Monday, September 17, 2012

Tempat Jatuh Lagi Dikenang.

Salam.
Jumaat lalu berkesempatan menjenguk SMK Bandar Sg Buaya Rawang.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki ku dulu.

Tempat aku bertugas dulu.
Sempat dua tahun di sini sebelum aku mendapat peluang berniaga.
Dah 10 tahun meninggalkan kerjaya sebagai pendidik yang aku sandang selama 15 tahun.
Mana mungkin aku lupa kenangan dan pengalamannya.
Mana mungkin aku lupa rakan2 sejawatan dulu.
Semuanya indah dalam memori.

Datang bukan dijemput.
Tetapi gerak hati sendiri.
Aku datang menyerahkan sedikit sumbangan wang.
PIBG sekolah ni menganjurkan
Malam Semarak Budi
pada 22 September nanti.
Maaf tak dapat bersama.
Hanya sumbangan sebagai sokongan untuk
guru2 dan pelajar2 sekolah ini.
Semoga berjaya dan terus berjaya.
Pn Roseminah.
PK Kokurikulum.
Guru yang dedikasi.

Kawan lama di sini.
Seronoknya berjumpa Kak Rose.
kekal seperti dulu.
Kasih ku tertumpah kembali.
kenangan menggamit ketika aku di bilik ini dulu.
Ahhh...begitu pantas masa beredar.
Terus berlari meninggalkan sisa kenangan yang terpaut dalam album lipatan peribadiku.
Ini pula Pn Rosmani Salleh.
Dulu kami bersama2 bertugas di SMK Bukit Sentosa kemudian
berpindah pula ke SMK Bandar Sungai Buaya.
Pn Rosmani ikut bertukar juga.
Orangnya simple, tetapi semangat mengajarnya luar biasa.
Meski tak dapat anugerah cemerlang, mereka tetap cemerlang.
Merekalah guru terbilang.
Bukan penghargaan manusia yang mereka dambakan.
Cukuplah Allah meletakkan mereka di sisi yang paling baik pada pandanganNya.

Dah menetap di sana.
Rumah pun dah beli di sana.
Anak2 pun berlajar dan bersekolah di sana.
Waktu aku masuk ke bilik guru...wah semua cikgu sedang sibuk.
dengan pelbagai urusan dan persiapan untuk Malam Semarak Budi pada 22 September nanti.
Pn Aida, Pn Salmi, Pn Fauziah dan Pn Hazita yg sibuk dengan urusan protokol.
Maklum..ada orang besar nak turun katanya.

Kesian gak cikgu2 ni.
Aku tahu bidang tugas guru.
Serba kena buat.
Serba kena pandai.
Serba kena tahu.
Serba kena pikul.
Semoga terus tabah sahabat2ku.
Maaf aku tak dapat bersama lagi mengharunginya.
Bidang dan dunia kita sudah berbeza sama sekali.

Seronok berjumpa kawan2 lama. Setia dengan komitmen sebagai pendidik.
Setia dengan tugas guru yang serba mencabar.
Pn Hamidah Rohaya, Pn Aida, Pn Fauziah dan Pn Anita.
Bangga dapat bersama mereka.

Guru sejarah dan BM...Pn Mariam.
Emmm dapat melepas rindu dengan mereka sekali sekala.
Tapi masyaallah...cikgu2 ni semua sangat sibuk.
Nak bersembang lama pun tak sempat.
Masing2 nak siapkan kerja mereka.

Rasa syukur dan seronok yg amat sangat
kerana aku menikmati kebebasan masa dan kewangan setelah
buat business sendiri dan meninggalkan kerjaya perguruan 10 tahun lalu.
Tak adalah sibuk dengan buku rekod mengajar, dengan nak habiskan silibus pendidikan,
dengan buku2 latihan pelajar, dengan kertas peperiksaan, dengan fail2 persatuan dan laporan tahunan.
Ohhhh nikmatnya bekerja sendiri.
kepuasan tidak terhingga.

Jika dulu aku berperang dgn anak2 didik supaya mereka cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM.
Kini aku sibuk dengan jadi cikgu, trainer dan mentor
di Akademi taipan untuk membimbing warga Taipan
menjadi usahawan hebat dan terbilang.
Masih mendidik.
Syukur alhamdulillah.
Bersama Pn Noraini Ishak dan Pn Salmi.
Masih setia dengan SMK Bandar Sungai Buaya.
Tahniah sahabat2...jadilah guru yang cemerlang.
Aku tahu memang mereka sangat cemerlang.
Aku tahu memang mereka sangat komited.
Aku tahu mereka sentiasa berkorban untuk anak didik.
Aku tahu mereka sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk tugas mereka.
Sungai pahala mengalir berterusan buat mereka semua.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas segala usaha dan pengorbanan mereka.
Aku bangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada mereka, walau hanya selama 15 tahun cuma.
Sebelum pulang, aku singgah di rumah sahabat lama
Pn Sukainah Ismail di Bukit Beruntung.
lama tak jumpa.
Ini juga seorang pendidik yang sangat dedikasi.
terus cemerlang, terus komited dan memberikan komitmennya 100% untuk dunia pendidikan.
Selamat maju jaya sahabat2 sekelian.
Bagi aku...dunia pendidikan hanya tinggal kenangan.
Pun demikian terlalu banyak pengajaran hidup yang mampu aku manfaatkan
untuk aku terus berjuang bersama
Akademi Taipan Malaysia.

Jika ada kawan2 lama terbaca entry ini...jangan segan untuk call aku
016 2212181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.