Salam sejahtera. Tak ada rezeki gamaknya. Apa yg tak ada rezekinya? Cuba cite sikit... Meh nak share..
Pagi tadi aku gi demo kat Bangi...berjumpa dgn Jamaliah. Tempatnya di Restoran Yati Ayam Percik. Aku tak kenal Jamaliah ni, tapi aku mendapat contactnya ketika menegurnya sewaktu singgah membeli tudung di Butik Tudung Ariani Bangi awal Januari lalu. Jamaliah seorang staff di UKM.
Aku dah call Jamaliah sejak akhir Januari lalu, ajak jumpa nak share tentang NEW YOU PROGRAMME. Dalam hati nak share tentang business jugalah. Tapi dia tak free, kena gi kursus katanya. Tp sangat positif orangnya.
Kali kedua selepas dia balik kursus, aku call Jamaliah lagi sekali. Dia nak jumpa petang Khamis, tapi appointment ditangguhkan kerana waktu itu aku terlantar kat rumah selepas insiden jatuh kat Bangi dlm tiga minggu lalu. "Jumpa lain kalilah selepas kak Faridah sihat"...katanya.
Sehinggalah appointment seterusnya, aku dapat jumpa Jamaliah pagi tadi. Masyaallah...baru semalam transfer cash RM20k pada group lain. Borang ahlipun dah isi. Tak buat danapun. Kakaknya yg tinggal kat JB pun dah transfer cash pagi tadi utk pakej penuh. Kira bawah Jamaliah la, dia convince hanya melalui hp saja.
Katanya CDM tu datang sendiri jumpa dia hari Rabu malam. Dia memang teruja dan dah lama mencari orang buat Hai O. selain nak pakai PB, Jamaliah juga teruja dgn kisah2 kejayaan Hai O yg sering didengarnya. Aku check nama Jamaliah kat HQ, selamat dah sebab dah register pun. Hu hu hu...tak ada rezeki nampaknya.
"Kenapa Kak Faridah tak terus cite dgn saya waktu jumpa kat Ariani tu? Jika tidak, saya join dgn akak sebab jauhlah nak gi Selayang meeting kat sana. Esok malam ada meeting, first time laa saya nak datang. Boleh ke saya gi tempat meeting USJ tu kak? Dekat laa sikit dr Bangi ni". Kata Jamaliah lagi.
"Tak apalah Jamaliah, tahniah lah.Buatlah sungguh2 ya. Kak faridah ni dah 9 tahun bersama company ni...memang hebat. Boleh ubah kehidupan jika kita bersungguh2 memberikan komitmen." Kata aku pada Jamaliah.
Sewaktu memandu pulang... aku berfikir sendirian... Aku ni lewat bertindak ke? Aku suka bertangguh? Aku mengambil sikap tak apa? Aku banyak bersikap nanti dulu? Aku mungkin berfikir dia takkan join dgn org lain? Aku fikir tak ada org lain yg akan datang berjumpa dengannya. Aahhhh.... jika bukan rezeki yg dalam mulut pun boleh tercampak keluar. Bukan rezeki aku nampaknya...aku memujuk hati sendiri.
Tetapi aku mendapat pengajaran hebat drpd kejadian ini... Aku kena pantas bertindak. Orang yg lambat, akan ditelan oleh orang yg cepat.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.