Salam. Membina rumah tentu berbeza dengan membina rumahtangga. Membina rumah sekadar berurusan dgn batu, simen, kayu, paku, tiang, pasir, papan dan lain2. Membina rumahtangga pula berurusan dengan perasaan dan emosi suami isteri, ibu bapa, anak2, pembantu rumah, ipar duai dan lain2. Ia melibatkan banyak pemberian masa, kasih sayang, pengorbanan dan sebagainya. Begitu banyak rumahtangga yg rosak kerana gagal dalam pengendaliannya.
Membina business juga bagai mebina rumahtangga. Ia melibatkan seni yg sangat halus. Apa lagi business MLM seperti kita. Membina hubungan manusia di dalam MLM, barulah business akan dibina dan berjaya. Emosi, perasaan, ego, harga diri, maruah, penghargaan, pengharapan,kasih sayang, silaturrahim, cita2 dan impian manusia. Ia melibatkan upline, downline dan sideline. Juga stokis dan rakan kongsi. Tak sedikit yang mati berniaga kerana main hati dan kecil hati. Tak sedikit yang berhenti berniaga kerana silap cakap, silap sms, silap kita dgn FB pun ada. Sedangkan downline, sideline dan upline adalah nyawa dan team untuk group kita.
Maka bercermatlah kita. Belajarlah. Bergurulah. Dekatlah dengan mentor anda. Supaya kita tidak silap. Atau kita mesti memperbetulkan kesilapan. Sgar kesilapan kita ada pengajaran sebagai pengalaman yang berharga. Untuk kita membina kehidupan yang lebih bermakna. Untu kita membina perniagaan yg lebih berjaya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.