Rumah ni aku beli dgn harga RM647 000 pada awal tahun 2009 dulu, tapi masa tu aku tak belajar tentang feng shui. Tak peduli langsung. Ramai yg nak beli...hot. Laris sekali, ramai yg call ejen. Harganya antara RM890 ribu hingga RM950 ribu. Tapi ramai buyer yg datang tengok kata, feng shuinya tak berapa bagus. Kerana ada stesen kecil TNB di belakang rumah ni...panas kata mereka. Nanti rezeki boleh hilang dan penyakitpun senang datang. Bila Cina datang tengok, mereka nak beli tapi bila sedar,dah tak jadi beli. Mereka sgt percayakan feng shui. Hanya kerana stesen TNB, rumah ini belum dapat aku jualkan. Dari situ aku belajar. Selepas itu, jika nak beli rumah yg sederhana tinggi, mesti tengok sedikit tentang unsur feng shuinya. kalau simpang tak boleh beli, menghadap hutan lebih baik sebab sejuk, pintu rumah bukan di tengah2 bertentangan pagar, sebaiknya pintu masuk mesti ke tepi sedikit, menghadap matahari naik lebih baik berbanding matahari jatuh...ahhh banyak lagilaa. Bukan tak ada buyer Melayu dan India datang, mereka berkenan dan berminat nak beli tetapi banyak yg loan tak lepas. Pendapatan mereka tak cukup. Setengah tahun aku bayar rumah ni tanpa dapat dijual. Aku menanggung bayarannya tanpa ada hasil. |
Ini pula Harmony Kinrara. Semua penuh. Beratus unit rumah habis dalam masa sehari sahaja. Di Harmony, semuanya terdiri dari unit rumeh teres. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.