Wednesday, April 13, 2011

Berjaya Bersama2




Itulah nikmatnya menikmati kejayaan di dalam dunia MLM.
Makna kejayaan yang sungguh berbeza dengan dunia yang lain.
Erti kemenangan yang berlainan dengan kemenangan dalam dunia perlawanan yang lain.

MENJAYAKAN ORANG LAIN SEBELUM DIRI SENDIRI BERJAYA.

Indah kan.
Begitu cantik sekali konsep kejayaan di dalam MLM.
Begitu murni sekali makna kejayaan di dalam MLM.
Begitu bermakna sekali erti kejayaan di dalam MLM.

Tidak ada istilah berjaya hanya sorang2.
Tiada konsep berjaya untuk diri sendiri sahaja.
Rakan kongsi berjaya baru kita akan berjaya.
Lebih ramai rakan kongsi yang berjaya, lebih besar pula kejayaan yang kita cipta.
Lebih ramai yang mampu mengubah hidup, hidup kita akan lebih berubah.
lebih ramai yang berpendapatan besar, pendapatan kita akan bertambah besar.
Kita tidak mungkin berjaya jika semua rakan kongsi kita gagal.
Kita tidak mungkin hebat jika tiada rakan kongsi kita yang hebat.

Maka kita mesti lebih banyak berkorban untuk rakan kongsi kita.
Kita mesti lebih banyak membimbing rakan kongsi kita.
Kita mesti lebih banyak memberi sokongan dan pengorbanan tenaga masa dan
wang ringgit untuk rakan kongsi kita.
Kita mesti lebih banyak memberi dorongan, motivasi dan ilmu untuk rakan kongsi kita.
Kita mesti duduk mendengar dengan rakan kongsi kita.
Kita kena banyak memberi harapan serta keyakinan kepada rakan kongsi kita.
Kita mesti menghargai dan menyayangi semua rakan kongsi kita.

Kita pula sebagai rakan kongsi  mestilah mahu dijayakan,
mahu dibimbing, mahu dibantu,
mahu mencari ilmu, mahu berubah dan mahu belajar.
Kita mesti menyediakan diri kita ke arah kejayakan dan dijayakan.
Bukan pula kita minta upline cucuk orang bawah kita, tolong cari orang untuk kita,
tolong jual barang kita, tolong bayar duit seminar untuk kita,
suruh upline jaga group kita, suruh upline buat untuk kita, arah upline cari demo untuk kita,
suruh upline  maintainkan untuk kita, minta upline renew keahlian kita,
minta upline angkut rakan kongsi kita dan macam2 lagi.
Semua remote je pada upline.

Ini business kita.
Kita mesti bertanggungjawab sepenuhnya.
Gagal atau berjaya, kita yang menentukannya.
Cepat atau lambat kita yang mengusahakannya.
Kejayaan mesti dijulang bersama2.
Kejayaan mesti dinik mati bersama2.
Kemenangan mesti diraikan bersama2.
Salam kejayaan.
Salam kemenangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.