Thursday, September 20, 2012

Tak Ke Mana? Tersadai?

Sambil bersarapan di Kenari Cafe Bandar Kinrara.
teringat lak dua hari lepas ketika berjumpa seorang prospek ni.


Katanya...
"Adik saya dah join kak, buat PB tiga tahun lalu dengan group  mana saya tak tau,
tetapi tak ke manapun.
Akhirnya tersadai macam tu je.
Padan muka, saya dah cakap jangan buat.
Benda ni sekejap je hangatnya, lepas tu semua mampus termasuk uplinenya sekali mampus"

Amboi marah betul dia.
Dalam hati aku...
Betul ke tak ke mana?
Betul ke tersadai macam tu je?
Betul ke upline mampus?

Dia yang tak ke mana.
Orang lain tak berhenti, sampai ke seluruh dunia.
Jika berhenti, memanglah tak ke mana.
Aku ni, dah 10 tahun tak pernah berhenti, dah 28 destinasi sampai ke seluruh alam.
Apalak tak ke mana.
Bukan aku je, sesiapa saja yang tak berhenti akan
sampai ke merata dunia dengan business ni.

Tersadai?
Kenapa pilih nak tersadai?
Kenapa pilih nak berhenti?
Kenapa pilih nak koma?
Kenapa pilih nak mampus?
Kenapa ikut upline yang tersadai?
Kenapa pilih upline yang mampus.

Carilah upline yang masih ada jika upline direct kita mampus.
Carilah CDM yang tak berhenti buat walaupun upline dan tersadai.
Banyak yang macam tu dalam business ni.

CDM yang masih berniaga boleh jaga direct semua rakan kongsi yg masih nak berniaga.
Walaupun semua uplinenya mampus.
Cari balik CDM upline yg masih aktif.
Tanya stokis tempat ambik barang.
Siapa CDM yang boleh rujuk.
Minta no telefon CDM uplinenya.
Cari dan jumpalah mereka.
Bukannya meratap sayu kerana upline direct mampus.
Lebih malang jika kita ikut mampus.
Lepas tu menyalahkan upline, menyalahkan CDM, menyalahkan stokis, menyalahkan company.
Buat surat, jaja cerita negatif, jumpa company,
buat apa macam tu.

Hai O boleh ubah hidup.
Tapi sebelum Hai O ubah hidup kita, kita kena ubah dulu cara pemikiran kita.
Ubah dulu sikap kita.
Ubah dulu pandangan kita.
Tukar negatif kepada positif.
Berguru, buat tak berhenti, berusaha bersungguh2, fokus betul2,
banyakkan bertindak kurangkan menyalahkan orang lain.
bertanggungjawab pada kejayaan dan kegagalan sendiri.
Bukannya menuding kepada orang lain.

Jika ada yang senasib macam kes di atas, meh call saya.
Kita sembang niaga.
Dah 10 tahun saya dalam MLM ni.
tak pernah nak berhenti.
Terus buat dan terus berusaha membina kejayaan yang lebih hebat.
016 2212181.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.