Thursday, December 8, 2011

Sabar, Rajin Dan Peramah

Semalam aku ke Pandan Indah.
Ada demo, berjumpa prospek.
Janjinya di Restoran Haziah.
Masa aku sampai jam 2 petang, Rusdin dah sampai.

Baru je minuman sampai, datang sorang salesman.
Nampak muda lagi. Budak lagi rupanya.
Jual buku2 agama, buku kanak2 dan CD untuk pendidikan anak2.
Mula2 aku dan Dzul tak nak layan, tapi budak ni minta masa dua minit saja.

Aku ingat umurnya baru belasan tahun.
Pakaiannya smart, bersih dan pakai pewangi sebagai daya tarikan.
Cakapnya lemah lembut tapi jelas sebiji2.
Tak berhenti dia bercakap. Tak ada ruang aku nak mencelah.
Aku tengok je, dari tak nak layan, aku beri dia peluang utnuk mempromosikan jualannya.
Buku2 yg dijual dikeluarkan satu persatu.
Kitab2 agamanya ditunjukkan.
CDnya dipromosi sungguh2.
Bila aku kata buku tu dah ada, dia bawa keluar yg lain.

Bercakap dgn amat yakin. Latihan untuk dirinya.
Cari duit, cari pengalaman.
Latihan untuk senyum kepada orang, berani bercakap, handle rejection,
menjawab pertanyaan,
kawal suara, kawal pergerakan, berhadapan dgn manusia yg pelbagai karenah,
hilangkan perasaan malu dan malas untuk bawa barang dari satu meja ke satu meja.
Hari2 dia buat, lama2 dah tak rasa apa2 lagi,
malahan seronok membawa
barang jualannya.
Seronok pula berjumpa dgn pelbagai watak pelanggannya.
Jika org tak mahu, dia tak rasa malu atau rendah diri atau malu.
Cari rezeki halal, buat apa malu.
Suatu hari nanti, mungkin berjaya menjadi usahawan besar,
atau koperat berjaya.
Mana tahu? tak mustahil jika dia berani dan bijak mengambil peluang.

Senyumannya tak lekang di bibir.
Pandai memujuk.
Dzul dipanggil abang, aku dipanggil kakak.

Rusdin prospek aku tu,  ikut tengok sekali.
Pandai memuji....katanya
"Kali pertama saya tengok abang di sini. Abang bukan orang sini ke?
Tiap2 hari saya berniaga di sini. Tapi rasanya kali pertama nampak abang semua".
Tak tau lah pulak, main teka atau agak je.
Atau kebetulan tekaannya yg mengena.

Daripada tak nak dengar, kami dengar dgn teliti.
Daripada tak nak tengok, dia bawa keluar satu demi satu dan kami tengok semua
produk yg dibawanya.
Daripada tak nak beli, aku habis gak RM23.00. Close.

Bila dah beli, aku tanya dia...
"Adik umur berapa? Masih belajar ke? Kat mana"?

"Saya sdg  tunggu PMR kak, belajar di sekolah kat Ampang".
"cari duit kak, saya suka cari pengalaman".

Hemmmm..bagusnya budak ni.
Anak2 remaja yg lain termasuk anak aku, melepak je kat rumah
sepanjang cuti sekolah ni.
Habis2 pun gi program motovasi.
Tapi budak ni begitu rajin mencari rezeki.
Mungkin untuk membantu keluarga.

Aku bertanya lagi...
"Satu hari berapa boleh dapat jualan"?

Katanya...
"Tengoklah, kalau sampai ke malam, adalah dalam empat atau lima ratus sehari"
"Kalau sampai petang je, boleh juga dapat sampai tiga ratus setengah.
"Jika musim gaji, banyak lah lagi".

Wah...banyaknya, getus hati ku.
Tapi tak boleh malu, kena konsisten, kena rajin dan peramah.
Sabar pun kena tinggi, bukan semua orang suka jika jurujual
meja ke meja macam dia ni.
Nasib tak baik kena halau.
Kena sembur pun ada.
Pendeknya memang kena
Sabar, rajin dan peramah.

"Terima kasih ya bang, assalamualaikum"
katanya beredar pergi.


Bila dia berlalu pergi membawa barangnya kepada prospek yg lain,
baru aku buka mulut dgn Rosdin.
baru berdemo dgn Rosdin.

Walaupun Rosdin tak mau join,
tapi aku mendapat pengalaman berharga hari ini.
Apa dia?

Sabar, Rajin Dan Peramah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.