Saturday, September 17, 2011

Denai Alam Lagi

Kami ke Denai Alam lagi...kali ketiga untuk beraya.
kali ni ke rumah CDM Wan Iskandar.
Khamis lepas ke rumah CDM Wan NorHanim.
Dua hari sebelum tu kami ke rumah sepupu en suami.
Rancak ya org2 Denai Alam beraya open house..sakan.
Ada lagi ni...rumah CDM Hanum, rumah CDM Yan dan rumah CDM Siti Rozana.
Dok tunggu sms lah ni...hik hik hik...relakslah sis acah je.

Hijau pucuk pisang ke?
Nizam dan Yan...kami bersua dgn mereka di rumah Anuar Ambank kat Shah Alam,
langsung ke rumah CDM Wan Iskandar.
Perut rasa dah sesak sangat, tapi demi nasi lemak special kami baham jugak.
Sedap weee...rugi tak rasa.
hari ni jangan diet, mulakan besok je.



Tuan rumah...CDM Wan Iskandar.
CDM Shahril dan Sham pun ada sama.
Makan sambil bersembang
Makan sambil berkongsi pengalaman
makan sambilbercerita
Makan sambil menuntut ilmu
Setiap kali makan, sambil bercerita tentu dapat sesuatu.
Bukan sekadar bersembang kosong.

Rumah ke empat bagi Nizam...sampai rumah CDM Is, sajian nasi lemak sedap sedia terhidang.
Makan lagi, rasa lagi, nikmati lagi.
jgn fikir2 nak diet sepanjang Syaawal ni.
makan je apa nak, makan je apa suka, makan je apa mahu.
Lepas tu dietlah...hik hik hik.
Hari2 ada open house, hari2 ada jemputan..berkilo2 naiknya.

inilah specialnya...roti jala hijau dihidang dgn serawa durian.
tak pernah lak aku tengok roti jala hijau.
selalunya kuning je, dihidang pulak bersama serawa durian.
baham lagi, semangkuk, dua mangkuk?
Makan je, esok baru start diet. Asyik esok je...ntah apa2.


Nilah serawa durian...sedaplah.
Aku try sikit je mulanya, sekali tambah lagi habis semangkuk.
hambik kau...nak diet konon.

biasa tengok tapi tak tau nama...sagun abu jika tak silap aku namanya.

Zuma isteri CDM Is bersam anak bongsu mereka Irsyad.
( setakat ini, tahun2 depan  yg ni tak jadi bongsu lagi)
 TQ tuan rumah jemput kami.
TQ kerana layanan bagus utk kami.
TQ kerana hidangan2 semuanya sedap berjelira.
TQ bagi duit raya...

Ini geng budak2 bermain dlm bilik.
Sempat lak aku snap snap snap mereka semua.
Iqraq, Romeo, Irdena, Aisyah, Nureen dan Isma.


Ambooi...Aqiel dan Irsyad
Aqiel anak CDM Hanim dan Irsyad anak CDM Iskandar.
mereka bersepupu.

Bermain bergaduh bergelak ketawa berbaik..itulah budak2 namanya.
tak gaduh tak sah. Tak berlawan tak berkawan namanya.
Musim raya ni, bergaduh dan bermaaf2an la pulak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.