Wednesday, October 20, 2010

Kasut Berlian

Kasut berlian 
          Aku suka kasut. Sewaktu mula2 mendapat gaji pertama, ku beli 6 pasang kasut baru. Semasa belajar di UM, duit pinjaman pun aku banyak beli kasut. Setiap kali aku pergi shopping, aku mesti pergi tengok kasut. Dulu masa aku masih jadi cikgu, aku mempunyai puluhan pasang kasut. Kebanyakan kasut yang aku beli berharga tidak lebih dari RM100. Maklumlah, wang tak berlebihan waktu itu.

        Waktu itu,  apabila aku berkenankan sepasang kasut, pasti aku akan tengok bahagian tapaknya....he he he tengok hargalah kawan. Pernah juga ku angkat dan letak kemudian angkat pegang beberapa kali kasut yang ku berkenan itu. Sangat berkenan dan mahukan kasut itu menjadi milik ku, tetapi niatku terbantut. Harga menjadi halangan. Wang tak cukup, baki dalam ATM hanya ada RM28.00. Dalam dompet aku ada RM120.00. Harga kasut RM159.90. Gaji lambat lagi. Simpanan tiada. Alahai...begitulah selalunya.

          Minggu depan ku datang lagi ke kedai kasut itu. Berulang kali ku datang sementara menunggu gaji. tetapi sering kali berlaku... Hah? Orang lain dah beli? Saiznya dah tiada? Stok dah tiada? Aku sering kecewa. Impian untuk memiliki kasut idaman berkecai.


         Aku selalu memasang angan2 untuk memiliki kasut berlian. Aku pernah terbaca kisah Jimmy Choo, pereka kasut kelahiran Malaysia yang terkenal sebagai pereka kasut bertaraf antarabangsa dan pernah menjadi pereka kasut Lady Diana. Kasut rekaan Jimmy Choo ada yang berharga RM655 000. Mahalny....Amboiiii...siapalah yang kaya sangat tu sampai boleh memiliki kasut yang setanding dengan harga sebuah banglow.Ada ke oarng nak beli? Tak membazir ke? Jika kasutnya macam tu punya mahal, berapa pula harga baju yang dipakainya? Bagaimana pula dengan aksesori di badan? Tentulah lebih mahal?

          Kasut berlian yang ku paparkan dalam blog ini adalah antara kasut terbaru yang ku beli. KASUT BERLIAN?? Harganya tidaklah semahal kasut Jimmy Choo tetapi tak mungkin mampu ku memilikinya jika aku masih seorang cikgu. Kini bebarapa pasang kasut berlian telah ku miliki dan menjadi antara koleksi terbaru yang ku sayangi.

          Syukurlah, bersama AT 181, terlalu banyak impian dan angan2ku telah menjadi kenyataan. Antaranya ialah memiliki KASUT BERLIAN!!! Bagaimana dengan impian anda?? Penuhi impian anda bersama kami di Akademi Taipan 181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.