Wednesday, December 1, 2010

Aku Tengok Cara Upline Buat


Salam sejahtera, ruangan Meniti Puncak Jaya hari ini ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, bagaimana aku melihat uplineku, CDM Kartini yang ku panggil Tini berdemo produk. Ketika tiga set pertama Premium Beautiful laku setelah didemokan oleh Tini, aku tidak dapat bersamanya. Ketika itu aku menjadi Penyelia Peperiksaan SPM Daerah waktu itu. Memang agak sibuk. Apabila Tini berdemo dan berjaya mendapatkan jualan bagi ketiga2 prospek yang aku tunjukkan, aku begitu bersemangat sekali.

Maka, aku membuat appoiment kedua dengan Tini. Kali ini aku ingin melihat sendiri bagaimana dia melakukannya. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang sesuai supaya tidak mengganggu jadual tugasku. Tini datang tepat pada waktunya ke rumahku di Bandar Sg. Buaya Rawang. Dua rumah yang aku kunjungi. Rumah pertama ialah seorang kenalanku yang sama2 terlibat dengan Amway denganku. Namanya Nadrah.

"Cantiknya rumah Nadrah! Langsirnya! mesti mahal kan!" "Dah lama tinggal di sini?"

Tini memuji rumah Nadrah. Wah! ada teknik rupanya. Pujian itu rasa aku bukan kerana rumah Nadrah benar2 cantik, tetapi itu cara nak memikat hati Nadrah.

Apa lagi? Nadrah tersenyum lebar. Hatinya pasti berbunga indah. "Tak adalah cantik sangat, tapi saya memang suka menghias rumah. Langsir ni kami tempah di Rawang. Dah empat tahun kami di sini. Saya dan suami bekerja di Perodua Kancil" Kata Nadrah sambil tersenyum lebar.

"Ooh gitu, langsir ni tentu mahalkan! Tertarikla Kak Tini dengan corak langsir ni" Kata Tini lagi.

"Ya ke, tak adalah mahal sangat tapi boleh tahan juga harganya. Berhabis jugalah kami menghias rumah ni. Maklum baru pindah ke rumah sendiri. Dulu kami hanya menyewa".

Selepas itu Tini mula membuka cerita. "Nadrah, kami datang ni nak berkongsi kehebatan produk baju dalam ajaib, dipanggil juga baju abang sayang. Nadrah pernah tengok tak?"

"Baju abang sayang? Tak pernah dengar la pulak. Apa rupanya kak?"

Tini mengeluarkan beg besar yang mengandungi baju dalam Premium Beautiful.
"Baju ni sangat hebat. Ia menggantikan baju dalam yang dah sekian lama kita pakai tu. Ia mengandungi far infra red ray yang sangat baik untuk kesihatan. Bila dipakai, Nadrah nampak jauh lebih muda dan cantik kerana badan Nadrah lebih padat, mantap dan berkeyakinan.  Nadrah pakai baju apapun nampak cantik. Jika berdisiplin, ia akan membentuk badan Nadrah menjadi lebih solid. Badan kita tak jatuh dan menggelebeh".

Wah! aku tengok meliuk lintuk kepala Nadrah mendengar Tini bercakap. Aku hanya berdiam dan memerhati cara Tini masuk ke rumah, cara Tini menegur dan memulakan berbual dengan Nadrah. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Tini bercerita tentang kehebatan baju dalam Premium Beautiful aku dengar satu perhati. Sekali sekala aku mencelah menyokong apa yang Tini sampaikan.

"Nadrah cuba pakai dulu, pasti Nadrah sendiri terpegun melihat cantiknya badannya Nadrah. Nanti abang lihat lagi terpesona. Badan kita ni kalau tak jaga, mudah menggelebeh. Macam Kak Tini ni pun, tak lah kurus tapi ada bentuknya.
Jika gemuk pun tapi masih cantik".

Nadrah mengangguk bersetuju. "Kena buka yang lama ni kak?"
"Ya, kita try dengan baju dalam ajaib ni ya. Kak Tini ukur dulu. Baru dapat saiz yang betul untuk Nadrah".
Kami masuk ke bilik dan mengukur badan Nadrah. Tini memberikan tape ukurannya dan meminta aku mengukur badan Nadrah seperti yang diberitahu. Selepas itu Tini mula memakaikan Nadrah. Bermula dengan girdle, bra dan waist nipper. Selepas itu, badan Nadrah di 'push up' betul2.
Wah! terangkat semuanya.

Tini berkata lagi "Tengok Nadrah, cantiknya badan Nadrah. Nampak jauh lebih muda. Mesti baju lama boleh pakai semula. Jika tak percaya cuba keluarkan baju lama dan pakai".

"Ya la kak, baju ni dah lama saya tak pakai, badan dah naik sejak bersalin hari tu. Tengok dah boleh masuk semula. Berapa harganya ni kak? Mesti mahal kan!"

