Tuesday, October 19, 2010

Hadir Dengan Membawa Hati!

Pemimpin2 AT 181 Sabah bersama
buku NUR WANITA
Mereka mahukan ilmu dan semangat
Menunjukkan voucher bernilai RM260 untuk
yang menjadi ahli Program Seminar Nur Wanita
Go Go Go PERTH!
         Sabtu 16 Oktober, sebaik mendarat di lapangan terbang KK jam 6.45 petang itu, CDM Hamsah dan CCM Mahmud sedia menanti di ruang menunggu. Aku terus bergegas ke Grand Borneo Hotel.  15 minit emudian aku terus dibawa oleh pasangan pemimpin hebat ini ke TTC Apartment University.

          Ramai juga yang hadir untuk slot pengukuhan malam itu. Hampir semua CDM hadir kecuali CDM Suriati dan CDM Ainon yang tidak kelihatan, mungkin ada urusan penting yang lain. Ini business sendiri. Kita bos dan kita bekerja untuk diri sendiri. Upline bukan bos kita dan downline bukan pekerja kita.

          Hadir membawa hati bersama lebih penting dari sekadar hadir untuk menunjukkan muka kepada orang lain. Kepercayaan kepada diri sendiri, percaya kepada upline, percaya kepada syarikat dan percaya kepada group adalah perkara asas yang akan menentukan hala tuju kita bersama AT 181. Kemahuan untuk berjaya mesti datang daripada kemahuan dari dalam diri sendiri. Barulah kita rasa seronok untuk berjuang. Perjuangan yang dipaksa adalah perjuangan yang sia2 dan tiada sebarang makna.

          Dengan tajuk yang simple "Merancang Sebuah Kejayaan", aku berharap warga AT 181 akan mendapat sesuatu. Suasana business hampir pulih, semangat kembali membara, gerak kerja akan menggila selepas ini. AT 181 tidak kering idea untuk memberikan suntikan semangat kerja kepada setiap warganya. Melihatkan semangat mereka semua, aku turut bersemangat. Janji ku untuk lebih kerap datang ke KK membuatkan mereka bersorak gembira. Esok mereka akan berseminar. Salam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.