Salam sejahtera.
Bersyukur atas segala nikmatNya.
Aku masih sihat untuk menikmati segala anugerahNya yang tidak terhingga.
Pagi ni aku yang terpaksa memandu sendirian menghantar anak2 ke sekolah di Kota Damansara. Dzul balik ke kampung menjenguk ibunya. Dah sebulan lebih kami tak menjenguk ibu.
Lepas ni aku terus Ke Melaka mengambil Aimi.
Dah habis examnya dan mula bercuti dari ITM.
Katanya dia nak ke Pesta Buku di PWTC yang akan tamat 1 Mei ini.Memang best.
Isnin lalu aku dah bawa anak2 ke sana sampaikan mereka cuti dari sekolah. Sampai petang kami sekeluarga di pesta buku itu.
Puaslah anak2 mencari buku kesukaan mereka.
Puaslah anak2 membelek buku demi buku yang mereka minati.
Aku layan semua yang mereka mahu.
Budget awal RM300 setiap seorang tidak mencukupi.
Baru beberapa buku dah habis budgetnya.
Tambahan Irah yang banyak membeli buku2 dari luar negara, bukan murah harganya.
Mereka merayu nak tambah buku lagi.
Tambah lagi.
Sesiapa yang belum ke sana, bolehlah mengambil peluang untuk menambah koleksi.
Hanya 4 hari saja lagi, pesta ini akan berakhir.
Jumpa lagi.
Rasanya kita akan berjumpa kat seminar Dimensi Baru di Quality Hotel Shah Alam Sabtu dan Ahad ini.
Sapa tak datang sangat rugi.
Sapa tak bawa group lagi2lah rugi.
Kerana Akademi Taipan akan memasuki dimensi baru selepas seminar ini.
Hanya yang hadir sahaja yang akan tahu.
Hanya yang hadir sahaja yang akan mengetahui rahsianya.
Yang tak hadir melepaslah.
Lepas ni aku terus pecut ke Melaka.
Itulah tugas aku, tetap sebagai isteri, ibu, anak, menantu selain ushawan dan pemimpin MLM.
Memang aku SUPER WOMAN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.