Tahniah semua CDM yang masih setia kepada ATM. Aku tabik spring kat mereka.
Sangat loyalty. Sangat setia. Walaupun perit cabaran mendatang, keyakinan mereka kepada ATM tidak pernah tergugat. Walaupun susah, terus berusaha untuk berjuang bersama ATM. Meskipun sukar, terus bersama dengan semangat waja.
Tarikan di luar tidak menggugat keyakinan mereka. Tarikan kepada group lain tidak menggelapkan mata mereka. Kehebatan group lain yg diwar2kan tidak mengheret jiwa mereka.
Walaupun ada yg bersendirian kerana upline sudah tiada. Walaupun upline sudah beralih arah, mereka tetap kepada ATM. Walaupun ramai upline dan sideline mereka telah ke tempat lain, mereka tidak tertarik langsung. Malahan ada juga yg rakan kongsi juga semuanya tak ada.
Tetapi mereka tetap setia. Terus yakin kepada diri sendiri. Terus percaya kepada mentor2 sedia ada di ATM. Terus berusaha sebaik2nya. Terus bergerak dalam satu team. Terus buat tanpa henti.
Bina kaki baru. Bina orang baru. Bina leader baru. Bina line baru. Berbekalkan semangat kental. Berbekalkan semangat juang. Berasaskan keyakinan diri yang tinggi.
Alhamdulillah. Walau kalah, tidak menyerah. Walaupun tak gagah, tak beralih arah. Walau rebah, tidak berubah. Biar kecundang, tidak beralih pandangan. Biar terbuang, terus berjuang. Tidak tersungkur, tetap bersyukur.
Jangan seperti setengah yang lain. Hanya mahu bersama Taipan ketika senang. Hanya mahu bersama Taipan ketika gemilang. Bila datang ujian,mereka lari bertempiaran. Bila datang kesulitan, mereka lari lintang pukang. Mencari dahan baru untuk berpaut. Mencari rumah baru untuk berteduh. Mencari dinding baru untuk bersandar. Mencari tiang baru untuk bergantung. Mencari kumpulan baru untuk menongkat diri.
Pergi tidak dihalau. Keluar tidak disuruh. Pulang tidak berhantar. Itu pilihan diri sendiri. Itu kemahuan sendiri. Itu kehendak sendiri.
Siap menari di pentas baru. Siap bersorak di rumah baru. Siap berbangga dgn upline baru. Siap mendada dgn kumpulan baru. Siap bertukar jenama baru. Siap berteriak dgn sorakan dan lagu baru. Siap menayang warna dan hidup baru. Termasuk no kereta baru!!!
ATM tiada di jiwa. ATM tiada di mata. ATM padam di minda. ATM gelap di hati. Malahan ketawa andai ATM berkubur. Gembira andai ATM lenyap. Bersorak andai ATM tak bernyawa. Bertepuk tangan andai ATM mati.
Tidak silu untuk aku terus berbangga dgn ATM, sama ada ketika mula dibina, ketika gah di persada atau ketika susut warganya. Tidak segan untuk aku bernafas dlm nafas Taipan biar apa sekalipun. Inilah rezeki untuk aku menyambung nyawa. Inilah periuk nasi untuk anak2ku membesar dewasa. Terus berjuang, berusaha dan berkongsi dgn semua. Meski rakan2 seangkatan sudah tidak bersama. Kecewa dan terluka. Terhiris dan kecewa.
Ya Rabbi Ya Allah... Apakah makna semua ini untukku? Tangis senduku di saat perit itu, hanya Tuhan yg maha memahami. Slogan bersama dan bersatu lenyap entah ke mana. Masing2 membawa haluan sendiri.: Bersama harapan dan doa yg masih bersisa. Ku bangkit menawan dan menguasai diri ini. Kental semangat berbekal doa bondaku. Yang tinggal hanya upline setia, buat penguat semangat juangku. Terima kasih CDM Kartini. Terima kasih CDM Kamarudin. Terima kasih untuk suami tercinta. Tidak lupa semua CDM dan rakan kongsi yg setia dan menjadi penguat jiwa.
Alhamdulillah, janji Allah ditepati. Ujian datang itu tandanya mahu menguji kekuatan jiwa dan iman. Mahu menduga ketahana mental dan fizikal. Apa lagi kononnya aku pakar motivasi. Sebesar manapun gelombang, bersedialah untuk menempah kejayaan yg lebih gemilang.
Sejarah lama telah berakhir. Hanya tinggal di lipatan sejarah. Malahan aku tak mahu mengenangnya lagi. Pergi engkau jauh2 dari hati ini. Pergi jauh2 dari sisi fikiran ini. Yg pergi tak perlu ditangisi kembali. Aku tidak terkilan lagi!!! Malahan aku gembira dgn yg ada. Dan aku berbangga dgn yg terus setia. Azamku untuk terus bersama mereka. Nekad ku kuat untuk bersama menjulang harapan dan impian mereka Ke mercu paling tinggi ATM di persada nusantara.
Silaturrahim kekal mesra andai bersua di mana jua. Senyum, salam malahan berpeluk apa salahnya. Itulah tuntutan mulia pesanan bonda. Itulah ikatan tak terputus adat Melayu kita. Mana mungkin terputus walau kita tidak sekapal.
Tetapi maaf, terpaksa aku luahkan. Mohon Allah lindungi diriku untuk mendabik dada. Jauhi aku daripada sombong dan bongkak. RedaMu aku kembali dalam keadaan yg suci. Meski wajah ku tak semanis mana, tetapi aku tidak mahu bermuka2.
Tangisku hanya Allah yg tahu. Kecewa hatiku hanya Dia yg mengerti. Takdir bukan salahnya. Kecuali ujian mahu menguatkan jiwa dan iman. Untuk aku lebih kenali siapa musuh dan siapa sahabat. Agar aku terus kental menahan langkah menongkah arus mempertahankan daya juang bersama ATM. Demi kejayaan gemilang.
Maaf, andai terpaksa aku lafazkan. Yg telah menari dan bersorak di pentas berbeza. Telah terpahat buruk dan corotnya ATM di hatimu. Sekali anda pergi, jangan sekali2 anda kembali.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.