Thursday, December 1, 2011

Ajak Masuk Dgn VSS?? Tak Guna

Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Pagi2 hari ni, dlm jam 6.30 pagi di rumah, aku dok mengaji Quran
selepas solat subuh, entah apa mimpi...
DSM Nurul Huda call aku.
Terperanjat gak laa...ingatkan ada emergency. Manalah tahu.

Rupa2nya nak buat appoinment.
Eh...dah lima enam bulan tak bergerak, puas followup puas aku service tiba2 pagi ni
telefon aku dan terus nak buat appointment.
Nak sama2 fight ke Vietnam katanya.
Baguslah...orang lain tak berhenti berusaha, bekerja dan terus bekerja
untuk memperkukukhkan network masing2.

Semalam lak aku dapat panggilan dari salah seorang DDM aku...dia masih lagi berniaga.
namanya biarlah aku rahsiakan.
Bercerita bahawa dua hari lepas ada
CDM (ex Taipan)
call dia ajak jumpa.
Katanya tak free...tapi CDM tu terus terang ajak masuk join baru bawah dia.
Dgn pangkat DDM dah nak naik CDM,
CDM tu ajak jadi SM baru.
Dia akan bagi bonus VSS...
Apa dia VSS tu?
Ooooo....Jika dgn pangkat baru SM,
company akan bayar 21% masuk dlm akaun.
Tapi dgn pangkat DDM 36%, balance lagi 15%,
CDM baru akan bayar cash masuk akaun juga.
Itulah VSS.

Dgn memburuk2 AT 181,
dgn memburukkan upline dn CDM sedia ada,
mereka tanpa segan silu mempelawa DDM tu yg direct di bawah aku,
untuk isi borang baru.


Alahai...kesian aku tengok CDM Ex Taipan ni...
dah hilang hala tuju,
dah hilang jati diri,
dah tak ada perasaan hormat menghormati,
dah tak ada perasaan malu pada diri sendiri,
sanggup menconteng arang ke muka sendiri,,
menempah nama busuk diri sendiri,
merobek hati sendiri,
memburukkan nama sendiri yg dibina bertahun2 lamanya,
meruntuhkan nama dan kemuliaan sendiri sebagai pemimpin yg dihormati selama ini.

Sehingga sanggup berbuat demikian.
Rakyat Malaysia ada 28 juta CDM ooooiii.
Jiran belakang rumah, jiran depan rumahpun belum awak jumpa,
belumpun masuk Hai O lagi.
Sanak sedara pun ramai lagi yg belum join.
kawan2 sekolah cikgu2 sekolah tempat awak ngajar dulu pun belum lagi masuk.
Nape lah dok gi godek dwline orang lain?

Siapalah mentor awak yg baru tu?
Awak sendiri tak boleh fikir ke?
Sampai tak boleh beza yg mana betul
dan yg mana tak betul?
Boleh pakai ke tak boleh pakai mentor awak tu?
Bagi ilmu songsang...patutlah network pun lintang pukang.
Makan anak sendiri la tu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Anak haruan...

Cubalah matang dan bijak sikit.
Cubalah berlapang dada,
fikir dan nilai baik buruknya.
Terdesak sangat ke nak bayar rumah dan kereta sampai buat benda macam ni?
Dah tak ada langsung rakan kongsi yg nak berniaga sampai pujuk rakan
kongsi CDM lain masuk dgn awak?

Kalau DDM tu bodoh sama dgn awak dia join barulah....
nasib baik dia cerdik sebab ikut CDM upline yg cerdik.
Org lain pun cerdik juga.Org lain pun ada fikir laa...
PVnya dan hampir 1.8 juta, dah nak CDM sikit lagi, masih berniaga lak tu.
CDM upline bukan tak service, hari2 sms bagi motivasi, tiap2 minggu telefon dan bercakap bagi info terkini tentang insentif terbaru atau produk baru.

Tak tahulah aku...
Bagi anda CDM2 terutamanya, jika sayangkan leader anda, tengok2kanlah anak buah tu.
Jagalah DDM dan DSM terutamanya...semua mereka sedang diperhatikan
oleh CDM Ex Taipan termasuk CDM upline kepada CDM Kartini,
untuk pujuk semula DDM dan DSM di bawan anda rejoin mereka
dgn tawaran VSS kononnya.
Mereka kata...senang sebab DDM dan DSM dah leader, touching sikit pun
boleh jadi sebab dah ada ilmu dan skill business ni.
Dan mereka bergerak ke seluruh Malaysia.

Org lain dok berniaga 7 juta sebulan,
tak adapun dok ambik dwline sendiri,
tak ada pun sponsor rakan kongsi sendiri.
Tak ada pun dok
call network sendiri ajak masuk balik...
Carilah org baru.
Jagalah sikit nama baik dan kemuliaan diri sendiri.
Apa guna nama tercemar, kehormatan tercalar dan kemuliaan dok di tapak kasut
walaupun naik kereta besar menjalar?

Fikir2kanlah.
Servicelah semua group kita terutamanya
DDM dan DSM.
Salam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.