Selamat pengantin baru. Wah...berbaju putih dan purple. Manis sekali.
Muhammad Falahi Hamdan dan pasangan. Pengantin lelaki adalah anak sulung kepada CDM Hamdan dan CDM Zainon. Orang lama Hai O. Mereka berdua dah jadi otai dalam syarikat ini.
Majlis ini diadakan di Dewan Hamzah, MPK Klang. Selepas habis seminar, kami singgah solat zohor dulu. Kemudian terus menuju ke Klang.
Majlis sederhana tetapi meriah ini untuk meraikan kedua pengantin. Majlis menyambut menantu. itu disebut orang Kelantan.
Jan 3 petang baru kami sampai di dewan ini. Tetamu masih ramai.
Jalan pun jem gak, hari Sabtu. Mungkin banyak kenduri. Akupun dapat empat jemputan hari ni. Tapi sempat datang dua majlis je. Satu di Klang dan satu lagi di Puncak Jalil.
Tak nampak CDM2 Taipan lain. Mungkin mereka datang lebih awal atau mungkin tak datang. Tak pasti pula.
Aku sempat berjumpa En Tan Kai Hee. Serta beberapa CDM yang lain. Sempat pula bersembang ringkas dgn CDM Ali Bachik. Orang lama dalam syarikat ini.
Suasana di dalam dewan. Taak ada majlis persandingan. Hanya hidangan makan beradab untuk meja pengantin. Dan sesi bergambar.
Hanya hidangan dan jamuan untuk tetamu. Pengantin berbaju purple kali ini. Keluarga pengantin juga berpakaian dr tema yg sama. Majlisnya ringkas tetapi tetap meriah. Baguslah, yang sederhana dan ringkas itu lebih diberkati. Bahagia dan berkekalan ke hujung nyawa. Jangan kawinnya meriah, inai masih dijari dah berantakan pengantin dan rumahtangga.
Nasi minyak, karipap dan bubur kacang. Sedap...maalum perut tengah kosong. Belum makan lagi. Eloklah, sedap boleh tahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.