Wednesday, December 1, 2010

Apa Cerita Tuah Hari Ini?

Wah!  wah! Bukan main lagi Si Tuah ni...
waktu untuk berehat di ruang tamu rumah. Seronok betul dia!!!
Bila aircond dibuka, Tuah datang bawah aircond untuk merasi nyamannya.
Macam melayan anak sendiri....
Setiap hari Tuah didukong dan dimanjakan tuannya.
Si Tuah dengan 'papa' barunya...
Jika Dzul balik, merayu2 minta didukongnya. Pandai dia merengek2...
Kesian pulak...terus Dzul akan mengambilnya.
Alahailah Si Tuah....
          Tengoklah Dzul dengan anak angkat baru kami Si Tuah. Dihidang makan, dimandikan, dibuai dan ditidurkan, dibelai dan dimanjakan, didukong dan dipujuk rayu.
         
            Mula2 dia datang dulu, dia ketakutan dengan Dzul dan anak2. Bertempiaran dia lari apabila Dzul cuba memegangnya. Begitu juga bila anak2 nak bermain dengannya. Dia akan mencakar tangan Irah dan Aisyah. Tanda dia tak suka. Tetapi Dzul dan anak2 kami pandai memujuk. Perlahan2 cuba menarik perhatian Tuah dengan membelai dan menggosoknya. Diberi makan sambil diberi air minumannya.
         
           Hari kedua selepas dia hadir ke rumah kami, Tuah dibiasakan dengan kediaman baru yang agak asing baginya. Bagaimana caranya? Bawa dia keluar daripada sangkarnya dan bawa dia untuk menghidu bau tempat2 tertentu di sekitar rumah. Hari ketiga Tuah akan melakukan perkara yang sama sehingga dia sudah mengecaminya. OOhhh begitu rupanya....Bila dia dah biasa, ketakutannya akan hilang. Dia juga boleh mengesan rumah tuannya andainya dia sesat atau hilang. Deria baunya sangat kuat.

          Pada hari keempat, Tuah semakin mesra dengan Dzul, Irah, Aisyah dan Hom. Hari2 berikutnya, dia dah macam terbiasa dan tak kekok lagi. Malahan Tuah mulai suka bermain dan bergurau dengan Dzul dan Irah. Bermain tarik tali, tarik tangan dan guli2 bola. Aisyah masih lagi takut2, mungkin kerana saiz Tuah yang sangat besar. Tetapi dia cuba2 juga untuk bermesra dengan Tuah.

          Aku pula tak mungkin menyukai kucing. Bukan membencinya, cuma aku rasa geli dengan kucing. Apa lagi melihat saiz Tuah sebesar anak harimau. Aku tahu, memberi makan kucing seperti menjemput rezeki datang. Menyukai kucing seperti menyukai hamba Allah yang lain. Mengasihi kucing umpama memberi kasih sayang kepada manusia juga.

          Dzul sangat menyukai kucing. Dari mula mengenalinya 23 tahun yang lalu, aku sudah tahu minatnya kepada kucing. Bila Tuah hadir dalam keluarga kami, Dzul melayan Tuah macam dia melayan anak sendiri. Tuah didukong, dibelai, diajak bermain, dihidang makan, dibersihkan, berbicara atau bercerita dengan Tuah. Tambahan pula anak2 dah besar, tiada lagi yang nak didukong dan dimandikan. pendeknya Tuah menjadi bagai anak sendiri. Hari2 Dzul, Aimi, Irah, Aisyah dan Hom akan menyebut nama Tuah, memanggil nama Tuah dan merayu manja dengan Tuah. Bertuahnya Si Tuah!!!

          Kisah Abu Hurairah, salah seorang periwayat hadis adalah seorang yang sangat menyukai kucing. Dia lebih dikenali sebagai 'Bapa Kucing'. Ke mana jua Abu Hurairah pergi, di dalam poket jubahnya akan dibawa bersama kucing kesayangannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.