Wednesday, October 3, 2012

RM300 Pun Tak Cukup.

Salam sejahtera.
Semalam singgah pasar malam kat Bandar Kinrara.
Setiap Selasa ada pasar malam.
Tapi aku jarang ke sana.

Semalam saja singgah.
Kot2 ada yang berkenan.
Sebelum tu Hom ada bagi tau, barang2 kat peti ais semua dah nak licin.
he he he...selalunya Dzul yang beli barang dapur.
Lauk pauk ke, barang basah atau barang kering semua Dzul yang belikan.
Aku jarang ke pasar.
Semua Dzul yang buat.

Tapi semalam rajin pulak nak singgah.
Terperanjat dengan harga2 barang di sana.
Ya Allah, mahalnya.
Bukannya beli ikan mahal pun.
Selonggok kecil pelbagai ikan yang aku beli, dah RM87 duitnya.
Mak oii mahalnya. terperanjat rasanya.

Bukannya beli ikan merah, ikan kerapu, ikan pari tapi ikan biasa2 je.
Adalah bawal, tenggiri, ikan kembung, selar dan cencaru.
Tapi boleh cecah setinggi itu harganya??

Kemudian aku beli daging batang pinang dua kilo, tulang lembu dua kilo dan sekilo
hati lembu...mak oiii RM125.00.
Subhanallah..baru aku tau mahalnya barang2 di pasar malam.
Dzul suka cekodok dan pisang.
Beberapa sikat untuk pisang emas pun dah Rm8.00.
Begitu juga pisang berangan, pisang tanduk dan  pisang awak. Hampir RM18.000.
Eh mahalnya.
Lagi sekali aku terperanjat.

Aku beli sebiji tembikai, agar besar gak saiznya untuk rasa yg lebih manis.
Nak tau harganya?
RM26.00 sebiji.
Aku singgah lak kat gerai sayur2an.
Aku ambik sawi, kubis, mentimun, taugeh, kacang panjang, bayam, labu, petola,
cili merah, cili hijau, cili apple, tomato, salad dan sedikit ulam2 yang Aimi suka.
Sebakul je dah mencecah RM42.
Ya Rabbi...sekali lagi aku mengucap panjang.
Mahalnya...baru tau jika gi membeli sendiri.
Selalunya dok dengar je Dzul merungut barang2 dapur mahal.
Kat gerai ni, aku beli mee kuning, fish ball, chicken ball, mee hoon
dan beberapa barang lain.
Dah hampir RM22.00.


Gerai barang2 kering....aku beli bawang merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis,
rempah ratus untuk sup, tomyam, perencah mee goreng dan lain.
Sini pun dah hampir RM45.00.
Last aku singgah beli sedikit kuih muih basah seperti jagung rebus, apam balik dan karipap goreng.
Habis licin RM340 yang ada dalam dompet.
Mahalnya barang2 kat pasar malam ni.
Cam ne la orang yang berpendapatan RM1500 ke bawah hidup di KL ni,.
Tak kira lagi dengan anak2, rumah, keperluan air letrik dan makan minum lain.
Emmm...sian jika tak ada pendapatan tambahan.
Boleh kah sahabat2 ku hidup selesa jika sedemikian mahal barang2 dapur di pasar malam.
Tempat yg dikira murah berbanding di gedung2 besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.