Salam. Bondaku Hjh Nik Kalthum Nik Ismail. Dua kali sebulan datang ke KL. Lepas raya hari tu dah datang KL, rumah anak2. Dua minggu di KL.
Balik ke Tanah Merah selama seminggu, kemudian datang lagi. Kali ni dua minggu lagi. Anak2 seramai 6 orang di KL, dua tiga malam setiap rumah anak, baru habis untuk 6 orang. Semalam baru balik ke KB.
Aku dan Nor hantar ma di subang airport. Balik dengan firefly.
Begitulah keadaan ma. Senang hidupnya hasil kejayaan anak2nya seramai 11 orang. Didikan, doanya, kesabarannya,kebijaksanaannya mendidik kami 11 beradik. Anak2 berjaya dalam bidang masing2. Kejayaan itu turut melimpahkan kesenangan pada ma.
Setiap bulan datang berjumpa doktor pakar, yang meneliti dan memantau kesihatannya. Walaupun dia sihat, anak keduanya Dato' Azmi begitu prihatin. Sehingga setiap bulan dibawa berjumpa Dr Ishak di KBMC. Itu semua limpahan rezeki untuk ma. Hidupnya sangat bahagia di hujung usia. Kesihatannya juga sangat baik. Masih boleh memandu ke hulu hilir berseorangan dgn viva kesayangannya. Terbang ke sana sini dengan flight juga berseorangan sentiasa. Sampai ke London pun berseorangan. Sangat berani orangnya walaupun sudah 73 tahun usia ma.
Dia ibu yang baik. Dia ibu yang beriman. Mengajinya setiap masa. Duhanya jadi amalan. Tahajjudnya juga sentiasa dilakukan. Doanya panjang2. Sangat makbul akan doanya. Sangat mustajab akan doanya. Sangat banyak pula doa dan amalannya. Banyak pula petua dan tipsnya. Sentiasa memberikan contoh dan didikan terbaik untuk anak2nya. Malahan ma juga sangat disayangi oleh sanak saudara, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai kerana kepandainnya dalam berkomunikasi.
Aku berazam mahu menjadi ibu dan wanita sekuat ma. Tabah, sabar, kuat amalan, bijak dan berani. Semoga terus sejahtera dan sihat. yang memayungi keharmonian dan kejayaan hidup anak2nya. Demi keberkatan doa seorang ibu.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.