Saturday, September 3, 2011

Gambar2 Lama

Gambar lama...
Aruah ayahanda hj Mohd Ali Omar dan ma Hjh Nik Kaltum
ketika menerima anugerah dr Sultan Kelantan.
Kedua2nya mendapat anugerah.

ayah dah lama meninggal dunia, lebih 15 tahun lalu.
Dia bekas seorang guru yg sgt dedikasi.
Sgt rajin mengajar.
Kerajinannya bekerja turun kpd anak2nya seramai 11 org.

Kerjayanya berakhir sebagai guru besar pencen di SK Bukit Panau Tanah Merah.
Sgt menyenangi dan mencintai dunia pendidikan.
Sgt sayang dgn pelajar2nya.
Ramai anak2 didiknya yg bercerita tentang kebaikannya.

Aktif dlm Pertubuhan Pengakap Kebangsaan sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya
Pengakap Negeri Kelantan.
Aktif dlm membangun dan menggerakkan  Koperasi Guru Melayu Kelantan.
Pernah mendapat Anugerah Tokoh Guru Negeri.

Ma, ibuku juga hebat orgnya.
walau hanya seorg suri rumahtangga, tetapi luas pergaulannya dgn masyarakat.
Aktif dlm pelbagai persatuan wanita, usahawanita, Pertubuhan Kumpulan Wanita WI hingga
ke peringkat kebangsaan.

Pandai memasak sehingga sering dijemput dlm perbagai pertandingan
memasak peringkat negeri dan negara.
Di kalangan masyarakat setempat, ma menjadi rujukan masyarakat dlm isu2
keagamaan, kenduri kendara, majlis2 rasmi daerah,majlis khatam AlQuran, majlis2 sambutan
Diraja, persatuan Ibu2, pelbagai aktiviti menaikkan taraf ekonomi wanita,
usrah, ceramah dan segalanya.

Selalu aku ingat, sering saja aku dan adik beradik ditinggalkan kerana
aktifnya ke sana sini.
Dia seorg ibu yg sgt positif.
Bijak dlm pengurusan rumahtangga.
Walaupun sekolahnya tak tinggi, tetapi dia mahu 11 anaknya mendapat pendidikan tinggi.
untuk itu ma sentiasa berusaha menunjukkan contoh untuk kesebelasan anak2nya.

Sanggup belajar memandu kereta ketika usianya lebih 45 tahun.
melanjutkan pengajian agama di pusat Pengajian Tinggi Nilam Puri ketika usianya melebihi
60 tahun dan berjaya mendapat sijil serta diplomanya.

seorg wanita yg berani.
dalam usia lanjutnya, pernah berseorangan menaiki pesawat
sehingga ke London untuk menyertai
program di UK walaupun tak pandai cakap org putih.
Menguruskan segala hal anak2 dan keluarga selepas aruah ayah meninggal dunia
26 mei 1995.
Pegangan agama menjadi terasnya mendidik anak2.
Pernah mendapat Anugerah Ibu Mithali Peringkat Negeri Kelantan pada 1998 yg lalu.
Hebat...aku mahu menjadi wanita hebat seperti ma.
Memang aku kagum dgn ibuku.



Ma, ketika usianya 17 tahun.
Seorg wanita yg cantik, kulitnya putih melepak, hidungnya mancung, kecil molek orgnya.
Aku mewarisi wajah aruah ayah.
Walaupun aku tidak mewarisi kecantikan ma.
Tak apa...
Tapi aku mewarisi keberanian dan keyakinannya.
Ok lah gak.
Aruah ayah dan ma ketika majlis perkahwinan adikku Hanisah pada tahun 1992.
Ayah meninggal selepas enam dr 11 org anaknya sudah bergraduan, bekerja dan berkahwin.

Gambar lama...bergambar dgn lima adik2ku yg masih bujang.
belumkahwin...
    Raya Aidil Fitri Julai 1985
Aku kat UM waktu itu.
bertudung labuh u...biasalah kat u warak sikit.
suasana kat universiti memang mcm tu. 
Ayah suka bergambar, semua peristiwa akan dirakamkannya.
anak2pun terikut2 akan minatnya.
snap snap snap...menjadi hobi aku gak.
Ketika konvokesyen abg ketiga Alwi Mohd Ali.
Sekarang pengetua SM Teknik Vokasional Tanah Merah.
Bangganya...aku tercabar, mesti masuk u gak.
Mengikut jejak abang2 yg semua masuk dan keluar u.
Aku anak ke6, anak  perempuan sulung selepas 5 org yang atas semua lelaki.

