Monday, September 10, 2012

Penuh

Salam.
Maaf tak sempat nak update blog ni.
Jadual padat.

Sabtu pagi2 ke UiTM Shah Alam,
Urusan pendaftaran Aimi.
Jam 7 pagi aku dah keluar.
Lama gak, jam 11.30 pagi baru selesai.
Lepas tu bersarapan di Restoran Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam.

Balik rumah, terus bersiap ke PGRM
untuk hari Anugerah SM SSM.
Habis, jam 7 petang baru tiba di rumah.

Selepas itu meraikan tetamu2 daripada utara.
Ramai gak, anak2 muda yang datang ke PGRM.
Mandi, solat dan makan di rumah ni.
Mulanya nak bermalam di sini, tetapi perancangan Allah jua yg terjadi.
mereka bergerak pulang selepas sembang niga.
Satu group bertolak jam 1 pagi.
Itu group DSM Paktam.

Group Lan pula sambung sembang sampai jam 2 pagi.
Selepas tu mereka pula bertolak.
Hasrat nak ke TTC untuk BOP dan beraya sambil makan
kambing bakar di majlis jamuan raya CDM Kartini dan CDM Kamarudin
tidak kesampaian.

Tak apa.
Ilmu dan ada.
Mentor dan strategi dan tahu.
Bertindaklah untuk berjaya.
jangan mengalah dengan cabaran.
Inilah liku2 cabaran yg akan ditempuhi, jika mahu berjaya.
Allah tidak memberikan kejayaan bagai bola datang bergolek.
Allah tidak memberikan kemenangan bagai kertas melayang2.
semuanya perlu diusahakan.
Cabaran dan ujian datang sekadar untuk memantapkan daya juang kita.
Teruskan.
ATM tetap bersama anda semua.
Saya bersama anda.
masih ada CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Hasmidar, CDM  Fitri,
CDM Ayu, DDM Lan dan semua pemimpin yg lain.
Teruslah. Mari bersama2 kita berjaya.


Semoga mereka selamat sampai ke destinasi impian mereka.
Tidak berhenti di pertengahan jalan.
yg hilang tetap akan hilang.
Itu pilihan sendiri.

Banyak gambar nak update.
Banyak lagi cerita nak kongsi.
Tapi keterbatasan waktu nampaknya.
Tak sempat...ngeh ngeh ngeh atau alasan je??


Pagi2 ni dah keluar jam 7 pagi.
Terus ke Sunway damansara hantar sekolah Irah dan Aisyah.
Kemudian terus ke Maju Tower untuk demo membantu rakan kongsi baru.
Wow...mantap.
LOPA masih ada.

Lepas tu aku ke HQ.
Jam 2 ni ada demo lagi.
malam pun ada.
Nak jumpa prospek ramai2, kongsikan tentang ATM.
Hantar barang, cerita peluang dan berkongsi lagi.
Jumpa anda lagi.

Ooooppp sebelum terlupa.
BONUS NIGHT
malam besok ya...tema kita PURPLE.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.