Tuesday, April 12, 2011

Susah Senang Semua Dah Rasa


Salam Bahagia.
Apa khabar anda yang melayari blog ini?
Terima kasih lah. Kerana sudi membaca dan melayari blog aku ini setiap hari.
ketika ini masih aku di rumah, Sekejap lagi Dzul pulang dari Kota Damansara menghantar anak2 yang belajar di sana.
Tengok gambar aku di bawah, bersama stokis Angie.
Ketika itu baru lima bulan bersama perniagaan ini.
Berpangkat DSM
di Majlis Malam Anugerah SM SSM Gold Coast Hotel, Klang.
Aku dijemput menjadi speaker oleh Hai O Marketing.
Tak ada baju mengelip ngelap ketika itu.
Belum pandai lagi...
Ibarat bayi berusia lima bulan, apa sangatlah yang aku tahu tentang perniagaan ini.
Tetapi ketika itu, aku baru sahaja mengambil cuti tanpa gaji.
Aku nekad.
Tak ramai yang aku bertanya kepada orang lain kecuali suami dan ibu ku sahaja.
Uplineku CDM Kartini sudah semestinya aku tanya kerana dia mentor ku.
Selepas aku mendapat kepastian, bertanyalah kepada Allah SWT. Semua hidayah adalah dalam miliknya.
Hanya Dia yang tahu.
Setiap ketentuan pula boleh berubah dengan usaha dan doa.
Maka sudah terang lagi bersuluh.
CUTI TANPA GAJI KEPUTUSANNYA.
Gred aku ketika itu DG44, Pendapatan RM3540.25.
15 tahun berkhidmat.

Maka bermulalah perjuangan sebagai usahawan sepenuh masa.
Sebaik itu, maka aku mesti tahu...
*Bagaimana nak bekerja sepenuh masa dengan perniagaan ini?
* Ke mana nak berniaga?
* Dengan siapa nak keluar berniaga?
* Jam berapa nak keluar dan jam berapa nak pulang ke rumah?
* Berapa target Premium Beautiful nak jual dalam masa sebulan?
* Berapa pendapatan sebulan?
* Jika sebelum berhenti kerja boleh dapat RM10 000,
selepas berhenti kerja pendapatan mesti naik berganda RM20 000.
* Bagaimana nak mendapatkannya?
* Apa aktiviti harian yang wajib aku lakukan?
* Apa pula aktiviti mingguan yang mesti aku laksanakan?
* Apa pula jadual bulanan yang mesti aku tunaikan?
* Apakah kerja tahunan yang mesti aku rancangkan.
* Sebelum berhenti kerja, berapa simpanan yang aku ada untuk menampung
kehidupanku sebelum perniagaanku benar2 berkembang?


* Apakah pula matlamat jangka pendek selepas( 6 bulan) berhenti kerja?
* Apakah matlamat jangka panjang(5 tahun) selepas berhenti kerja?
* Bila naik naik CDM?
* Bila nak dapat tabung kereta?
Bila nak layak bonus wawasan?
* Biar semuanya jelas dan terang, jangan main ikut orang je.
* Lakarkan impian
* Tetapkan matlamat

Barulah kerja kita lebih terarah, tersusun dan mempunyai hala tuju yang jelas
sebaik mengambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja dan berkecimpung
sepenuh masa bersama perniagaan ini.
Alhamdulillah, dari zaman susah sehingga zaman senang lenang telah ku redah semua.
Zaman ku mula berjuang sembilan tahun dahulu bukan semudah sekarang,
Mana ada yang mudah pun?
Aku terpaksa menjual satu demi satu.
Nak kata ketuk pintu rumah orang tu tidaklah.
Tetapi aku ke hulu ke hilir dengan kereta Wira ku menjual baju dalam ajaib tu.
Bukannya murah.
RM2000 dik  oooiii. Jika tak ada skil menjual, jika tak ada skil pujuk rayu yang mendayu2 sampai layu...
mana mungkin boleh menjual berset2 dalam masa sehari.
Mana mungkin boleh jual tunai berpuluh2 set dan beratus2 set sebulan.
Orang bayar cash masa tu.
Tak ada yang bayar hutang kerana aku pun kena beli cash dengan stokis.

