Wednesday, September 28, 2011

Bila Abang Nak Balik Lagi?

Baru 2 hari Adib berangkat ke Cairo,
kami sekeluarga dah merinduinya.
Aisyah dok sebut2 tentang abang Adib... di meja makan, selepas solat, selepas mandi,
atas kereta nak gi sekolah pagi ni bertanya lagi
"bila abang Adib nak balik lagi mama".

"Sunyi je abang tak ada". Kata Irah pula.

"Teringat laa pada Adib ya, pada hal baru je dia tak ada"
kata en suami lak.

" Ada rezeki, Ramadan tahun depan Adib balik lagi".
Kata aku walaupun kerinduan pada Adib tak mampu aku sembunyikan.

Maktab Boo'uth tempat Adib belajar akan bermula 3 Okt ini.
Mulai musim ini, Adib menyewa di luar. Tak tinggal di asrama lagi.
Hanya  6 org pelajar sahaja.
4 orang pelajar AlFurqaan dan dua org ustaz yg kami usahakan khas untuk
tinggal bersama2 Adib di rumah sewa.
tetapi 2 org ustaz itu kami biaya sepenuhnya kos sewa dan makan minumnya
serta diberikan elaun  lagi.
Ustaz Hakim dan Ustaz WanZa.
Mereka pelajar master Universiti Azhar Mesir.
Mereka akan juga membantu membimbing pengajian AlQuran, Bahasa Arab,
hafazan, tasmiq dan sebagainya.
Mereka berdualah yg akan membantu pengurusan rumah sewa dan
dan pembelajaran Adib berserta tiga org lagi pelajar AlFurqaan iaitu
Shafwan, Syed Hazim dan Mus'ab.
Pagi belajar di maktab Boo'uth dan selebihnya dgn Ustaz Hakim dan Ustaz WanZa.
Aku kenal Ustaz Hakim ni sewaktu ke sana dulu. Diapun bekas pelajar AlFurqaan.
Usianya baru 19 tahun tapi sdg melanjutkan pengajian masternya di Azhar.
ayahnya mengusahakan sebuah sekolah agama swasta di Shah Alam.
Tak ingat lak nama sekolahnya.

Nampaknya Adib lebih bersemangat utk tinggal di luar berbanding di asrama.
Tambahan pula Ustaz Hakim ada bersama.

Sebagai ibu, aku doakan yg terbaik utk Adib.
Peluang terbaik juga kami sediakan utk Adib mengikut minat dan kemahuannya.
Semoga Adib sentiasa dlm peliharaan Allah.
Ada rezeki nanti, nak je ke sana selalu melihat keadaannya.
Jika Adib terbaca entry mama kali ini, ketahuilah
"Semua merindukan Adib".


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.