Suatu waktu dahulu, bukannya terlalu lama, bulan Julai 2007
bersama juara2 Taipan yang layak melancong
ke Gold Coast Australia.
Tetapi ke mana perginya mereka semua?
Ke mana menghilang mereka semua?
Di mana mereka berada?
Ke mana perginya semangat juang mereka?
Ke mana menghilangnya kentalnya jiwa mereka?
Ke mana lenyapnya impian dan harapan mereka?
Sedangkan dahulu mereka pernah menjadi juara Taipan 181.
Sedangkan mereka yang bersungguh2 melakukannya.
Sedangkan mereka pernah menjadi pejuang hebat Taipan 181.
Sedangkan mereka pernah menjadi juara.
Tetapi kini telah menjadi bekas juara.
Yang masih ada dalam gambar di atas ialah CDM Kartini, CDM Roshila dan aku.
Ke mana perginya yang pernah menjadi hebat dahulu?
Ke mana perginya yang pernah mencipta kejayaan dahulu?
Ke mana perginya DSM DDM lain dalam gambar di atas?
Tak boleh buat lagi?
Semua orang dah masuk?
Dah tak boleh berniaga lagi?
Dah tak boleh jual lagi?
Semua orang dah habis?
Semua orang dah tahu?
Jawapannya tidak.
Tetapi kebanyakannya hilang kerana tiada ketahanan dengan diri sendiri.
Mereka tewas kepada cabaran yang datang dalam diri.
Mereka menyerah.
Mereka mengalah.
Mereka tak mahu bersusah2 dahulu.
Mereka dah takmahu berniaga.
Mereka mahu terus makan gaji saja.
Sedangkan yang terus bertahan, terus mencipta kejayaan2 baru
untuk kali yang kedua, ketiga dan entah kali yang ke berapa.
Ramai orang boleh mencipta kejayaan.
Ramai orang boleh menjadi pemenang.
Ramai orang boleh menjadi juara.
Tetapi tidak ramai orang boleh terus mengekalkan kejayaannya.
Tidak ramai yang boleh mempertahankan kemenangannya.
Tidak ramai yang mampu melebarkan sayap kejayaannya selepas berada di puncak menara.
Kuatkan ketahanan diri kita.
Supaya kita terus boleh mempertahankan kejayaan kita dan
melebarkan sayap kejayaan kita kepada jalur kejayaan
yang lebih besar, lebih hebat dan lebih bermakna.
Carilah.....
Mentor
Ilmu
Strategi |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.