Monday, September 17, 2012

Rumah Terbuka Penutup Syawal

Jemputan beraya di rumah terbuka sebagai penutup Syawal
Rumah pertama di rumah DSM ASP Lin dan DSM ASP Yus.
Di Taman Aman Siara Selayang Selangor.
menghala ke Rawang.
Rumah town house.
4 tingkat, kawasan berbukit bukau.

Waktu kami sampai, tetamu masih belum ramai.
Kebanyakkannya rakan2 anggota polis dari IPK dan IPD.
Maklum kedua2nya ASP.

Macam2 ada hidangan yang menyelerakan.
Ada nasi minyak, satay, rendang, lemang, laksa penang, mee rebus, pelbagai kuih muih, biskut raya,
pelbagai kek, puding dan gula2.
Semuanya sedap dan menembusi selera kami.
Sempat aku naik menjengauk rumah DSM ASP Lin di tingkat 1.
RM220 K harga yang dibeli dua tahun lalu.
kini dah melambung harganya.
Cantik berhias, pandai decorate rumah sendiri
Kami bergambar beramai2 bersama tuan rumah.
Juga CDM Kamarudin dan CDM Kartini,
CDM Jai dan CDM Haryati.
Alhamdulillah, buat business ni, kawan pun ramai. setiap negeri ada kawan.
Ada yang ddownline, ada yang sideline, ada bekas downline, ada bekas sideline.
Ada juga yang dari group lain yang jadi kawan baik.
Ada juga sekadar pelanggan setia, tak nak berniaga cuma menggunakan produk sahaja.
Itulah seronoknya berATM.
Perut dah sendat.
Kami singgah solat Zohor di hentian Shah Alam sebelum singgah beraya di rumah En Anwar.
Pegawai MBSM, dulu staf Ambank.
Macam2 juga hidangan yang sangat menyelerakan.
semuanya sedap.
terima kasih atas jemputan.

Sempat bergambar dengan tuan rumah, En Anwar.
Rumahnya selesa di Laman seri Seksyen 27 Shah Alam.
Harganya juga dah melambung naik.
Tak merasa nak beli dengan harga lebih RM600 000 ribu jika sekadar mengharap makan gaji
RM3000 sebulan.
mesti juga cari side income.
Buat part time pun OK.
Jika gaji RM3000, tambah lak dengan pendapatan bersama ATM RM4000 sebulan atau RM5000 sebulan,
Ok lah juga.
Tak adalah sesak sangat.
Bolehlah memilik rumah atau kenderaan yg lebih selesa.
Boleh tambah tabungan, boleh gi melancong, boleh buat persediaan pendidikan untuk anak2 dan macam2.
Rumah ketiga pula ke Setia Alam 11 di Shah Alam.
Tuan rumah Syam Haizal dan Syima.
Wow...cantiklah kawasan rumah mereka.
Jalannya lapang dan tersusun.
Aku teruja je jika tengok hartanah.
Impian nak memiliki aset beruma rumah, lot kedai, apartment dan kondo sebanyak mungkin
untuk menjana pendapatan pasif setiap bulan daripada sewaan dan jualan.

Waktu aku tiba, CDM Kamarudin dan CDM Jai sekeluarga dah ada.
mereka sedang bersembang menjamu selera.
Snap snap snap sambil sembang niaga.
Sebelum balik, bergambar bersama2.
terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput kami.
Terima kasih daun keladi.
Tahun depan jemput lagi.
TQ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.