Tuesday, September 4, 2012

Menjadi Idola


Menjadi idola orang  bukanlah matlamat kita di dalam ATM.
Bagaimanapun jika anda sudah mencipta kejayaan,
anda akan menjadi idola orang lain.
Dan apabila anda telah menjadi idola,
apa saja yang anda buat,
apa saja yang anda cakap,
apa saja yang anda kata dan sebut,
maka anda akan diikuti.
Anda juga akan diperhati.
Anda juga akan diperkata.

Apabila anda telah menjadi idola,
maka tunaikanlah pengharapan orang yang menjadikan anda sebagai idola mereka.
Penuhilah impian mereka yang menjadikan anda idola mereka.
Jangan rosakkan nama baik anda sebagai idola mereka.
Kerana sebenarnya ia merosakkan laluan kita menuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.