Wednesday, December 14, 2011

Perkara Paling Mudah

Salam.
Kelas terus berjalan seperti biasa.
Dua kali seminggu.Setiap Selasa dan Ahad.
Tak pernah berhenti, tak pernah tak ada.
Mulai Khamis ni pula Kelas Pengukuhan akan diadakan.
Demi memberikan bimbingan kepada yg sudah join.


Cdm2 dan Pemimpin2 Taipan terus bersemangat untuk menjayakan semua warganya.
Pemimpin2 Taipan terus excited untuk bekerja.
Rela turun padang.
Sanggup berjuang.
Terus berusaha, tak berhenti buat kerja

CDM2 dgn rela hati berusaha dan bersedia menjadi mentor kepada sesiapa saja.
Tak pernah berkira.
Tak pernah berkata NO
Tak pernah kata Tak Boleh
Tak pernah mengalah.

Jadi tak perlulah kita menyalahkan org lain apabila
diri sendiri terkedu.
Buat apa menyalahkan orang.
Buat apa menuding jari kepada orang lain.

Menyalahkan pemimpin,
Menyalahkan company.
Menyalahkan upline.
Menyalahkan dwline.
Itulah kerja yang paling mudah.


Sepatutnya sama2 meriahkan meeting, hadiri meeting, berkongsi ilmu dan semangat.
Tak ada orang baru pun, kita datang supaya meeting semakin meriah.
Jgn hanya nak datang kerana fikir kita bawa org baru.
Jika tak ada org baru tak nak datang kelas.
Kita yg rugi.
Ada masa jika kita bawa org baru, kita pun mahu org support kita.
Bersepakat
Enjoy, terus sepakat, terus maufakat.
Tak berhenti berusaha.Macam2 cara kita cuba.
Macam2 cara kita buat.
Tak berhenti fikir, fikir dan fikir.
CDM2 terus berkerja. Terus bertindak.
Bukan duduk saja.
Yg duduk saja  tu yg bising menyalahkan org lain.
Tak tilik muka sendiri...geram aku.

Yg tak datang nak buat macam mana?
Yg pergi kita nak cakap apa?
Yg dah tak nak buat tak apalah, itu pilihan mereka.
Nak pujuk, tak perlu.Nak gi merayu2, tak payah.
Inikan business sendiri.
AT boleh tunjuk jalan, boleh berkongsi pengalaman.
tapi jika tak mahu, siapakah yg boleh memaksa?

Cuma jgn menyalahkan org lain.
Salahkan diri sendiri.
Macam la kita tak pernah buat silap.
Macam la kita tak pernah salah.
Macam la tu betul semua.
Nak bagi idea, silakan...kita akan ambil kira.
Nak bagi pandangan, kita alu2kan.
Kita bersedia untuk mengambil kira dan bersedia untuk berubah demi kebaikan bersama.
Tetapi jika nak hentam, tak payahla.
Tak ada sapa pun yg boleh terima dgn cara itu.
Biarlah berhikmah kata orang.
Terima kasih kepada CDM2 dan pemimpin2 yg masih sanggup berbesar hati,
berkongsi idea dan cara untuk menjayakan AT181.
tahniah semua.
Inilah semangat sepasukan yg kita mahu.
Inilah semangat kekitaan yg mampu mengubah segalanya.
Keikhlasan, kejujuran dan semangat mahu terus berjuang dan berjaya
akan memberikan ruang kebaikan utk kita raih bersama.

Belajar belajar dan terus belajar.
Perbaiki diri walaupun sudah CDM.
Up grade diri walaupun kita sudah hebat.
Sentiasa dahagakan ilmu, sentiasa mencari ilmu walaupun siapa diri kita.
Sentiasa bersedia untuk berkongsi dgn org lain.
Jika kita sanggup berbesar hati dgn org lain,
insyaallah tak berhenti business kita juga semakin besar.
Berkongsi ilmu, pahalanya berpanjangan sehingga ke syurga.

Mari kita ambil yg baik.
Mari kita duduk bersama2.
Mari kita rapatkan saf dan hati kita.
mari kita cari kebaikan dan kita buangkan keburukan.
Lihat kebaikan orang, lihat kelemahan sendiri.
Perhati kehebatan orang, baiki keburukan sendiri.

Mari kita terus fokus kepada matlamat dan impian kita.
Mari kita terus merapatkan silaturrahim demi mencapai kejayaan bersama.
Mari kita ambil yg positif.
Lupakan perkara remeh temeh demi agenda kemenangan yg lebih besar.

Jangan hanya bersama kerana mahukan wang banyak.
Jangan hanya bersatu kerana mahukan kereta mewah.
Jangan hanya sepakat ketika busines melonjak.
Jangan hanya seia ketika group besar.

Jika demikian, kita buat bukan kerana Allah.
Jika demikian kita hanya bersama dan bersilaturrahim semata2 kerana duit,
kerana nama, kerana glamour,
kerana kereta mewah, kerana group besar dan kerana business besar.

Aku?
Bukan yg terbaik tetapi sentiasa berusaha untuk memberikan yg terbaik.
Apapun aku bersyukur, masih mampu memberi manfaat
dan kebaikan kepada org lain.
Salam perjuangan.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.