Saturday, October 9, 2010

Bintang Baru AT 181


                     


CDM AZLINA MOHD TAIB
          'Perjalanan Seribu Batu Bermula dengan Langkah Yang Pertama'. CDM Norazlina yang lebih mesra dengan panggilan Lin, memulakan langkah bersama AT 181 sejak dua tahun enam bulan yang lalu. Uplinennya tujuh generasi dari CDM Wan Nor Hanim semua dah tiada dalam perniagaan ini. Seorang pegawai kerajaan, peringkat awal hanya mencuba dan suka2 tetapi kehebatan AT 181 bisa melenturkan hatinya jatuh cinta kepada AT 181 lantas lebih serius untuk menggapai impian hatinya.

         Walaupun hanya secara sambilan tetapi kata Lin, dia tidak bersikap sambil lewa dalam perniagaan ini. Menyedari bahawa hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri dab kedudukan kewangan keluarga, Lin terus melakarkan matlamat dan membina impian peribadinya. Ya jika orang boleh pasti diapun boleh. Jika ada peluang untuk berubah, mana mungkin kita hanya berpeluk tubuh.
CDM Wan Nor Hanim dan DDM Norwati
Upline dan rakan kongsi yang disayangi
kejayaan dinikmati bersama
Bimbingan dan latihan yang disediakan oleh AT 181
yang membezakan kumpulan ini dengan lain2 kumpulan di Hai O

          Bimbingan AT 181 memang terhebat. Luar biasa. Banyak yang berubah. Pandangan hidup lebih positif, keyakinan diri lebih mantap, kepercayaan kepada diri sendiri meningkat, nilai diri lebih baik, hubungan dan komunikasi dengan orang lain lebih bagus, sikap sabar lebih tinggi, reda dan tawakal juga jauh lebih meningkat berbanding sebelum dengan AT 181. Melihat mentor2 hebat dalam akademi ini yang simple, merendah diri, silaturrahim yang akrab,bantu membantu menambah keyakinannya kepada AT 181.
Dah sampai Beijing selain dari Paris, umrah
dan Switzerland destinasi ke 3 sejak bersama AT 181
           Pendapatan terkumpul selama dua tahun enam bulan melebihi RM160 000, wau! banyaknya. Sudah memandu Toyota Wish. Lin juga sudah melayakkan dirinya melancong ke empat buah destinasi ke seluruh dunia iaitu Umrah, Beijing, Paris dan Switzerland. Memang seronok. Impiannya serlepas ini ialah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin2 hebat berpangkat CDM di dalam networknya. Tahniah CDM Lin. Tahniah juga kepada CDM Wan Nor Hanim, CDM Ahmad Shahril, CDM Roshila, CDM Zaifrey juga kepada semua Pemimpin CDM AT 181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.