Saturday, October 30, 2010

Aku Rindukan Sambal Belacan dan Budu...

Pembuka selera
Ada budu, ikan bakar, ulam2an, ikan goreng...sedap
Tomyam udang pun ada
Geng Kelantan bergambar di rumah ku sebelum ke KLIA
CDM Wan Suriani, DSM Nik Noriah dan Kak Zah
Berseleranya CDM Fazlan
Seronok berkumpul sambil menjamu selera
           Assalamualaikum. Salam rindu, salam semut, bertemu lagi dan salam buat warga AT 181 dan peminat2 blogspot yang dikasihi sekelian. Kami selamat tiba di KLIA pada jam 2.45 petang semalam. Penerbangan selama enam jam daripada Doha agak memenatkan. Tetapi kerinduan sudah mula terasa sejak mula melangkah keluar daripada Swissotel, Hotel & Resort tempat kami menginap di Zurich.

          Trip perjalanan selama enam hari bersama 90 orang Warga AT 181 tajaan Hai O Merketing memang menyeronokkan. Ada yang kata happy, ada yang sebut gembira, ada yang sebut enjoy, ada yang kata terbaik berbanding trip yg sebelumnya. Yang pertama kali melancong percuma berkata "Sungguh tak sangka boleh sampai ke negara yang indah ini". Ada juga yang dah biasa berjalan entah ke berapa kali dengan Hai O merasa biasa2 aje tetapi tetap teruja. Memang seronok.

          Ada yang berbelanja sakan membeli jam tangan Rolex berharga puluhan ribu, ada yang berbelanja sampai RM50 ribu untuk jam sahaja, membeli jenama Bally juga beribu2 dan pelbagai barangan lain. Dunia shopping orang2 Hai O memang hebat. Ada juga yang tak cukup wang, menyesal buat main2 dan tak mampu membawa wang yang banyak.

         Berjalan memang puas, shopping pun berhabis2an. Tetapi kerinduan kepada makanan Malaysia paling terasa...hari kedua dah rindukan nasi lemak, nasi berlauk (orang Kelantan terutamanya), budu, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan goreng, ikan singgang, nasi dalca(Penang), roti canai, nasi kerabu, teh tarik dan lain2. Mana mungkin perut Melayu nak makan hot dog, burger, pasta, wafel kek, roti dan sandwich setiap hari. Benar2 terasa "Aku rindukan sambal belacan dan budu".
      
         Sampai saja di KLIA, selesai solat dan mengambil beg, hampir 25 orang terus menuju ke rumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin. Geng Kelantan CDM W. Suriani, CDM Fazlan, , DDM Abg Lid, DSM Cikgu Shukri, CDM Fitri, CDM Norita dan suami, Pn Minarni, DSM Roslina, CDM Kepten Jai dan CDM Haryati, CDM Roshila, CDM Zaifrey, dan geng Sarawak dan ramai lagi.

          Waaa...baik punya rezeki. Menikmati tomyam udang, ikan goreng, ikan tawar cicah budu dan sambal belacan, ulam petai, pucuk ubi, mentimun, buah kerdas, jagung muda dan lain2 ulam Melayu. Terdapat juga ayam goreng special. Makan macam setahun tak berjumpa. Ada yang dua kali tambah tetapi ada juga yang sampai empat kali tambah. Puas hati...kerinduan berakhir di situ. Budu juga yang dicari, sambal belacan juga yang dimahukan. 



          Selepas makan, barulah kami bersurai dan pulang ke rumah masing2. CDM fitri pulang ke Penang dengan penerbangan jam 7.30 petang, sementara geng Kelantan dengan MAS jam 10.30 mlm. Pulang dari Swirzerland dengan seribu kenangan indah. Yang pahit tetap ada tetapi lupakan demi hidup yang lebih indah dan gemilang. Berjumpa esok di TTC 1 USJ 9 dalam Bicara Orang2 Suksess jam 9.30 pagi. Mungkin ada ole2 dari Switzerland dari upline anda.

1 comment:

  1. Wah memang menyelerakan!! Salam dari Hospital Kajang....-DDM Zack-

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.