Sunday, February 5, 2012

Bowling Lagi!!!

Yahoo...enjoy.
Seronok...beginilah suasana di Summit superbowl tengah hari tadi.
Nak lawan lagi.
Boleh buat lagi.
kali kedua program ini diadakan.
Nampaknya skil makin baik.
Dah kurang yg masuk longkang.
Ramai yg strike...wah bagusnya.
Ada juga yg baru nak dapat skilnya.
kena lebih kerap buat latihan.
Jai dan  Kepet boleh jadi jurulatih.
Aku boleh gak tapi bukan juru latih, sekadar juru letih....

Ada yg bawa anak2, ada yg bawa kawan, ada yg bawa sepupu,
ada yg bawa tunang
dan ada yg bawa girl friend.
Yg penting enjoy dan happy.
Hari ni ada 7 lane, satu lane utk anak2.
Boleh laa, anak2 aku dah sejak hari Khamis lagi dah excited.
Siap ajak sepupu sepapat utk join sekali.

Jai...sdg undi kumpulan.
Tiga org satu group.
lawan 3 set.

Irsyad dan Afiq.
Wah terrornya berbowling. siap bawa peralatan sendiri.
Skilnya tajan, strike strike strike.

Anna, Syida dan Fadli.
Sedang menunggu game bermula.
Wah Liz...bawa baby lagi.Joni dan anak2 pun datang.
Lama tak main katanya. Asyik masuk longkang je.
Tak pa tak pa, happy je.
Business nak start balik kata Liz.
dah lama sangat rehat sejak pregnant hari tu.
Baby pun dah 5 bulan.
Alahai kesian Dania...tak beraksi hari ni. selalunya aksinya lincah dan mencuit hati.
Demam panas, dah seminggu.
Hai anak dara tiga orang ni...melaram kat superbowl.
Nina, Irah dan Sarah.
Eh eh...cikgu Kepet pun ada.
Tak sangka la...Kepet asyik strike je.
Dia ajar bowling kot kat sekolah.
Bolehlah latih team kita nanti.

Serba boleh mereka ni...berniaga boleh, jadi leader boleh, bercakap hebat,
main bowling boleh, main snooker boleh, syok lagi menyanyipun boleh.
Habis main bowling, mereka main snooker dan karoeke.
Berniaga sungguh2, main pun sungguh2.
Aisyah, Afiq dan Shasha.
Kak Ila,,,tak kalah dgn Kepet. Kedua2nya hebat.
Joni, Liz dan anak2.
Aimipun  tak nak lepaskan peluang.
Balik dr Melaka semata2 utk bowling.
Lepas habis bowling, terus kembali ke Melaka semula.
Tahniah Aimi.
Nampaknya makin baik permainannya.

Yati dan Fadli.
Hari ni dapat 7 lane, satu lane utk anak2.
Masing2 bersemangat utk strike.
Menjatuhkan bowl sebanyak mungkin.
Cantiknya...penuh warna warni.
Aku bergaya je...tak main pun.
Tangan dan lutut masih sakit.
Hanya menemankan anak2 utk bagi semangat je.
Zul, Anna dan anak2.
Sama je muka dia orang ni kan...yalah acuannya sama.
Yati dan jai...mereka yg susun semuanya.
Bagus betullah pasangan ni.

Ada hadiah weiii..wang tunai lagi.
TQ Jai dan yati.
Tak lama lagi nak buat family day lak?
Kat mana ya yang bagus?
PD, Cameron Highland, Hulu Langat, Teluk Kemang,
Bukit Merah atau Bukit Jambul???
Geng Taipan Utara mestilah pilih Bukit Jambul ya!!!!
Tempat ke tiga...
Joni, Kak Ila dan Naim.
CDM Dzul tu tukang sampaikan hadiahnya...
Tempat kedua...Zul, Afiq dan Irah.
Tahniah.
Juara kali ini...dapat RM40.
Boleh buat minum la.
Kepet, Yati dan fadli.
seronoknya...sebenarnya ramai yg naik join bowling kali ni.
Tapi sbb cuti panjang, jadul dan perancangan juga berubah.

Sebulan sekali boleh laa main kat sini.
Lupa kejap pasal business, pasal dwline,pasal upline, pasal stokis.
seronok je, anak2 pun enjoy.
Orang pun tak ramai kat summit hari ni.
mungkin kerana cuti panjang.
Lepas tu makan ramai2.
Ada nasi lemak, ada mee hoon goreng, ada roti, ada kek, ada biskut....licinnn.
TQ semua yg hadir.
TQ yg bagi sokongan.
Jumpa hari selasa nanti dalam BOP kat TTC 1.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.