Menjual dari satu negeri ke satu negeri.
Orang telefon dari Johor aku pergi.
Orang nak pakai dari Trengganu aku datang.
Orang telefon dari Perlis, aku sanggup turun.
Orang panggil dari Kelantan pun aku datang.
Orang Sabah datang aku sanggup.
Pendekknya seluruh Malaysia aku redah kerana memburu impian.
Keluar pejabat masuk pejabat.
Naik lif keluar lif.
Naik tangga turun tangga.
Dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
Dari sebiah office ke office yang lain.
Ukur pakai, ukur pakai.
Ada juga dah pakai pulangkan semula.
Dah bayar minta duit semula.
Dah pakai, suami pula mengamuk.

Macam2 pengalaman pahit manis aku rasa.
Pernah dikejar anjing.
Pernah jatuh terjelepok dengan beg beautiful ku.
Pernah dimarahi suami orang sebab datang jual baju mahal kat bini dia, dihalaunya aku balik.
Perrnah juga datang jauh, rumah tu kosong. Balik tangan kosong.
Pernah juga aku menunggu berjam2 dalam kereta dari pagi sampai malam,
tetapi satu appoimentpun tak jadi.
Aku pergi Gua MUsang sorang2, yang laku hanya sekotak maharani je.
Balik dari Gua Musang tidur dalam kereta kerana kepenatan berhampiran Merapoh jam 11 malam.
Sampai rumah jam 4 pagi.
Pergi demo kat Kampung Pandan dengan Cik PON2..alahai nak pakai beautiful jugak cik abang yang nak jadi perempuan ni. Pakaikan je lah walaupun geli geleman aku dibuatnya.
Aku turun lif, blackout la pulak. Nasib baik Dzul temankan.


Itu zaman menjual.
Tak ada pula aku merungut tentang susahnya.
Tak ada pula aku mengeluh akan payahnya.
Tak pula aku menyalahkan upline kerana mengheratku dalam
kesusahan yang sama dengannya dalam dunia ini.
Malahan aku tetap seronok, gembira dan bersyukur.
Hidup ku banyak berubah, kawan2 yang ramai dan positif, pemikiran yang lebih baik, sikap yang lebih profesionaal, diri yang makin matang selain dari kedudukan kewangan dan kehidupan yang lebih sempurna.
Enjoy, empat atau lima bulan sekali pergi melancong.

Nak bercerita tentang cabaran, kesusahan, kepayahan, kepahitan, keta nesta orang,
karenah downline, sideline, orang kata, kawan2 jiran tetangga???
Jika nak dikumpulkan semua, nak disembangkan sepuluh hari sepuluh malam pun tak habis.

Hidup tetap ada cabaran dan ujian.
Jika tak berjuang, jika tak buat Hai O pun hidup kita susah juga, banyak cabaran juga.
Jika tak buat Hai O pun, banyak hutang juga, tak ada simpanan lagi.
Tak ke mana2 juga. langsung tak berubah.
Baiak kita berjuang, susahnya sementara lepas tu kita akan hidup lebih senang.

Alhamdulillah hari ini hidup senang, Hidup selesa dan sempurna walaupun bukanlah kaya raya.
Hidup serba ada, bukan macam dulu lagi.
Tetapi tetap berusaha.
Tak silah menjadi kaya.
Tak salah berkongsi kekayaan dan mengajak orang laian menjadi kaya.
Maka aku tetap akan berkongsi dengan sesiapa jua.
Yang tak mahu memang ramai tetapi aku mahu berkongsi dengan yang mahu.
Jika semua mahu buat Hai O pun susah juga, sapa pula nak buat Zhulian dan Amway?
Sapa pula nak jadi cikgu dan kerja kerani jika semua nak full time buat Hai O?
Anak2 kita sapa pula nak mengajar kat sekolah?
Jadi janganlah bersedih jika orang tak mahu.
Untuk kita yang dah buat, mesti buat sampai jadi dan menjadi2.
lebarkan sayap kejayaan kita.

Salam kejayaan.
Jumpa anda semua malam ni jam 8.45 malam di TTC 1,
untuk
BONUS NIGHT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.