"Ala benda baik macam ni, macam dua tiga ratus je. Ada sorang customer kak Tini dah beli lima set baju ni dan dah tak pakai baju dalam lain. Walaupun harganya tinggi, tetapi badan kita lagi mahal Nadrah". Cash boleh, kad kredit pun boleh. Nadrah ada kad kredit?" Pancing Tini lagi.

"Ada, tapi berapa harganya?

"Jika kita beli gelang tangan harga dua ribu pun, tak ada gunanya jika badan kita tak cantik, tak sihat dan menggelebeh. Yang ni servis untuk badan kita. Kak Tini bagi harga dealer pada Nadrah. Murah je, hanya RM1972 je."

Entah ilmu apa yang Tini pakai, Nadrah masuk ke bilik tidurnya dan mengeluarkan kad kreditnya.

"Kak, kalau kak tunggu jap saya terus keluarkan cash kat ATM boleh tak? Sedap dan selesa la baju ni, rasa tak nak bukak dah ni."

Wah! berbunga dadaku. Dah closing pun. Mudahnya, detik hatiku. Banyakkan memuji, senyum dan ramah mesralah dengan prospek kita. Fokus kepada prospek kita. Tariklah perhatiannya supaya dia suka kepada kita dan mahu mendengar penerangan kita.

Selepas mengambil wang dengan Nadrah, kami ke rumah Salmi di Bukit Sentosa. Salmi seorang suri rumah tetapi aku tahu Salmi seorang yang sangat mementingkan penampilan dirinya. Aspek kecantikan dan rupa paras sangat diutamakan Salmi. Dia adalah pelanggan setia produk2 Amway. Hampir saban bulan ku hantar barang2 ke rumah Salmi.

Sama dengan cara yang pertama. Semuanya aku perhatikan Tini melakukannya. Dari mula melangkah masuk ke rumah Salmi, menegur Salmi, memuji Salmi, mengkagumi rumah Salmi, menarik perhatian Salmi, memulakan cerita tentang produk kepada Salmi, mengukur badan Salmi, memakaikan Premium Beautiful kepada Salmi dan sehingga Tini memujuk dan buat teknik 'closing' dengan Salmi, aku perhatikan dengan teliti. Sekali2 tidak ku alihkan perhatian ke arah lain kecuali memerhatikan Tini melakukannya dari awal sampai habis.

Hatiku berbunga indah. Keyakinanku bertambah. "Tak susah rupanya, mudah je nak jual barang alah ni." Detik hatiku.

"Kak Dah, sudah lima set berjaya dijual. Jualan Kak Dah sudah lebih supuluh ribu. Tahniah Kak Dah. Jika Kak Dah boleh jual lima set lagi, Kak Dah akan naik Sales Manager bulan ni, bulan depan dapat bonus lebih kurang tiga ribu, jam tangan Bonia berharga lima ratus dan satu set Premium Beautiful dengan harga istimewa RM900 sahaja. Jika tak dapat jual 10 set, tak dapatlah hadiah jam dan set baju murah tu. Hadiah ni untuk bulan ni sahaja. Ini bermakna, baju yang Kak Dah pakai sendiri tu nanti hanya Kak Dah beli dengan harga yang sangat murah." Kata Tini lagi.

Aku bertekad untuk mencuba menjual lima set lagi. Rasanya taklah sesusah mana. Jika ada produknya lagi bagus. Tapi macam mana ya?

Bagai memahami yang terdetik dalam fikiranku. "Kak Dah ambil baju ni tiga set untuk buat demo, jika ada customer nak pakai, Kak Dah boleh pakaikan terus. Ini tape untuk mengukurnya. Kak Dah boleh cuba buat sendiri. Jika ada nak tanya, Kak Dah call Tini. Boleh juga call Angie ya!" Tini memberikan keyakinan dan kepercayaannya kepadaku.

"Esok jam sembilan pagi, ada meeting di Shah Alam. Tapi Tini tak dapat hadir. Kak Dah pergilah belajar. Kak Safiah, upline Tini ada nanti. Tini dah bagi tahu dia yang Kak Dah nak datang."
"Insyaallah, pasti datang." Itu kepastian yang aku berikan pada Tini.

Aku pulang dengan cukup berpuas hati. Malam tu aku memulakan langkah membuat senarai nama. Aku masih ingat, hampir 87 orang nama yang aku senaraikan untuk aku perkenalkan produk hebat ini. Bukan rakan2 di sekolah, bukan juga Pengetua atau staf di pejabatku. Tetapi kawan2 dan kenalan yang bukan rakan setugas. Aku yakin aku boleh buat. Dan ternyata, malam itu aku tak lena tidur. "Patutlah Tini dah kaya." Entah jam berapa aku terlelap malam itu, tidak pula dapat aku pastikan.
Bertemu lagi di catatan seterusnya. Salam kejayaan.


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.