Thursday, September 6, 2012

Sembang Niaga di Utara.

Salam perjuangan.
Kisah perjuangan.
Kisah menuju jalan kemenangan.
Laluan penuh liku.
Tetapi semuanya indah dan mengasyikkan.

Semalam jam 12.30 tghari bersama CDM Hasmidar bertolak ke utara.
Membawa misi perjuangan.
Membawa panji2 kemenangan bersama ATM.
Hujan lebat sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah jam 4.15 tiba di Seberang Jaya.
Laju CDM Hasmidar bawa BMWnya walaupun hujan turun.
Sekali sekala aku lena di kerusi empuk BMW.


Kami singgah solat di Petronas Seberang Jaya.
Jamak dan qasar sekali.
Alhamdulillah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanya untuk Allah SWT.
Semoga matiku dalam keadaan baik dan diredai Ilahi.
He he he...perempuan tetap perempuan.
Shopping tetap menjadi agenda sampingan.
Kebetulan appointment bermula jam 5.30 petang.
Apa lagi, merendak dululah.
Melontar RM untuk mengembangkan ekonomi, berkongsi rezeki.
kami singgah di butik ni, melayang gak lah ratus2an.
Beli baju, beli tudung, beli inner...hadiah untuk diri.


Jam 5.30 petang, kami terus ke Tesco Seberang Jaya.
Berjumpa beberapa org hebat utara.
DSM Zuraidi, DSM Ina Azrina, SSM Lan, SM Azmi, SM Syed, SM Fauzi dan DSM Farah.
Sembang niaga.
Cam ne nak lonjak niaga.
Cam ne nak naik pangkat.
Car fund, wawasan, maintain, nak lahirkan leader dan pelbagai isu.
Alhamdulillah, sgt positif.

Mereka semua hebat.
Aku tahu kehebatan mereka. Dan mereka boleh melakukannya semuanya sendiri.
Demo, closing, urus dana, meeting dll.
Cuma berkongsi ilmu untuk terus hebat dan bertahan lama dgn ATM.
Strategi dah mantap, kumpulan dah hebat.
Bagi sentuhan sikit, memancar2lah kilatnya.
Aku sangat yakin, semua akan berniaga lebih hebat dan besar selepas ini.
Kena tambahkan usaha, perbetulkan yg kurang, baiki sedikit kelemahan
 dan kena lebih banyak turun padang.
Insyaallah, mudah2an misi gemilang ini akan terlaksana.

Kebetulan aku puasa.
Jadi kami sama2 menjamu selera di sini sebaik azan berbunyi.
Wow...macam2 menu.
Yg aku terliur sangat...pulut mangga.
Pulut durian pun ada, somtam pun ada, tomyam, nasi bubur, laksa dll.
Order order!!!.
Semua makanan kesukaan aku ni..
Service kedai boleh tahan.
Service bagus, pelanggan pun suka.
Mahal sikit pun tak apa, org akan datang.
Pelanggan tak lari.
Buat business memang macam tu, pelanggan adalah raja.

Kita buat MLM pun sama, downline dan rakan kongsi adalah segala2nya.
Mereka adalah nyawa business kita.
Jaya menjayakan dengan ikhlas, jaya menjayakan dgn jujur, buat dengan betul, insyaallah meletoplah business.
Sayangi rakan kongsi kita.
Mereka adalah segala2nya.
Bertindak kena cermat, jangan main hati, service kena cukup, cakap kena berhati2,
SMS dan FB pun kena jaga.
Semua kena belajar seni membina MLM.
Bergurulah.
Tahniah DSM Ina. Tiada alasan untuk berjaya.
Anak kecil ditinggalkan untuk bersama2.

Sambil makan berkongsi ilmu dan tips.
Alhamdulillah, Ina nampaknya lebih nampak jalan yg mesti diambilnya untuk terus melebarkan kejayaannya.
usaha mesti lebih.
Kita mesti sanggup dan bersedia untuk belajar dan bertindak.
Pelbagaikan cara dan strategi.
Jgn mati akal.
Banyak ruang dan cara untuk kita perbaiki mana yg kurang.
Moga lebih meletop selepas ini.

Meja di sebelah kami.
Makan sambil cerita niaga.
Cerita ATM.
Cerita LOPA.
Cerita kembangkan business.
Cerita lonjakkan sales.
Cerita malam anugerah.
Cerita semangat.

Cerita2 negatif tak ada dalam sembang2 kami.
Cerita2 gossip tak ada dalam pertemuan ini.

Semuanaya cerita nak jadi hebat, nak tahan lama, nak naik pangkat, nak kejar car fund, nak dapat wawasan.
Nak lahirkan leader baru, nak dublikasi kerja, nak buat meeting dan pengukuhan dll.
Alhamdulillah.
Jam 8 mlm kami bersurai.
Aku ke surau petronas utk solat maghrib.
Yg lain akan ke Safira Club.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.