majikan dah tak perlukan kita dan minta kita berhenti, kita terpaksa ikut saja.
Carilah kerja lain pula.
Pendeknya kita tiada pilihan.
Kerana kita sendiri mahu menjadi orang biasa.

Tetapi sesungguhnya. Ada suatu tawaran hebat untuk kita mengubah diri.
Daripada orang biasa menjadi luar biasa.
Dalam perniagaan ini bersama Akademi Taipan 181.
Macam mana??
Senang saja jika kita mahu!!
Isi borang RM30 sahaja.|Ia adalah suatu tawaran yang pasti akan dipenuhi.
Apabila kita telah menandatanganinya, bermakna kita juga telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk menjadi manusia luar biasa.
Dengan syarat kita bersedia untuk berusaha.
Tidaklah sesusah mana.
Dan jika kita mahu, maka benar2 kita mampu menjadi manusia luar biasa. Bukan manusia biasa2 lagi.

Manakan tidak....
Kita menjadi Boss kepada diri sendiri.
Kita menentukan masa bekerja kita.
Nak bekerja 2 jam sehari ke, lima jam sehari ke, dua hari seminggu ke, kita yang pilih.
Kita bebas untuk melakukan mengikut kemahuan kita.
Pendapatan dan bonus kita, kita tentu dan pilih sendiri jumlahnya.
Berapa yang kita mahu?
Nak ratus2 sahaja, atau mahu empat angka, mahu lima angka atau enam angka sekalipun.
Kita yang pilih sajalah.
Jika mahu banyak usaha banyak.
Semuanya boleh.

Empat bulan sekali kita boleh berjalan melancong keluar negara secara percuma.
Bukannya Pulau Langkawi atau Ayer Keroh Melaka.
Tetapi ke seluruh dunia....Paris, Tokyo, Gold Coast, Perth, Beijing, Germany, Amsterdam, Qatar, Shanghai,Switzerland, umrah, Sydney, Jakarta, Bandung, kun Ming, Quan Zhao dan sebagainya.
Jika kita tak mahu pergi, pun tak apa.
Jual je tiket tu. Tak ada siapa yang paksa.

Kereta?
Bebas memilih apa yang kita suka.
Kerana Bonus Tabung Kereta dibayar oleh pihak syarikat.
Kita boleh pilih Mercedes Benz, BMW, Jaquar, Honda, Toyota, nak beli Harley Davidson pun kita punya suka.
Tak ada siapa yang akan menghalang.

Di mana rumah kita nak beli pun kita punya suka.
Duit kita ada.
Bukan nak ikut orang lain semua berebut nak tinggal kuaters kerajaan Putrajaya.
Nak beli rumah teres ke, semi-D ke,banglo ke, kondominium ke atau nak bina rumah sendiri pun boleh juga.
Bonus rumah atau bonus wawasan kita pun besar.
Pilihlah rumah yang selesa mengikut kemampuan kita.
Itu juga pilihan kita.

Inilah hebatnya menjadi luar biasa.
Walaupun dah jadi luar biasa, tetapi kehidupan kita masih biasa2. Makan gerai biasa. Boleh berjumpa dan bersembang macam dulu juga.
Nak berjumpa tak perlu protokol apa2.
Pakai bajupun macam orang lain. Pergi masjid macam biasa.
Berkawan dengan orang biasa saja.
Seronoknya kawan2 sangat ramai.
Semua positif dan berjaya.

Siapa mahu menjadi seperti itu?? Jom join kami
Akademi Taipan 181.
Hubungi saya 016 2212181



Luar Biasa! CDM Wan Norhanim dan CDM Ahmad Shahril.
Sekarang menjadi pensyarah sepenuh masa bersama
Akademi Taipan 181.

Dulu hidup biasa2 sekarang Luar Biasa!
DSM Mnazlan. CDM Wan Mahadzi, CDM Dzulfauzilah,
CDM Ali Saad, CDM Fitri dan DDM Rizal.
Bertambah Luar Biasa! Mereka mahu menjadi seperti itu.
CDM Fazlan, DDM Wan Norliza, DDM Nik, CDM Rohani,
CDM Wan Suriani dan DSM Kak Jah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.