Tuesday, December 6, 2011

Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia

Dah lama beli buku ni...tapi belum sempat baca.
Sebab buku2 baru banyak sangat, setiap kali temankan Aisyah ke kedai buku, aku turut beli buku.
Baca buku baru, buku lama tak khatam lagi.

Malam tadi aku khatam habis buku ni.
Menyentuh hati...
Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
oleh Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
(Penulis buku terhebat...Jangan Bersedih).


Sesuai untuk semua wanita.
Untuk kita yg terlalu banyak menghadapi gelombang hidup.
Suka duka, pahit manis, cabaran getir, ujian sekuat petir dan penuh luka,
peristiiwa dan pengalaman yg menggugat jiwa raga.
Sebagai pelajar, gadis remaja,wanita dewasa, sebagai boss atau pekerja biasa,
sebagai peniaga, usahawan atau masih yg mancari kerja, sebagai
 isteri, ibu, mertua, anak, menantu, jiran, teman, sahabat atau siapa pun kita.
Kitalah Wanita Terbaik.
Berbanggalah Menjadi Seorang Wanita.

Maka
Jangan Bersedih.
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


Kerana kita berhak untuk memperolehinya.
Sangat bagus untuk rujukan semua. Harganya hanya RM28 sahaja.
Ia menguatkan jiwa, mengubati hati yg berduka lara,
menghilangkan perasaan gundah gulana,
menghapuskan rasa duka nestapa.
Semoga kita terus menjadi wanita yg terbaik untuk memberi manfaat kepada semua.
Salam bahagia.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.