Aku buktikan...anak kebanggaan perempuan dan berjaya menjadi contoh
untuk 5 org lagi adik2ku yg lain.
1990...aku tamat UM.
Aruah ayah mahu aku menjadi guru hebat dan dedikasi
sepertinya.
Ya aku turuti...mula bertugas tahun yg sama Mei 1990 di Sek Men Ahmad Pekan.
Waktu tu aku baru je bernikah...en suami tak sabar2.
Aku tak habis lagi kat UM, dia nak nak menikah juga.
ku pun nak gak...hik hik hik...kalau tidak mana mungkin jadi nikah.


Gambar raya tahun1992.
Aruah ayah masih sihat.
ayah sgt suka bergambar.
Dari mula dia berkahwin sampai dia meninggal.
Banyak koleksi gambar2nya menjadi  kenangan abadi untuk keluarga kami.

26 Mei 1995, ayah meninggal dunia secara mengejut,
tanpa tanda tanpa sakit malahan cukup sihat.
hanya selepas 2 jam bertemu ma yg baru kembali dr tanah suci Mekah.
memang semua terkejut.
Gambar ini diambil selepas tiga bulan ayah pergi.

Ayah hanya sempat melihat aku menjadi guru mewarisi kerjayanya.
tetapi tidak sempat melihat kejayaanku sebagai usahawan wanita.
Aku tak pasti apa perasaan ayah jika dia masih ada kerana aku meninggalkan jawatan guru,
dia mahu aku menjadi guru sampai pencen sepertinya.
Menitis aair mataku saat ini...terkenangkan ayah.
semoga rohnya abadi dlm rahmatMu.
Tahun 2003...hari raya aidil Fitri.
kami akan bergambar setiap tahun.
semua anak2 ma sudah berkeluarga kecuali adik Yani yg mengidap down sindrom.
Syukur adik Yani sihat.
Cuma dia pemalu orgnya.

Ma sudah mempunyai 10 org menantu dgn 43 org cucu.
Yg terbaru ialah Nik Danish Khalish dr adik bongsuku Nik Norfaizah.
baru berusia 10 hari.
Memang melimpah ruah kaya dgn anak2 dan cucu.
tak lama lagi ma akan mendapat cicit yg pertama.
Jangkanya Mac 2012 nanti dr cucu sulungnya Nik Mohd Samhan.

Gambar onvokesyen Fatimah Syahidah.
Ayah tidak sempat melihat generasi ketiganya berjaya dlm bidang mereka.
Kalau ayah masih ada, tentu dia merasa sangat bangga.
ini keluarga abang kedua, Azmi Mohd Ali.
Anak sulungnya Fatimah Syahidah  seorang doktor.
Gambar konvo Nik Mohd Samhan, tergantung di rumah ma.
Sham adalahcucu sulong dr abang sulungku  Nik Azman.
Nik Mohd Samhan ialah seorang arkitek.
Sedang menanti kelahiran anak sulongnya.
Kesemua cucu ayah yg sudah tamat sekolah menengah berjaya melanjutkan pengajian di universiti
dalam dan luar negara.
tentu ayah sgt bangga jika dia masih ada.
Bangganya...Tergantung di dinding ruang tamu di rumah ma.
Anugerah tertinggi yg ayah dan ma perolehi.
Anugerah Keluarga Bahagia Peringkat Kebangsaan tahun 1990...
ketika ayah masih ada.

Terpampang kisah kejayaan ayah dan ma mendidik anak2
ini di suratkhabar melayu dan inggeris, majalah2 tempatan waktu itu.
Masuk TV lagi.
Bangganya aku sebagai anaknya.
Banyak hadiah yg ayah dan ma dapat.
Seingat aku, hadiah wang tunai RM7000, pakej  pelancongan sekeluarga  ke Pulau Langkawi,
pelbagai plug, sijilselendang emas, pasu bergambar dan lain2 hadiah iringan.

Anugerah keluarga Bahagia peringkat Kebangsaan 1990.
21 tahun yg lalu.
Anugerah Keluarga Bahagia Peringkat Negeri 1990.



Semuanya tinggal kenangan.
Ku tatap satu persatu gambar2 lama, sijil2 anugerah lama yg diperolehi oleh ayah dan ma.
Meski ayah sudah tiada dan ma juga semakin lanjut usia, tetapi
ia tetap menjadi kebanggaan kepada anak2nya seramai 11 org.
Juga kepada semua cucu2 yg kini berjumlah 43 org.


Ku tunjukkan gambar2 lama itu kepada anak2 ku, kepada anak2 saudaraku.
Biar mereka tahu siapa sebenarnya di sebalik kejayaan mereka pula.
Ia akan menjadi teras untuk kejayaan  generasi demi generasi yg akan dtg.
Aruah ayahanda Hj Mohd Ali dan bonda Hjh Nik Kalthumlah yg menjadi
teras kejayaan dan kebanggaan keluarga ini.

1 comment:

  1. Ayahku...Hj Mohd Ali Omar, bapa terhebat
    Ibuku...Hjh Nik Kalthum Nik Ismail..ibu terhebat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.