Friday, May 4, 2012

Pameran Buku Antarabangsa

Salam.
Mula2 ada demo PB di KL dengan sorang staf di pejabat swasta di Maju Junction.
Alhamdulillah, close girdle je.
Tak ada duit nak beli satu set.

Lepas tu aku ke PWTC.
Kali kedua ke sana untuk meninjau pameran buku ini.
Berseorangan je, hari tu pergi bersama Dzul dan anak2.

Memang aku dah niat nak ke sana hari ni.
Jam 11.45 ada majlis pelancaran buku2 baru PTS.
Ada forum bersama penulisnya iaitu
Hidup Ini Pilihan oleh Parlindungan Marpaung
Smile oleh Irma Hasmie dan Zamri Mohamad
Law Of Universal Attraction oleh
Zuhairi Nopiah dan Amin Idris
dan
Pelajar Bertanya Prof. Dr Muhaya Menjawab oleh Prof Dr.Muhaya.
Tuan Parlindungan Marpaung sedang menjawab soalan forum,
Sampai habis aku dengar forum ni.
Bagusnya, majlis ilmu.

Dapat buku free bagi beberapa pendengar yg bertuah.
Habis forum dan majlis pelancaran buku,baru aku bergerak ke booth penerbitan.
Mak oooi...ramainya manusia.
Itu pun hari Jumaat, esok dan Ahad dijangka meletup PWTC dengan
jangkaan manusia peminat buku dari seluruh negara.
Hari Ahad ni nanti penutup Pesta Buku Antarabangsa.

Penuh penuh penuh.
Padatnya..esok tak taulah.
Aimi, Irah dan Aisyah nak ke sana lagi sekali.
Ahh biarlah mereka pergi. Anak2 semuanya ulat buku..
Nak bawa adik2 naik LRT kata Aimi.
Pilihan Popular
Wadah Jiwa bangsa
Pelajar sekolah pun ramai.
Mereka datang dari Sabak Bernam.
Dua bas mereka datang.
Dah penat, mereka duduk bersila je atas karpet sambil membaca buku2 baru.
Doktor Umum
oleh Tun Mahathir Mohamad.
Waktu aku mula2 sampai, masih lagi lengang.
Sebelum Jumaat, dah penuh dewan.
Booth Karangkraf...dipenuhi ulat buku, peminat2 buku dn hantu2 buku.
Minat membaca masyarakat nampaknya semakin baik.
Tahniah kepada penerbit dan penulis2 dn syarikat2 penerbitan buku.
Pilihan aku untuk hari ni selama 4 jam di PWTC petang tadi.
Banyak gaklah yg habis.
Ikut hati rasa nak beli semua buku.
Semua aku minat.

Banyak tu..semuanya penuh dgn ilmu.
Berapa lama nak habiskan semua buku2 ni?
Sehari? atau seminggu? Atau sebulan?.
Seronoknya..lapang nanti mesti baca.
Tiap2 hari mesti baca buku.

Bagi yg belum berkesempatan untuk ke PWTC, masih ada dua hari lagi,
esok dan lusa masih ada.
Berlangsung sehingga jam 10 malam dan penutupnya pada 6 Mei 2012.
Pastikan kehadiran anda dan keluarga.
Bawalah duit banyak sikit. lebih banyak lagi bagus.
Melabur untuk ilmu, tiada yang ruginya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.