Wednesday, October 13, 2010

Rahmat Di Sebalik Dugaan

          
          Salam sahabat2 yang dikasihi, Selama lebih lapan tahun terlibat dalam perniagaan ini, aku menghadapi begitu banyak dugaan, ujian, cabaran dan kesusahan. Sebaik memulakan langkah nekad untuk berjaya, aku telah mempersiapkan mental dan fizikal untuk menempuh dari sekecil2 ujian sehingga sebesar2 cabaran. Sedari awal aku tahu bahawa 'yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang'.

         Tetapi kata pepatah 'hendak seribu daya, mahu seribu cara dan usaha seribu jaya', sentiasa aku sematkan dalam fikiran. Selalu juga aku dengar, 'orang yang positif sentisa melihat masalah sebagai peluang, melihat kepayahan sebagai cabaran, melihat kesusahan sebagai tangga mendaki tangga kejayaan.'

        Inilah warna2 kehidupan yang memberikan pelangi indah yang memberikan spektra diari manusia. Setiap ujian, cabaran dan kesusahan memberikan kebaikan dan bermanfaat bagi diriku untuk mengenal dan memahami rahsia dan hikmah yang terkandung di sebalik liku2 perjalanan kehidupan di dunia yang fana ini.

          Tetapi demikianlah manusia, menghadapi pelbagai macam ujian dan ujian, begitu sedikit sekali yang mampu bertahan dengan segala rencam ujian yang saban waktu menjengah dalam hidup insan. Ia mungkin kerana kurangnya pengertian, kurangnya ilmu pengetahuan atau didorong oleh perasaan kecewa dan putus asa sehingga ramai pula yang membentak, marah2 dan tidak reda menerima ketetapan Ilahi.

          Aku bersyukur, sikap dan hati yang terbuka serta berlapang dada dengan pelbagai ujian yang mendatangi perjuangan jatuh bangunku dalam perjuangan ini menjadikan jiwa kental dan tidak menyerah kalah sebagai bekalan mengiringi perjalanan bertemankan onak dan duri. Sehingga saat ini, aku merasa pengalaman selama lebih lapan tahun bersama AT 181 sebagai pengalaman yang cukup indah dan berharga dalam hidupku.

         Sesungguhnya langit tidak selalu mendung, awan berarak mendung berlalu. Manis pasti ada selepas mengharungi pahit, gembira pasti tiba sesudah duka dan nestapa, sinar terang pasti muncul selepas gelita. Inilah yang menjadikan setiap perjuangan begitu indah apabila mencapai kemenangan.

Hanya yang pernah susah memahami erti kesenanga
Hanya yang pernah tewas mengerti makna kejayaan
Hanya yang pernah sakit memahami nikmat kesihatan
Hanya yang pernah jatuh memahami erti kebangkitan
Hanya yang pernah tersungkur mengerti erti perjuangan
Hanya yang pernah miskin memahami nikmat kekayaan
Hanya yang pernah berjuang memahami nikmat kemenangan

Rasulullah SAW bersabda,
"Apapun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan, dan apapun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukannya". (HR Muslim)

Nabi SAW berdoa ketika ditimpa kesusahan,
" Ya Allah, berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan segala permintaan dan hajatnya."

        Demikianlah warna2 kehidupan, bagaikan cantiknya pantai kerana adanya angin sepoi2 bahasa, ada waktu angin kencang malahan ada waktu Tsunami yang melanda memusnahkan segala keindahannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.