Tuesday, May 22, 2012

Menziarah DDM Norbaya

CDM Hasmidar sedang mencuba tudung baru.

Salam sejahtera.
Semalam aku ke Shah Alam. Sampai jam 12 tengah hari berada di sana.
Tunggu prospek tapi tak jadi, dia sakit mata rupanya.

Lepas tu tengah hari aku berdemo di Putrajaya.
Precint 16.
Bukan orang baru tapi service down line lama.
Eddy teruja dgn G15 dan LOPA. Apa bendanya semua dok sibuk dgn
G15 dan LOPA dlm FB.
Sampai jam 3 petang dok sembang dgn Eddy dan isterinya.
Wah berbunga dadanya, tersembur impiannya, berubah warna wajahnya.
Tiba2 muncul hasrat untuk terus berjaya.
Tak ambik gambar la pulak, lupa sebab dok syok bercerita tentang
G15 dan LOPA.

Lepas tu ada satu lagi appointment di Senawang dgn Alina KPJ.
Aku dah on the way ke Senawang,  Alina sms aku kata tak jadi.
Dia cuti hari ni, sbb bawa anak cek doktor gigi.
Alahai...tak pa tak pa.
Dah masak dgn asam garam appointment tak jadi last minute.
Itu tanda berniaga besar.

Itu yg aku call CDM Hasmidar, ajak dia gi ziarah DDM Norbaya.
Sebelum tu pusing2 kat Butik tudung dan muslimah sekitar
seksyen 7 Shah Alam.
Macam2 pilihan ada.

Ini butik Alyya Myra.
Banyaknya tudung. Semua cantik2.
Harga berpatutan.
Berapa modalnya ya?
Nampak macam tak ada orang?
Laku ke?
Boleh bertahan ke?
Banyak kosnya?
Sewa kedainya? Pekerjanya? Kainnya? Modalnya?
Ahh dok sibuk fikir business orang buat apa?
Baik fikir pasal business sendiri...he he he
Kami masuk 5 buah butik muslimah.
Masuk Butik Hajra, kemudian ke Butik Ily Moda, Butik Alyya Myra,
Butik fareeda dan Butik Pearl Hayya.
Emmm...semua berkenan.
Ambil, cuba, pakai, letak kat badan kat muka, sesuai ke tidak, manis ke masam,
cun ke tak cun.
'Bayar je jika suka' kata hati.
'beli beli' kata nafsu.
'Alahai bukan luak pun duit"..kata syaitan yg suka org yg membazir.

Jam 5 petang baru sampai ke rumah DDM Norbaya.
Dia tak berapa sihat.
Lututnya tiba2 meletopppsss...pada hari bermaknanya
4 Mei baru lalu...birthday Baya pada hari tu.
Semasa kat surau hentian R&R Tapah dari Alor Star.
Kata doktor pakar, ligamen lututnya terkoyak yg menyebabkan letupan
yg kuat.
Banyak dialami oleh ahli sukan aktif.

Nampak sihat, dah boleh berjalan tapi tak berapa kuat.
Tak boleh lasak, solat pun sambil duduk je.
Insyaallah akan melakukan pembedahan lutut pada hujung bulan mei ni.
Kita doakan semoga Baya cepat baik.

Tapi masih sempat bertanya tentang LOPA dan G15.
Semangat tak merudum walaupun tak sihat.
Kemahuan nak jadi CDM masih membara.
Impian nak ke London/Umrah masih menebal.
Insyaallah semoga Baya dapat kembali berjuang bersama kita di
AT181.
Semua warga At mendokan yg terbaik utk DDM Norbaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.