Thursday, October 14, 2010

Latihan Untuk Membina Keyakinan Diri

CDM HARYATI DAN CDM HASRIZAL
DDM ROZITA, BERLATIHLAH BERCAKAP

          Salam, sering orang bertanya pada saya, bagaimana saya sentiasa nampak yakin dan berani? Lebih menakjubkan tidak pernah nampak luntur semangat, motivasi diri selalu tinggi dan tidak pernah lemah? Banyak yang ingin dikongsikan dengan anda tetapi ini antara yang boleh anda ikuti. Baca dengan teliti, kemudian amalkan bagi membina keyakinan yang mantap.


1. Duduklah di hadapan dalam apa majlis sekalipun.
Biasanya dalam mana2 perjumpaan sekalipun, kerusi di bahagian belakang akan penuh dahulu. Kebanyakan orang suka duduk di bahagian belakang kerana mereka tidak mahu menonjol. Alasannya rendah diri.
          Sebenarnya duduk di hadapan adalah suatu latihan membina keyakinan diri. Pastikan kita duduk di barisan pertama berhampiran dengan pentas. Ingat, memang kita lebih menonjol tetapi orang yang berjaya selalunya adalah orang yang suka menonjol.
CDM MAIDAH

CDM SURIATI
CDM SITI RAHMAH LEONARDO
CDM KARTINI DAN DDM HANIS
DDM NOR SAADAH
2. Pandang matanya
Orang yang lemah tahap keyakinan dirinya, selalunya tidak akan menggunakan matanya ketika berbicara dengan orang lain. Mereka lebih suka tunduk atau memandang ke arah lain. Orang yang tidak mahu menggunakan matanya memberi tanggapan bahawa "saya seorang yang lemah" atau "saya takut kamu mengetahui kesilapan saya" atau "saya seorang yang pemalu".
          Kuasailah kekurangan diri anda dengan melatih diri kita bertentang mata dengan orang lain. Sasaran kita ialah kedua-dua belah mata kita mesti memandang tepat ke arah kedua-dua belah mata orang yang bercakap dengan kita. Hasilnya bukan sahaja tahap keyakinan diri kita akan meningkat tetapi keyakinan orang kepada diri kita juga akan bertambah.

3. Tindakan kita mesti lebih pantas daripada orang lain.
Golongan yang berjaya selalunya adalah orang yang proaktif, tindakan mereka cepat dan pantas. Mereka juga tidak perlu disuruh berulang kali dan mereka tidak perlu diarah berkali-kali. Sebaik faham, mereka akan terus bertindak.

          Contohnya berjalan lebih laju daripada orang lain, bercakap lebih jelas daripada orang lain, lebih rajin daripada orang lain, lebih ringan tulang daripada orang lain, makan lebih laju, lebih suka membantu, banyak bertindak daripada menunggu atau tidak suka berdiam diri. Ini berbeza dengan golongan yang hanya cukup makan yang banyak berpeluk tubuh dan menunggu diberitahu, baru bertindak.

4. Bersuaralah
Cuba perhatikan, betapa ramainya orang yang lebih suka berdiam diri dan tidak mengambil bahagian dalam perjumpaan, mesyuarat atau diskusi. Ini bukan disebabkan mereka tidak mahu turut serta tetapi kerana tahap keyakinan diri yang sangat rendah. Mereka sering beranggapan bahawa "Saya sedar pandangan saya tidak dinilai" atau "saya takut orang mentertawakan saya" atau "Jika silap cakap, nampak sangat saya bodoh, lebih baik saya berdiam diri dan biarkan orang yang hebat saja yang bercakap".
          Sebenarnya setiap kali kita bersuara di depan ramai maka keyakinan diri kita akan bertambah. Belajarlah bersuara, memberi pandangan, mengutarakan idea, menyatakan komen atau sekadar bertanya kerana ia akan meningkatkan tahap kepercayaan kepada diri sendiri.

5. Berikan senyuman lebar
Senyuman adalah penawar paling mujarab kepada penyakit tidak yakin kepada diri sendiri. Ia menjadi perkara yang boleh membangkitkan semangat, melawan rasa takut atau gementar, melenyapkan kerisauan dan mengalahkan rasa berputus asa.
          Saya juga termasuk dalam kategori orang yang berwajah serius dan garang. Dahulu saya sukar tersenyum atau melemparkan senyuman kepada orang lain walaupun mereka kenalan saya. Ramai orang yang merasa takut sebelum mereka mengenali saya. Tetapi setelah bersama Hai O, saya mesti berubah. Maka saya mesti belajar memberikan senyuman yang lebar dan ikhlas supaya saya lebih senang didekati.
          Malahan senyuman ikhlas juga akan melegakan ketegangan atau stress malahan lebih besar lagi ia akan membuatkan orang lain terus cair kepada kita. Pandangan negatif orang kepada kita juga akan hilang apabila kita melemparkan senyuman yang ikhlas. Perasaan marah, benci atau takut akan lenyap apabila kita menghadiahkannya sebuah senyuman lebar. Katakan kepada diri anda "saya mesti senyum". Dan bersedialah untuk melihat orang akan lebih yakin kepada anda. Anda akan lebih disayangi dan disenangi.

         Personaliti yang menarik tidak semestinya mempunyai wajah yang cantik atau penampilan yang kacak. Tetapi lebih penting sekali ialah tahap keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri. Apabila tahap keyakinan anda tinggi, maka bersedialah untuk mencipta kejayaan dan kehebatan yang luar biasa dalam hidup anda. Selamat mencuba dan salam kejayaan untuk anda semua bersama Akademi Taipan 181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.